LAPAN BELAS

23 5 0
                                    

"AFIFA, jangan lupa kunci pintu dapur lepas jemur kain ya. Ibu dengan babah nak pergi keluar sekejap." pesan Puan Marissa kepada anak nombor duanya. Dengar sahaja nama dia diseru, wajah manis milik ibu tersayang dipandang gadis yang baru berumur 11 tahun.

"Baik ibu!" pakaian di dalam mesin basuh dicapai dan melakukan perkara yang sama berulang kali. Puan Marissa dan Tuan Thabit bersama-sama berjalan keluar daripada rumah banglo yang mempunyai halaman sangat luas.

Dihiasi pelbagai tanaman bunga dan hasil karya seni milik Tuan Thabit di merata-rata tempat. Enjin kereta dihidupkan. Pagar dibuka dan beberapa saat kemudian bunyi pagar ditutup semula menunjukkan mereka sudah bertolak.

Sedang Afifa menjemur baju lembap dan berbau harum tiba-tiba perut dia merasakan sakit yang luar biasa. Afifa mengintai di dalam mesin basuh, ada banyak lagi kain aku tak sidai lagi. Dia tidak membiarkan mulut mesin basuh itu ternganga luas.

Tidak menunggu lama, kaki dia laju melangkah besar menuju ke bilik air. Perut dia memulas semacam. Masa-masa macam ini lah perut nak buat hal!

Pintu ditutup kemas tanpa sempat dikunci menggunakan kunci mangga. Afifa tidak dapat menahan diri. Tangan menekan-nekan perut. Dahi sudah berkerut seribu tahun. Apa aku dah makan semalam?

"Kak...Tolong mangga pintu dapur. Afifa nak pergi tandas. Sakit sangat perut ni!" Afifa bergegas melangkah masuk menggunakan kaki kiri selepas menendang pintu. Lambat sangat kakak nak balas, jangan tak kunci sudah lah.

Pada masa yang sama, Afifa masih berada di dalam bilik air. Tombol pintu dipulas dari luar secara perlahan-lahan. Seseorang yang mempunyai senyuman penuh misteri memasuki rumah ini begitu sopan sekali siap tolong kunci kan pintu dapur lagi. Ya, ini lah pembunuh yang terkenal dekat perumahan mereka. Mereka tak pasti datang dari mana orang itu.

Disebabkan anggota polis yang sepatutnya bertanggungjawab untuk mengawasi seluruh perumahan ini selalu buat tak endah dan banyak berfoya-foya sahaja. Katanya janji gaji masuk. Inilah salah satu sebab kenapa banyak jiran-jiran depan belakang kiri kanan ikut berpindah randah.

Tak sangka rumah mereka menjadi sasaran dia.

"Cuai betul lah yang tak kunci pintu. Sunyi betul rumah ni huh, harap je rumah besar tapi laluan belakang rumah bapak lah sempit! Nasib aku kurus..." bebelan banyak pujian ikhlas daripada hati dia terhenti tatkala kaki dia terkena sebotol air yang tertulis 'what will happen to me today?'

Mata lelaki itu bertembung dengan anak mata kakak kandung kepada Afifa, Aulia. Dia terpempan. Sebenarnya hajat asalnya Aulia nak tambahkan air sejuk dalam botol dia sahaja namun tak sangka dia akan menghadap muka orang yang ditakuti dan selalu dijadikan topik hangat di kalangan mak cik dan pak cik bawang.

Bukan orang, ini syaitan.

"Dead." Segaris senyuman terlukis.

Afifa memang tak dapat mendengar satu habuk lah kalau dia asyik berangan aje kerja dia dan boleh pula dia bawa sekali radio kepunyaan nenek dia masuk dalam bilik air. Ikut perangai siapa lah ni.

Sebelah tapak tangan dan sebelah lagi apabila disatukan menghasilkan bunyi. Dilakukan sebanyak dua kali.

"I want...nobody nobody but you!" Dua kali tepukan diberikan mengikut rentak lagu.
Tak tahu lah dia menepuk tangan dengan siapa.

"Eh, dah kenapa aku menyanyi dalam tandas ni? ish ish!"

Usai sahaja, membersihkan semua benda baru lah Afifa merasa lega. Dia keluar aje dari bilik air, mata cekap menangkap figura kakak dia terbaring dekat ruang tamu.

Siap ada air strawberry lagi atas lantai. Kakak Aulia minum air sambil baring ke apa? Dahaga sangat kakak ku tercinta ini.

"Kenapa kak tidur sini kak, pergi lah masuk bilik..." dia dapat bau sesuatu yang membuatkan dia ingin kembali ke bilik air.
Hampir nak termuntah sebab terlampau busuk bau datang dari arah sana walaupun baru setapak dia mara. Dia gagahkan juga datang dekat ke arah kakak nya dan baru dia perasan. Itu bukan air strawberry tapi...

Afifa menarik tubuh kakak nya ke sisi nya. Pantas Afifa menjerit terkejut sehingga terduduk. Kaki dia tak dapat nak bergerak.
Dia terkedu. Badan dia satu peratus mengeras.

Seorang gadis iaitu Afifa sedang bergigil ketakutan di penjuru dinding ruang tamu. Sesaat pandangan gadis itu tertumpu kepada kedua-dua tanganya yang berlumuran darah. Kemudian, dia memandang sekujur tubuh yang pasti sudah tidak bernyawa. Pisau tertancap di atas tubuh mayat tersebut.

Pintu rumah dibuka. Lampu turut dibuka akibat tak nampak keadaan di dalam. Sedar-sedar Puan Marissa dan Tuan Thabit melihat mimpi buruk itu di depan mata mereka langsung Tuan Thabit berlari mendapatkan Afifa yang sudah menangis teresak-esak manakala Puan Marissa dengan suara tersekat-sekat menahan sebak menelefon pihak hospital supaya segera datang ke sini secepat mungkin.

Aulia disahkan telah kembali ke rahmatullah. Pergi meninggalkan keluarga tersayang buat selama-selamanya. Pengebumian arwah berjalan dengan lancar.

Sejak kejadian ngeri itu, orang lain yang tak tahu kisah sebenar terus menerus menuduh bahawa Ayla lah membunuh kakak nya sendiri. Sebab pertama hanya Ayla satu-satu nya tinggal berdua bersama arwah Aulia ketika Tuan Thabit dan Puan Marissa tiada di perumahan mereka.

"Kau ada tengok tak berita TJM pagi ni?"

"Ha tengok-tengok! Ada seorang kakak ni kena bunuh dengan adik sendiri." Apa salah kakak dia? Kejam sungguh adik dia!

"Itulah pembunuh aku cakap!"

Ayla memekak kan telinga dia. Kalau boleh hendak saja dipotong telinga dia disebabkan tidak tahan mendengar kata-kata mereka. Bodoh kan dia orang semua? Orang lain yang buat tapi Ayla pula disalahkan. Afifa beruntung tidak merebak virus fitnah ini masuk ke dalam berita sekolah dia. Kalau tidak...pasti Afifa akan diperlakukan perkara yang sama.

Namun Ayla bersyukur dapat mama dan babah yang selalu melindungi anaknya dan selalu percayakan Ayla.

"Kau pergi mampuslah pembunuh!" Sebiji demi sebiji telur dilempar ke arah Ayla tiba-tiba badan Ayla dipeluk seseorang.
Telur ayam yang sudah berulat terkena pada belakang baju kot dark blue dipakai oleh Tuan Thabit.

Dia memandang wajah anak perempuan nya yang tidak bermaya. Mata menjadi merah. Terdapat bengkak di bawah mata. Bibir menjadi pucat. Afifa tidak mendongak memandang sang ayah.

Timbul urat-urat di lehernya. Rahang tergerak-gerak menahan amarah yang membuak-buak. Leher terasa tegang.
Tuan Thabit bertukar posisi. Afifa berdiri di belakang babahnya.

"Hoi, sedap kau tuduh anak aku pembunuh eh! Kau tak tahu apa apa kau diam jelah." Tengking nya. Terdiam mereka semua. Mungkin dia orang terkejut sebab ini kali pertama Tuan Thabit menggerunkan. Berbeza dari apa yang Tuan Thabit sebelum ini. Seorang yang bermurah senyum dan lembut dalam bertutur.

"Kalau anak aku sakit ke apa siap sekor sekor aku belasah!" Sokong Puan Marissa yang membantah semua tuduhan palsu tersebut. Apa lah mereka belajar dekat sekolah dulu.Itu lah cikgu suruh belajar adab betul-betul tak nak dengar. Yang dia orang tahu tuduh sana gossip sini. Pandai menambah dosa sahaja.

"Pergi!" Halau Tuan Thabit dan Puan Marissa. Ayla menangis teresak-esak di situ. Kelam kabut manusia-manusia tosik itu beredar tanpa membantah sedikit pun. Tahu takut.

-akan bersambung-

╰❥Seseorang Yang Kupilih Where stories live. Discover now