Bab 1

1.5K 79 0
                                    

LENGKAP bersuit hitam. Lelaki bertubuh tinggi lampai persis ketinggian model dari England itu melangkah masuk ke dalam hotel peninggalan arwah bapanya. Memandangkan sekujur tubuh yang sudah tidak bernyawa itu tidak ada lagi anak yang boleh diharapkan, terpaksalah dia menawar diri.

Ikutkan dia tidak minat langsung hendak ambil tahu tentang perkembangan hotel ahli keluarganya itu. Tapi, memandangkan sumber sepencarian si keluarga bergantung kepada satu-satunya business yang ada. Terpaksalah dia memejamkan mata.

"Good morning, Tuan Ayash." Lembut suara penyambut tetamu menyapa majikan mereka. Dalam hati sudah berdoa gaji mereka dinaikkan. Kipas bos baru dapat gaji lebih.

Ayash hanya mengangguk. Laju dia melangkah masuk ke dalam pejabatnya. Entahlah. Dia sendiri tidak tahu hendak mulai daripada mana. Punggung dihenyak ke atas kerusi. PC dibuka.

Beberapa tahun yang lalu, Ayash berjaya menghabiskan belajar dalam bidang undang-undang. Cita-citanya pula hendak menjadi peguam. Tapi Allah SWT sebaik-baik perancang. Sekarang ini dia tidak menjadi peguam. Sebaliknya menjadi majikan besar.

Tuk! Tuk! Tuk!

"Masuk..." Panggilnya.

Pintu dikuak. Terpacul sekujur tubuh berkulit putih di hadapan pintu. Lelaki berbaju kemeja biru dan dilengkapi dengan pelitup muka hitam itu menunduk kepada Ayash sebelum masuk menemui Ayash.

"Who are you?" soal Ayash.

"My name is Desmond Tan. I merupakan HR di hotel ini, Tuan Ayash. Sudah dekat setahun I jadi HR di sini. Bapa you yang hire I kerja," beritahu lelaki berbangsa Cina itu kepada majikan baharunya.

Kening Ayash bertaut. Nampak sangatlah dia memang seorang yang memencilkan diri. Semua pekerja arwah bapanya pun dia tak kenal langsung. Ayash... Ayash... makan, tidur, berak saja yang kau tahu.

"I nak bagi checklist room dekat Tuan Ayash. Tadi our AGM dah check, kan biliknya." Desmond menyerahkan fail itu kepada Ayash.

"Siapa nama AGM?" soal Ayash lagi.

"Ms Dania Lee."

"Dah lama dia jadi AGM?"

"Baru beberapa minggu saja, tuan. Tuan punya ayah hire Ms Dania mungkin sebab dia tahu dia bakal tiada nanti. Ms Dania pun pernah bekerja dengan dia punya family punya company 7 tahun lepas. Dia ada pengalaman tentang hotel." Bersungguh-sungguh Desmond bercerita tentang Assistant General Manager itu.

Ayash menolak fail yang diberikan itu ke tepi. Dia mendongak memandang Desmond. Lama dia meneliti mata lelaki itu. Satu senyuman sinis terlakar di bibirnya. Entah kenapa dia dapat rasakan yang HR ini seolah-olah ada menyembunyikan sesuatu.

"My dad hire AGM sebab nak mudahkan kerja I atau dia hire AGM sebab you suka buat kepala palatao you?" soal Ayash sarkastik.

Desmond terdiam. Lidahnya kelu. Jujur. Dia bukanlah seorang pekerja yang layak untuk dipercayai. Sepanjang ketiadaan Dato' Manaf ataupun ketika Dato' Manaf terlalu sibuk dengan hidupnya, dia selalu buat benda ikut suka hatinya persis hotel itu dia yang punya.

Desmond merupakan seorang HR yang suka-suka hati mengeluarkan memo tanpa merujuk kepada majikannya sekiranya dia mendapati ada pekerja yang ingkar akan arahannya. Selain itu pula, dia merupakan seorang HR yang amatlah tidak bertanggungjawab. Dia suka mempercayai satu side cerita dan tidak mahu menyiasat sesuatu perkara.

Namun, setelah majikan besar melantik seorang pembantu... kuasa Desmond hilang persis harimau yang kehilangan taring dan kukunya. Dia jadi seperti lembu dicucuk hidung.

"Never mind. Lupakan apa yang I cakap tadi. As long as you tu pekerja. I akan cuba percayakan you. So boleh you kenalkan siapa supervisor front desk department?" Ayash berdiri dari duduknya.

Desmond mengangguk seperti burung belatuk. Dia mengiringi langkah Ayash ke kaunter. Kelihatan seorang penyambut tetamu sedang duduk bermain duit syiling. Tengah tak ada kerja agaknya.

Ehem!

Gadis berselendang merah dan berbaju kemeja hitam itu bingkas bangun dari duduknya. "Good morning Tuan Ayash. Good morning Mr Desmond."

"Good morning. Amy... mana itu Suzy?" soal Desmond kepada pekerjanya.

Amy menggaru keningnya. Dia serba salah hendak jujur yang seniornya itu sedang seronok merokok entah di mana. Belum sempat dia menjawab soalan lelaki Cina itu. Tiba-tiba Suzy muncul di belakang Ayash.

"You cari I ke Mr Desmond?"

Ayash segera menoleh ke belakang. Bukan main lagi papa ni. Macam manalah dia boleh hire bapok kerja dekat hotel dia ni, getusnya dalam hati.

"So inilah supervisor?"

"Ya, Tuan Ayash." Desmond mengangguk.

"Untuk syif petang pula siapa supervisor?" soal Ayash lagi ingin tahu. Sebelum dia menunjukkan taringnya. Kenalah berkenalan dulu dengan semua pekerjanya itu.

"Untuk syif petang masuk pukul tiga petang nanti. Pembantu supervisor namanya Peggy Wong. Dia memang duduk di syif petang saja," ujar Suzy.

"You HR ke?"

"Hah?"

"I tak tanya you. I tanya Desmond. Lain kali kalau nak bercakap dengan I tu beradab sikit. Jangan main masuk saja." Tegur Ayash. Suzy sudah tertunduk-tunduk malu.

Usai sekolahkan Suzy, Ayash atur langkah ke bahagian kitchen. Dia ingin berkenalan pula dengan ketua cef di hotelnya itu.

Suzy menghantar langkah HR dan majikannya itu dengan ekor mata lalu dia masuk semula ke kaunter. Mulut perempuan jadian itu tidak berhenti membebel kerana sakit hati disekolahkan oleh Ayash.

"Sial betul perangai. Ayah kau dulu tak adalah kurang ajar sangat. Hei, aku kerja sini dah tiga puluh tahun lebih. Hormatlah sikit pekerja kau. Si sial ni..." Bebelnya. Punggung dihempaskan ke kerusi bulat sambil bersilang kaki dia mencapai tab FO lalu membuka cerita hantu di aplikasi YouTube.

Amy termangu-mangu sendirian. Dia pun kadang-kadang ada juga main telefon tapi tak adalah seteruk supervisor dia tu. Sampai abaikan keadaan sekeliling.
Sedang leka Amy meneliti nama pelanggan yang akan hadir selepas jam dua petang nanti, tiba-tiba dia berdering. Cepat-cepat gagang telefon diangkat.

"Hello... reception..."

"Itu Sue tahu tak mana Syarikat New Ho Hwa letak invois chopstick? I cari dekat ofis tak adalah," ujar suara akauntan hotel itu iaitu Ms Koh.

"Kejap, Ms Koh. I tanya dia." Butang hold call ditekan. Amy memusingkan badannya menghadap Suzy.

"Kak Sue... Ms Koh tanya mana invois yang biasa Syarikat New Ho Hwa tu bagi, ya? Rasanya tadi orang tu pass dekat Kak Sue."

Suzy merengus kasar. "You tengoklah dalam laci ke dalam kotak ke apa. Manalah I tahu. Biasa, kan barang sampai you yang cop dan sign."

Amy diam lalu mencari kertas invois itu di dalam kotak dan di dalam laci. Tak gunalah tanya perempuan jadian itu. Semua benda tak tahu. Gagang diangkat lagi.

"Ms Koh. Ada ni pada I... nanti sebelum you keluar rehat you ambillah."

"Okey. Thank you."

"Most welcome."

CINTA BUAT TUAN AYASH [18+]Where stories live. Discover now