TUJUH BELAS

30 5 0
                                    

GESERAN kasut masing-masing menghasilkan suara sangat bingit. Bola yang berada di kakinya terus disepak dan mengelak dari serangan lawan yang ingin merampas bola tersebut. Angin hangat menyapa pipi Ayla yang duduk di kerusi panjang diperbuat daripada besi.

Hidung mendengus kasar. "Aku okay je kalau Fakhrul minta aku teman dia main futsal tapi..."

Ayla memandang tidak puas hati kepada makhluk hidup yang melambai-lambai penuh semangat tatkala mata mereka berdua bertembung lagi. Nasib tak terlompat-lompat kalau tak memang aku cabut balik rumah lah jawabnya.

"...kenapa dia mesti ada sekali!" Omelnya. Tangan mencapai air kotak soya di sebelah tubuhnya. Air disedut dengan perasaan geram.

Fakhrul hendak menghampiri Ayla tapi terbatal niat apabila dia meraskan suasana terasa tegang. Fakhrul menoleh tempat Ayla pandang. Dari sudut pandangan Fakhrul, Ayla sedang menongkat dagu sambil memandang ke arah seorang lelaki iaitu team lawan.

Terkumat kamit bibir Ayla mengatakan sesuatu sehingga kotak air yang sudah habis diminum dihempas dalam tong sampah. Lelaki itu tersenyum manis kepada gadis bertudung bawal merah iaitu Ayla. Ayla apa lagi tidak membalas senyuman sebaliknya balas dengan menunjukkan penumbuk.
Lelaki itu tidak mengalah, kali ini dua belah lengan dia melengkung membentuk big love.

Untuk berapa kali dah Ayla memutarkan mata dia. Kena lah faham situasi mereka berdua ini. Seorang kuat menyakat, seorang kuat menyampah. Ha, secocok lah sangat.

"Ish! Menyampah pula aku tengok..."

Irfan melihat riak wajah cemberut gadis itu terus tergelak kecil lalu menyambung berlawan. Fakhrul sudah Tergeleng-geleng kepala dia. Gaduh macam budak-budak.
Dia melangkah ke arah Ayla lagi sekali. Ayla menghulur botol mineral dibeli semasa mereka berebut bola tadi.

Fakhrul melabuhkan duduk di kerusi panjang. Sedikit jauh dari tempat Ayla duduk. Diteguknya air sekali selepas membaca bismillah dan mengulangi nya tiga kali. Penat berebut bola. Basah lecun dahi dan belakang bajunya. Sebaik warna baju hitam kalau warna cerah boleh nampak dah kesan peluh melekat.

"Saya nak balik rumah dulu. Takut Auntie mengamuk pula bila tak nampak kelibat saya dalam rumah."

"Hati-hati dalam perjalanan nanti. Maaf tak boleh nak temankan awak balik."

"Jangan risau lah, saya tak balik seorang diri." Kain basah digantung pada leher jejaka itu. Lega sekejap. Fakhrul memandang Ayla sesaat.

"Siapa teman?" Mata memandang kawan-kawan nya yang sudah mengumpul kan bola yang lari berterabur akibat beg yang diangkat rupanya sudah terkoyak. Tiga biji bola bergolek laju ke arah mereka. Fakhrul bersedia untuk menendang bola itu balik.

"Tak tahu, tapi yang pasti mesti ada temankan. Bye...pape roger!" Selamba Ayla menyepak dalam posisi senget, ketiga-ketiga bola tersebut lalu dalam sekelip mata bola-bola itu memasuki jaring gol. Ayla berjalan meninggalkan mereka yang tercengang menyaksikan tindakan spontan Ayla termasuk Fakhrul sendiri. Kenapa mudah sangat cara dia tendang bola tu. Dah lah sekali tendangan je. Ada tiga bola pula tu. Panjang betul saiz kaki Ayla.

"Lain kali kita ajak dia masuk team kita pula eh." Salah satu pihak lawan Irfan iaitu team Fakhrul membicarakan Ayla. Lelaki itu mengoyak senyuman nakal di wajah nya.
Tak pasal-pasal kepala dia dihempuk bola keras. Kawan dia mengadu sakit. Kenapa lah kepala juga lah jadi mangsa hempukan dia?

"Eleh, silap-silap bukan bola dikejarnya tapi kau yang kejar dia...terus terang jelah kau nak mengorat dia!" Dah masak sangat dengan perangai kawan dia yang satu ni. Dasar jantan tak guna. Kalau boleh semua kau nak try. Entah-entah dengan mak cik-mak cik sekali kau nak try.

"Kau orang boleh senyap tak?" keras suara memberi amaran. Anak mata Irfan menjegil tajam dua lelaki itu. Mereka nampak sahaja pandangan ngeri Irfan yang jelas mengatakan 'maju lu kalau berani' lelaki berdua itu lekas-lekas mengutip bola yang lain. Irfan tak suka orang lain bercakap pasal buah hati dia. Whatever!




















BATU kecil yang tidak bersalah disepak kasar oleh Ayla. jalan pintas iaitu lorong sunyi masih digunakan Ayla. Bibir dikemam menahan tangisan. Kepala yang dilindungi tudung tiba-tiba terasa berat. Gadis itu mendongak.

Makin banyak air mata bertakung apabila kehadiran yang tidak terduga muncul semula. Saat saat dia memerlukan seseorang yang peka tentang suasana hati dia sekarang.

Eshal memandang Ayla. lembut. Dia menangis lagi ke? Timbul kerisauan dalam hati Eshal namun Eshal tidak menunjukkan terang-terangan sikap prihatin dia.

"Berapa lama kau nak tahan nangis? Buat jelah dekat sini. Bukannya ada orang pandang kau. Aku dah bagi kau topi tu. Jangan nak pergi tanggal pula."  Walaupun ayat Eshal kasar tapi Ayla tahu dia ayat dia berbau pujukan. Eshal, orang yang baik.

"Jangan tahan. Lepaskan je semua apa yang kau dah lama pendam. Tak baik untuk kesihatan..." tambah Eshal lagi.

Air mata yang ditakung dalam kelopak mata akhirnya bocor juga. Kaki masih gagahkan diri menjadi kuat. Ini kalau orang lain nampak boleh tersalah faham. Macam Eshal pula punca buat Ayla menangis sebab memarahi Ayla.

"You deserve to be happy, Ayla." Makin kuat esakkan Ayla.

Eshal menemani Ayla balik ke rumah. Teringat pula kali pertama mereka berjumpa, dekat lorong yang sama pula tu. Beg tali dipegangnya dan Eshal mengawal pergerakan Ayla.















"AWAK...boleh tak stop bagi hadiah dekat saya? Tak kan duit dompet awak tak bankrupt?" Hadiah yang dia bagi berada dalam genggaman aku. Jejaka itu yang tengah duduk atas motor terus turun lalu berdiri di hadapan aku tapi pagar taman jadi penghalang kami. Tak pernah dibuat orang Irfan nak ikut pintu belakang ni. Helmet dia yang senget dibiarkan. Awal-awal pagi dah kacau anak dara.

"Alaaa aku bagi hadiah dekat orang yang aku sayang kan." Terkelip-kelip mata lelaki itu.

Ya Allah...this again?

"Ceh, ingat kita ni suami isteri? Fikir sweetlah bagi hadiah semua...bagi ayat manis masin masam semua akhir sekali blah, buat-buat tak kenal perempuan tu sebab dah hilang perasaan suka dan dah ada perempuan lain macam dalam cerita drama melayu pukul tujuh!"

Visor helmet Irfan dibuka seraya tersenyum makna. Ayla mengetuk kepala sendiri. Terlepas cakap lagi! Aku nak cakap dalam hati je ayat panjang lebar tu.

Melebih pula aku ini. Irfan perlahan-lahan mendaratkan kepala atas pintu taman separas bahu mereka. Mata merenung Ayla dalam-dalam. Ayla segera pandang tempat lain. Apa dia buat ni?

"Hmm...apa kita berdua keluar dari cerita drama yang kau cakap tu dan kita buat cerita tentang kita berdua aje. Cerita suami isteri genre...romantik." mudah Irfan berkata. Dia mengeyetkan sebelah matanya. Namun bagi Ayla, Irfan suka bergurau sahaja tiada maksud tersirat apa-apa pun.

Aku rasa seseorang perlu bawa si Irfan ni pergi berubat dengan ustaz agaknya. Biar kena azan kan lagi sekali dalam telinga dia.

Maaflah Ayla sudah jemu menonton kepura-puraan lelaki bernama Irfan Haziq ini. Tidak mudah untuk memaafkan kesalahan lelaki di depan matanya.

"...Please-lah jangan buat mata macam tu lagi!" Ayla tidak menahan melihat godaan mata milik Irfan segera Ayla menutup mata menggunakan satu tapak tangan. Badan sudah berbalik belakang ingin masuk ke dalam rumah. Pintu rumah langsung ditutup tanpa berfikir dua kali.

Seketika Ayla sudah menghilang dari pandangan dia.

Irfan terbatuk-terbatuk lagi lantas kain yang selalu dia pakai dikeluarkan. Mulut ditekup. Panik kerana terdapat cecair merah melekat pada sapu tangan dia. Dia tidak dapat menahan sembunyikan senyuman dia. Pipi dia mulai memerah. Irfan terjerit kecil. Tak lupa juga dia istigfar banyak kali. Gatal betul aku ni. Pipi ditampar.

Aku yang cakap, aku sendiri yang malu!
Mesti Ayla makin bencikan aku.


-akan bersambung-

╰❥Seseorang Yang Kupilih Where stories live. Discover now