SEMBILAN BELAS

20 5 0
                                    

KERUSI ditarik lalu melabuhkan punggung.
Jari mengetuk-ngetuk rak buku di atas meja. Semalam dah ulang kaji mata pelajaran geografi. Hari ni giliran mata pelajaran perniagaan. Segala alat tulis dikeluarkan.
Baru muka buku latihan depan dibuka. Nada dering telefon dimainkan maksudnya ada panggilan seseorang masuk.

Ayla tersenyum apabila mendapati mama yang menelefon tiba-tiba. Ikon hijau diseret ketepi. Setelah menjawab salam, Puan Marissa lantas memberitahu sesuatu yang membuatkan Ayla ingin menjerit sampai dunia ni dengar.

"Auntie! mama babah kata malam ni juga dia orang nak balik. Dia orang dalam perjalanan ke sini. Alhamdulillah!" Teruja Ayla menjerit. Umur je remaja, perangai kekanakan.

Itu lah yang selalu orang sekeliling katakan tapi ada nampak aku kisah?

Dah tiga tahun Puan Marissa dan Tuan Thabit terbang ke luar negara atas urusan kerja dan meninggalkan Ayla bersama Auntie Emma dekat sini supaya Ayla tidak keseorangan.
Ah, maklum lah dia jenis mudah bosan. Kini Ayla sudah mencecah masuk umur 15 tahun.

"Mama! Afifa nak cakap dengan babah." Puan Marissa menekan mode speaker.

"Assalamualaikum, Afifa sayang!"

"Waalaikumussalam, babah!" Ceria Ayla menjawab salam babahnya.

"Tunggu kami berdua sampai rumah dulu tahu. Jangan sambut birthday dulu kalau tak babah nak merajuk seminggu."

"Eh dia pula merajuk. Siapa anak, siapa ayah ni?" Mama mencelah.

Terdengar ketawa kecil di hujung talian.
Ayla ikut menghamburkan tawa comel nya. Sungguh bahagia keluarga mereka.

"Babah nak matikan panggilan ni kang ada juga tiba-tiba kereta polis lalu. Bye sayang! Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam, bye mama babah!"

Ikon merah ditekan.cTerlompat-lompat Ayla sampai bergegar katil dia. Bukan main seronok dia melompat-lompat macam nak bagi roboh katil queen tu. Auntie Emma nak marah pun tak guna. Seketika mata nya tertarik dengan sebuah buku. Buku itu dipegang Auntie Emma.

"Ini...siapa Afifa?" Soal Auntie Emma yang tengah membelek sehelai demi sehelai muka surat dilihat. Ini bukan buku biasa-biasa, ini namanya buku lukisan. Kemas dia lukis.
Tak nampak serabut dan cantik di mata Auntie Emma walaupun tiada mata, hidung dan mulut. Hanya separuh sahaja dilukis.

"Oh. Ehem, ehem...orang yang Ayla suka hehe." Muka ditekup dengan bantal menandakan dia betul-betul malu untuk mengatakan hal sebenar yang dah lama dia simpan sendiri.

"Kenapa Afifa terfikir nak sukakan dia? Dia tahu tak Afifa sukakan dia?" Auntie Emma duduk di samping Ayla. Bersedia nak dengar cerita gadis yang mempunyai bulu mata panjang dan lentik, bibir kecil bermerah jambu dan bermuka baby face itu!

Ayla menggeleng. Aku tak ada keberanian nak beritahu kepada lelaki itu.

"Ada lah Auntie tapi dah lama dah Ayla sukakan dia...tak lama pun dalam 3 tahun..." Ayla terjun dari katil. Perut dipegang.

"Aduh! Afifa nak pergi tandas pula. Kalau mama dan babah dah sampai roger-roger Afifa dari luar tandas."

Tak lama selepas Ayla berada dalam tandas. Telefon Ayla mendapat panggilan daripada Puan Marissa. Dia orang dah sampai ke?

Tingkap bilik Ayla dipandang ke arah luar. Kosong. Tak ada dengar bunyi enjin kereta pun. Ada sesuatu terjadi ke?

Perasaan ragu-ragu ditepis laju. Jari menyeret ikon hijau. Sangkakan suara Puan Marissa rupanya suara orang lain.

"Kamu ke anak kepada pemilik telefon ini?" pemanggil tersebut kedengaran agak cemas namun masih dikawal ketat.

"Bukan tapi...ini siapa?" Auntie Emma sudah berdebar-debar menanti ayat seterusnya.

"Saya dari pihak hospital nak cakap yang Puan Marissa dan Tuan Thabit berada di wad kecemasan sekarang. Kira-kira 5 minit yang lalu mereka di bawa ke sini." Hampir luluh jantung Auntie Emma apabila mendengar berita dukacita itu. Bagaimana mereka boleh sampai ke sana? Apa yang sudah terjadi ketika perjalanan datang ke sini?

Sedang fikiran Auntie Emma berdebat sesama diri sendiri. Saat itu lah Ayla sudah selesai melepaskan hajat nya. Auntie Emma tersenyum kelat.

Auntie harap, Afifa membanyakkan bersabar ya.

"Ha Auntie, mama babah ada telefon balik tak?" Ayla sengih sampai ke telinga. Melihat senyuman itu, Auntie Emma hendak sahaja tidak mahu memberitahu hal sebenar kerana takut senyuman ceria nya akan menghilang namun dia tidak boleh buat begitu. Ayla patut tahu apa yang terjadi kepada mama dan babah dia.

"Afi...fa." tersekat-sekat suara Auntie Emma. Betul ke tindakan aku ini?

"Kenapa suara Auntie macam tu? Ha mesti kek favourite Ayla dah habis kan? tak apa lah Auntie, janji mama babah ada sekali masa sambut nanti. Tak sabarnya!"

"Mama babah kamu ada dekat hospital sekarang." Potong Auntie Emma.

Senyuman memudar dari wajah. Ayla tergamam. Ayla tidak sedar nafas nya terhenti sekali. Kaki menjadi lemah sehingga jatuh terduduk di hadapan Auntie Emma.

Mama babah dah janji...

-akan bersambung-

╰❥Seseorang Yang Kupilih Where stories live. Discover now