DUA PULUH LAPAN

27 5 0
                                    

"TAK nak sambung buat perangai gila kau tadi ke?" Sindir lelaki tua itu tatkala Irfan sudah berbaring di atas lantai. Semua barang di dalam bilik itu, bersepah dan banyak kaca bertaburan.

Irfan membiarkan tubuhnya diseret secara kasar ke arah tingkap kaca  sudah pecah akibat perbuatan Irfan beberapa minit lepas. Suka betul mencampak barang besar di merata-rata sudut bilik dia jumpa tanpa berfikir panjang. Leher Irfan dicekik saintis itu sehingga terdongak kepala. Mulut dia tidak habis-habis mengeluarkan darah pekat. Muka jejaka itu bertukar biru. Perut dia merasa sakit teramat.

Saat mata dia hampir tertutup, anak matanya menatap bulan purnama. Cantik dan nampak besar kalau dekat sini. Bulan itu automatik teringat kepada Ayla. Dia tak boleh tewas di tangan orang tidak berguna ini!

"Kau mesti sayang sangat budak Ayla tu kan? Kau serahkan diri kau dekat aku walaupun kau tahu kau akan mati!" Penawar tersebut acah-acah ingin membuang ia ke bawah ketika Irfan mencuba merampas daripada tangan nya. Sekuat hati, Irfan menolak lelaki tua itu lalu mereka bertukar tempat.

"Tuan...Jangan apa-apa kan tuan!"

Robot yang sedang mencari kelibat Irfan. Muncul di akhir cerita. Robot itu berjalan laju ke arah mereka berdua. Irfan menyedari kehadiran robot itu akibat bunyi besi terhasilnya. Irfan laju mengambil jarum suntik itu.

Kesimpulannya, robot tersebut tertolak tuan dia sendiri dan tercampak keluar bersama-sama. Saintis itu menjerit marah selepas itu rumput di bawah penuh dengan darah segar datang daripada kepala dia yang sudah pecah berkecai.

Tersekat-sekat pernafasan jejaka itu. Irfan mengalihkan pandangan dia daripada menyaksikan kejadian yang mengerikan itu. Dia bersandar pada dinding bilik tersebut. Baju dipakai Irfan berlumuran darah.

"Ya Allah! Irfan." Ayla berlari mendapatkan Irfan yang hampir jatuh lagi. Ayla tidak keseorangan. Jangan risau, Irfan hanya keletihan kerana banyak menggunakan tenaga kerja dia aje.

Berkerut dahinya. "Fakhrul?"

Irfan memandang mereka silih berganti.

"Asal kau bawa dia datang sini?" Irfan menunjukkan riak muka tidak boleh terima sang penyelamat ini. Kenapa mesti bawa budak ni? Suka lah dia sebab dah jadi hero kepada Ayla.

"Aku tahu sesuatu yang kau orang tak tahu langsung dan aku bukan budak." Cantas Fakhrul. Aduh macam tahu-tahu aje aku tengah mengumpat dia dalam hati.

"Kalau kau dah tahu, asal kau tak pernah lapor dekat pihak polis?"  Nada suara Irfan meninggi. Kalau sayang, kau kena beritahu jenayah yang dia lakukan.

"Aku pernah buat laporan tapi tanpa bukti yang kukuh membuatkan polis-polis itu tidak percayakan aku. Alasan dia orang sebab aku budak lagi that's why mereka ingat aku hanya reka..." tenang Fakhrul menjawab walaupun agak marah apabila Irfan itu seperti mahu berkata yang dia sengaja tidak mahu membawa ayahnya ke balai polis.

Dah lah saintis itu bijak sorok kan bukti dan kerja-kerja kotor dia semua telah dibersihkan seolah-olah lelaki tua itu tidak pernah mempunyai rekod jenayah atau menyalahgunaan bahan kimia.

"Tunggu sini sekejap, aku nak cari ubat tahan sakit dekat tingkat enam!" Fakhrul menghilang daripada pandangan mereka berdua.

"Nah, cepat suntik penawar ni dalam badan kau." Penawar itu diserahkan kepada gadis di hadapan nya. Ayla akur.

Ayla memasukkan jarum panjang iti pada lengan sendiri selepas itu Ayla terus berasa lebih baik dan segar semula. Giliran Ayla nak menyuntik Irfan, entah kenapa dia menolak pertolongan nya.

"Aku tak perlukan penawar, aku bukannya akan hidup lama." Ayla menghadiahkan jelingan tajam. Berani dia cakap macam tu dekat depan aku.

"Apa awak cakap ni!" Ayla mendekat namun Irfan menggeleng laju.

"Maaf...kan aku sebab pernah tengking kau dan panggil kau attention seeker. Aku bodoh gila masa tu sebab percaya kan ayat Mia! Aku...memang tak guna!" Ayla terundur ke belakang kerana lelaki itu tiba-tiba termuntah darah kali kedua. Cecair merah itu terpercik pada pakaian gadis di hadapannya.
Ayla kehilangan kata-kata. Irfan gelak kecil lalu tersenyum hambar. Kelakar dengan tindakan bodoh dan tidak matang dia dulu.

"Irfan..."

"Aku nak minta maaf waktu tu tapi aku tahu aku tak ada peluang nak bagitahu kau." Bibir bawah digigit.

"Tapi..." Irfan menoleh ke arah Ayla. Merenung anak mata Ayla dalam-dalam.

"Aku dah dapat peluang tu walaupun kejap lagi aku akan pergi." Kata Irfan dengan senyuman manis.

"Aku harap kau tak benci aku dah." Mulut Irfan mengeluarkan darah kali ke berapa dah.

"Memang...Memang saya tak benci awak dah sebab tu awak. Jangan tinggalkan saya!" Ayla merayu semahu-mahunya kepada Irfan. Tak lepas mata Irfan melihat mata Ayla sebelum kelopak mata dia dikatup rapat. Perlahan-lahan tangan jejaka itu jatuh. Bawah bibir Ayla bergetar menahan esakan.

Dada dia berombak kuat. Kepala ditunduk dan dua belah tangan menggengam hujung baju. Ayla memejamkan mata menyalurkan kekuatan untuk melanturkan ayat yang masih tersisa.

"Irfan...Bangun lah. Nanti siapa nak kahwin dengan saya kalau bukan awak!" Sambung Ayla. Penuh berharap supaya jejaka dia sukai sejak dulu tidak menghembus nafas terakhir.

"Ulang balik..."

Terangkat kepala Ayla. Irfan memandang ke arah Ayla. Tulus. Jejaka itu tersenyum dengan mulut penuh darah. Bibir digigit. Kolar baju Irfan ditarik tinggi. Merah padam hidung gadis itu.

"Awak, Ish...pergi lah tanam kubur awak sendiri!"

"Eh eh kata nak kahwin dengan aku? hehe..." Irfan tersenyum kambing. Suka betul buat Ayla naik angin. Segera Ayla menjauhinya. Merajuk lah kalau perangai dia macam ni.

"Habis hidung aku merah macam badut!" Bingkai cermin mata dicabut Ayla. Dia menggosok hidungnya. Benci lah hidung cepat merah ni.

"Badut paling cantik aku pernah jumpa." Terkaku Ayla dibuatnya.

Baru tangan Ayla ingin melancarkan tamparan paling kuat pada bahu lelaki itu. Sekelip mata, bilik dipenghuni mereka secara tiba-tiba terbakar dan meletup sana sini. Lagi-lagi bilik itu ada banyak bahan kimia yang dapat menguatkan api tersebut.

Ayla menjadi panik.

-akan bersambung-

╰❥Seseorang Yang Kupilih Where stories live. Discover now