DUA PULUH LIMA

26 5 5
                                    

MALAM menjelma. Kedengaran bunyi deringan telefon tanpa henti. Setelah itu, kembali senyap. Sepanjang lorong hospital, Ayla berada di dunia sendiri. Bercampur pelbagai perasaan. Sedih, keliru dan marah semua ada.
Tak semena-mena lampu di atas siling itu dijeling.

Sekejap menyala, sekejap tidak menyala.
Ada juga aku tukar jadi lampu disco. Gadis itu memilih untuk menggunakan jalan pintas yang tidak ramai orang di situ.
Jam dipergelangan tangannya dikerling. Ops, terlupa. Aku mana pernah pakai jam.
Kepala menoleh kiri, jam dinding sudah menunjukkan tepat pukul sepuluh  malam.

Ada sejam lagi waktu melawat nak habis. Mata Ayla dikatup. Air jernih mengalir daripada mata kiri dia.

"Aku harap kau tak menyesal jumpa aku dan jangan pernah menyesal dengan keputusan kau pilih."

Mata dibuka tatkala sudah berada di pintu masuk wad VIP yang menempatkan pesakit Tuan Thabit dan Puan Marissa. Ayla menghela nafas. Lelah dengan situasi dia sekarang. Macam-macam ujian dia dapat tapi dia tahu yang Allah tak akan uji hambanya melebihi kemampuan kita.

Tangan mengilap pipi yang sudah basah. Takut tangisan dia menjadi-jadi. Bukan apa, sekali Ayla nangis memang lambat lah nak berhenti.

Kerusi ditarik. Duduk di tengah-tengah katil. "Afifa minta maaf sebab jarang melawat...mama dan babah." Ayla sebak lalu menunduk melihat keadaan mereka yang penuh wayar sana sini. Ayla menggenggam tangan kanan mama dia setelah itu menggengam tangan kiri babah dia.

"Apa afifa kena buat, mama babah?"

Telefon dia berdering lagi. Nama pemanggil yang sama. Ayla terpaksa mengangkat nya. Dibawa rapat ke telinga kiri.

"Yang kau kena buat ialah ikut cakap aku." Nada kedengaran sangat dalam. Terlepas telefonnya dari genggaman tangan. Terus mengeras tubuh gadis itu. Suara itu bukan datang dari telefon tapi...dari belakang!
Sejak bila dia masuk?

Lelaki itu tersenyum manis ke arah Ayla tatkala dia dengan berani memusingkan tubuhnya. Sempat Ayla mengeluarkan dua jari seperti hendak mengambil gambar berdua je.

Sejam berlepas. Seorang jururawat membuka pintu bilik tersebut."Cik, masa melawat dah tamat..."

Tengok-tengok ruang itu kosong. Tiada susuk Ayla, hanya ada kerusi kosong berada di tengah katil. Jururawat itu merapati katil Puan Marissa. Tak kan aku nak tanya puan ini pula, nanti dia bangkit...lari lintang pukang aku nak panggil doktor.

Tak kan lah dia keluar ikut tingkap?
















"AUNTIE..." panggil Ayla. Lemah. Samar-samar suara Ayla dalam talian. Ada suara jantan yang mencelah sebentar. Menyuruh Ayla cepat sedikit. Tak mudah tau nak jumpa penculik yang memberi kebenaran nak telefon keluarga sendiri.

"Afifa ada nak cakap something dengan Auntie ke? Kenapa suara Afifa..."

"Afifa minta maaf sangat-sangat sebab dah banyak susah kan Auntie tapi kali ini boleh tak Auntie tolong Afifa satu?" Ayla menelan air liur dia. Auntie Emma dapat menangkap suara hidung Ayla menarik nafas lalu dihembus kuat.

"Tolong...jaga kan mama babah Afifa sewaktu Ayla tiada dekat sana. Please Auntie..." Ayla ingin menjauhkan jarak dia. Lelaki itu sedar kedudukan jarak mereka berdua berubah lantas lelaki itu memecahkan salah satu botol kaca di situ agar dapat menghentikan perbuataan gadis itu. Ayla berhenti melangkah.

"Bunyi apa tu? Afifa sayang kenapa tiba-tiba cakap macam tu? Afifa nak pergi mana? Afifa ada dekat mana!"

Suara Auntie Emma mulai resah, panik dan bimbang keadaan Afifa sekarang. Dah lah nak dekat tengah malam. Kalau jadi apa-apa kepada Afifa macam mana?

"Terima kasih tolong jaga makan minum Afifa...Afifa sayangkan Auntie macam mama Afifa sendiri." Talian terputus. Ayla memandang lelaki yang telah menculik dia.

Lelaki itu juga turut lepas menelefon seseorang. Mungkin boss dia kot tiba-tiba dia menyepak tong sampah di sebelah dan dia terus melompat-lompat dalam kesakitan. Hampir-hampir nak terjatuh dalam longkang.

Ayla menahan mulut dia. Tahan ketawa lah.

Lelaki itu dapat seimbangkan badan namun tidak bertahan lama tatkala dia ditolak kuat oleh seekor monyet yang baru nak merasai keenakan buah pisang nya tahu-tahu kena pijak dengan kasut lelaki itu.

Terlepas tawa Ayla. Manusia kena buli dengan binatang!

"Best mandi kolam?" Usik Ayla.

Penculik itu bangkit. Nasib baik lah jacket jeans dia pakai sahaja yang basah dan kotor. Baju putih di dalam masih bersih. Dia menanggal jacket tersebut.
Jejaka itu mendekati Ayla yang sedang mengejek kelakuan nya. Aduhai buat malu je dekat pelajar sekolah.

"Engkau diam. Boss aku dah bagi arahan terakhir dia dekat aku iaitu culik kau..." Ayla mengulang balik ayat yang lelaki itu lontarkan kepada Ayla. Gadis itu membuat mimik muka yang membuatkan lelaki itu ingin menggantung dia dekat tiang lampu.

"Kau nak bawa aku pergi mana ni!" Bentak Ayla ketika lelaki itu menarik lengan baju dia. Tidak kuat, lembut je dia tarik. Macam tengah bawa budak kecil pergi tadika kemas. Ayla sedikit tak puas hati sebab kenapa orang suka betul tarik lengan baju dia kang panjang sebelah pula.

Hmm tak apa lah, tak kan dia nak pegang tangan aku pula mahu kena penampar tiga rasa aku.

"Tempat tak ada siapa yang dapat jumpa kau." Sambung lelaki itu. Ayla tergelak kecil.

"Eleh nanti ada juga orang jumpa aku.Banyak sangat dah novel aku baca.Lepas tu hero dan heroin selamat, villains kalah!" Lelaki itu bermata sepet makin sepet lagi mata dia tatkala mendengar ayat Ayla.

"why are you so confident?"

"Whatever! Cepat lah sikit heret aku ni...penat tau aku jalan kaki. Kaki aku dah lenguh tahu tak? Kenapa lah kau tak culik aku bawa kereta mahal atau motorbike. Boleh lah kita pergi jalan-jalan sekali. Mana lah tahu, kita boleh berkelah dekat tepi pantai lagipun hari ini tak silap ada petunjukkan bunga api tahu dekat sana."

"Engkau fikir kita berdua nak pergi dating ke? Walhal aku tengah culik kau tahu tak!" Tangan acah-acah nak memotong mulut murai Ayla. Senang aku letak dalam buku koleksi aku. Mulut budak paling banyak bercakap jatuh pada tahun 2023 ini.

"Ala tak best lah penculik ni. Dah lah muka hauk, miskin pula tu." Komen Ayla yang tidak berlapik itu.

"Watch your mouth!" Lelaki itu memberi amaran keras. Bersabar menghadapi telatah Ayla ini.

Ayla nak melawan sekali lagi namun perut dia bermain piano pula. Secara tiba-tiba lelaki itu selamba memberikan laksa penang ikat tepi satu. Kepala didongak, memandang wajah ketat lelaki itu. Datang mana pula laksa ni?Tangan kecil Ayla nak mengambil tapi masih ragu-ragu. Kang dia letak racun atau ubat tidur macam mana?

"Aku tak gila lagi nak letak racun atau ubat tidur dalan makanan. Kau nak ke tidak laksa ni? Kalau tak nak aku buang." Baru je tangan besar itu menuju ke mulut tong sampah.

"Oh, nak. Nak, terima kasih abang kacak!"  Ayla menayangkan senyuman paling comel dia. Sepantas kilat lelaki itu berpalingkan wajah dia ke tempat lain. Sengaja betul budak ni. Aku bawa balik rumah aku baru tahu.





-akan bersambung-

╰❥Seseorang Yang Kupilih Where stories live. Discover now