TIGA BELAS

32 5 0
                                    

PENGHAWA dingin melakukan pekerjaan rasmi iaitu menggeletarkan seluruh tulang yang ada di dalam badan manusia namun lebih bergetar kuat lutut tulang mereka berdua tatkala Ayla dan Irfan dipanggil serentak ke bilik gerakan.

Cikgu Yuhaila selaku cikgu disiplin sudah merehatkan tubuh di atas kerusi empuknya. Tangan yang memegang pen mula mencatat kesalahan tingkah laku mereka berdua dalam fail pelajar-pelajar SMK Gajah Melompat.

Cikgu Yuhaila menghadap dua figura yang sedang berdiri tegak bak anak kecil dimarahi oleh ibunya kerana balik lewat malam selepas bermain di luar rumah. Dapat mereka mendengar keluhan kecil dilepaskan.

Mereka berdua berdiri bersebelahan.

"Saya dapat aduan daripada pelajar yang kamu berdua...ber-couple!" Tuduh wanita tersebut. Laju Ayla menjeling lelaki itu sekilas. Irfan punya pasal lah ni. Selamba je bagi hadiah setiap kali nampak kelibat Ayla selepas itu siap menyanyi-nyanyi, pegang gitar bagai sambil kejar Ayla mana tak nya ada malaun ni pergi report dekat cikgu disiplin.

"Astaghfirullahalzim...cikgu! Saya tak nak tambah dosa saya lagi, cikgu." Ayla sedikit tersentak apabila mendengar tuduhan melulu cikgu Yuhaila.

"Irfan cakap lah sesuatu..." ayat pertolongan daripada Ayla terdengar melalui pintu masuk telinga Irfan. Irfan mengubah posisi dia.
Dia mengambil langkah ke depan manakala Ayla kekal di belakang.

"Maafkan kami sebab dah ber-couple, cikgu." Irfan menundukkan sedikit kepala. Mengakui kesalahan dia sendiri.

"Ya, betul eh! Apa awak cakap?" Aku tak salah dengar kan. Terbeliak biji mata Ayla.

"Kami berdua janji tak akan ulang kesalahfahaman ini lagi. Lepas sahaja kami keluar dari bilik puan akan kami putuskan segera hubungan tidak halal ini." Ayla tergelak tidak percaya. Kamu bilang apa sebentar tadi, Irfan Haziq? Sejak bila kita couple!

Cikgu Yuhaila mengganguk setuju. Bagus pelajar ni dia mengaku kesalahan dia. Senang sikit nak settle kan hal ini. Cikgu disiplin itu pun segera meletakkan dua plastik di atas meja nya. Ada yang isi plastik beg tersebut dah terkeluar dari rumah dia.

"Kamu berdua didenda menyusun card domino ni dari tingkat kamu berada sampai bawah kalau jatuh semua sila buat dari mula!" Ayla tersenyum pahit. Dah mengaku kesalahan pun kena denda juga ke? Hmm tak apa lah saya memang suka kena denda setiap hari pun.

"Baiklah. Kami minta diri dulu, cikgu. Assalamualaikum." Pamit Irfan sopan santun diikuti Ayla di sisi. Keluar sahaja dari bilik cikgu disiplin terus riak muka Ayla ketat.

"Awak dah kenapa tak tegahkan keadilan kat situ. Awak tahu kan kita tak ber-couple pun!" Ayla merembat kasut Irfan seraya memukul bahu Irfan berkali-kali akibat geram dengan kata-kata senior itu tadi.

Masalahnya Irfan tak rasa apa pun. Rasa pukulan Ayla macam bantal lembut.

"Tak guna pun kalau kita terus terang nanti cikgu tu bukan nak percaya dekat kita pun. Macam lah kau tak masak dengan perangai cikgu kat sini, my cherry..." Irfan menahan kasut kulit daripada dipukul lebih kuat.
Ayla tersentak. Tergaru-garu pipi kirinya.

"Ada betul juga eh tapi tetap tak boleh tau. Huwa...berdosa nya aku!"

Tergeleng-geleng kepala Irfan melihat gelagat gadis beza dua tahun daripada dia ini. Lantas tubuh berpusing. Irfan kekal berdiri membelakangkan Ayla yang sudah duduk bersila atas lantai koridor sambil menutup mata. Kepala yang disenget ke kiri, ditongkat menggunakan tangan kirinya. Kebiasaan Ayla apabila dilanda kepenatan atau kebosanan.

"Dah dah, biar jelah Allah tahu kita tak bersalah. Mesti ada sebab tertentu kita diuji sebegini." Irfan cuba menenangkan Ayla yang kemungkinan sudah berada di dalam dunia lain. Dunia overthinking.

"Ini semua salah...ish dah lah malas nak bertekak dekat sini." Ayla menyerah kalah terlebih dahulu. Irfan turut duduk bersila tetapi masih di posisi yang sama. Ekor mata Ayla menoleh susuk Irfan di hadapan nya. Menunggu balasan daripada jejaka bertali leher warna hitam itu dan mengenakan baju kemeja berlengan panjang berwarna putih bak salji.

Ni dah macam nak pergi interview kerja aje? Tahulah boleh pakai baju bebas!

"Cakap jelah, dekat sini kita boleh bertekak setiap hari...nanti kita dah kahwin tak boleh dah banyak bertekak sebab kena mempertahankan rumah tangga kita berdua."

Irfan menoleh belakang. Mereka berpandangan. Irfan tersenyum makna sebelum bertukar jadi senyuman mengusik. Ayla menjuih bibir. Nak bergurau pun tak kena tempat. Irfan tergelak halus sehalusnya. Satu kad domina diambil. Ayla bertindak melakukan perkara yang sama.

"Awak cakap benda merepek lagi saya doakan team bola awak kalah besar esok!" terhenti tawa Irfan dan juga pergerakkan dia yang mahu menyusun domino. Irfan menjeling Ayla buat kali pertama.

Perdebatan mereka sangat 'mesra' menarik perhatian pelajar-pelajar yang berdekatan. Ada yang berpatah balik semula ke kelas. Terbantut niat nak ponteng kelas geografi hari ini. Mereka berdua banyak mulut pun tangan masih bergerak buat kerja denda ini.















SATU demi satu anak tangga dipijak. Ayla berlari ke atas semula untuk mengambil beg dia di kelas lantas kembali berlari ke tingkat bawah lagi. Dia dah terlambat ke kelab biskut dia. Pintu pagar ditolak kasar ke tepi. Kini langit bertukar menjadi merah dan bercampuran warna jingga. Sepatutnya aku kena sampai awal sebelum matahari dah nak terbenam! Of courselah semua dah berkemas balik ke rumah.

Terbatuk-terbatuk dibuatnya. Kang ada juga rasa jantung nak terkeluar dari badan ini. Langkah dia memberat kerana sudah tiba di hadapan pintu kelab persatuan dia yang berdekatan perumahan Taman Jalan Mutia. Wajahnya berkeringat. Tangan mahu mengetuk namun ada seseorang membuka pintu dari dalam. Kepala yang mahu terdongak, cepat-cepat menunduk tatkala sepasang mata garang singgah ke mata bulat dia.

"Kenapa kamu lambat hari ni, Afifa?" Bingkai cermin mata yang terlucut, ditolak ke atas sedikit sebelum menjawab pertanyaan beliau.

"Saya minta maaf, cikgu. Saya kena denda dengan cikgu disiplin..." Cikgu kelab biskut sudah memotong ayat sebab gagal datang awal ke kelasnya.

"...Haa alasan! Tadi cikgu disiplin sekolah kamu denda kamu sekarang cikgu kelab kamu pula yang bagi denda."

Ayla menjatuhkan kepala berkali-kali. Apa lah nasib hidup sebagai Khayla Afifa ini. Tak apa lah, bukankah masih ada banyak lagi ujian berat yang aku akan hadapi.

Jangan putus asa!

-akan bersambung-

╰❥Seseorang Yang Kupilih Where stories live. Discover now