Bab 12

1K 64 0
                                    

PUAS berbual-bual. Hafiz Hakim meminta izin untuk pulang. Tugasnya membantu Izlene sudah selesai. Kini sampai masanya untuk dia pergi. Tangan dihulurkan. Ayash menyambut huluran itu dengan mesra. Kemarahan Ayash mula reda selepas mengenakan beberapa gelas cafe latte.

"Tolong jagakan anak-beranak tu baik-baik. Kalau boleh janganlah garang sangat dengan dia orang, Yash. Kesian dia orang tu. Kau cubalah mesra sikit dengan si kembar tu." Pesan Hafiz Hakim.

Ayash mencerlung lelaki itu. Ingat aku ni rumah kebajikan anak yatim ke apa? Suka hati kau aja titip pesanan masyarakat dekat aku, gerutunya dalam hati.

"Kenapa tak cari orang lain, Fiz?" soalnya.

"Anggap ajalah takdir kau memang dapat pekerja bernama Izlene tu. Dia tu datang dari kampung. Dia hanya nak cari rezeki untuk besarkan anak-anak dia. Kau tak kesian dia ke, Yash?"

"Aku kesian cuma macam beban tahu tak bila ada pekerja yang dah ada anak ni." Kata Ayash.

"Entahlah. Aku cuma nak bantu dia, Yash."

"Kalau kau nak bantu dia sangat kenapa kau tak ambil dia bekerja dengan kau?" soal Ayash.

"Kau gila ke apa? Aku ni buat perniagaan FOREX. Perempuan sebaik Izzi tu takkanlah nak kerja-kerja macam tu. Agak-agak la. Dia dah sound aku dah kerja trade FOREX tu haram. Berdesing telinga aku."

Ayash tergelak. Rasanya ini kali pertama dia ketawa selepas dia putus cinta dengan Hani Afirah. Pelipisnya diurut-urut.

"Oh, kiranya mulut dia tu memang cabul la. Aku ingatkan dia berani sound aku. Rupanya dengan kau pun kena sekali," ujar Ayash.

Hafiz Hakim tidak membalas kata-kata lelaki itu. Sebaliknya dia menghantar satu pandangan yang cukup redup untuk Ayash. Telapak tangannya naik ke bahu Ayash lalu ditepuk-tepuk. Seketika kemudian senyuman Ayash hilang.

"Aku suka tengok kau ketawa macam ni, Yash. Tak adalah galak sangat macam tadi. Anggap ajalah kau dengan dia tak ada jodoh," ujarnya.

"Kau tahu ke aku dengan Hani dah putus? Rasanya aku tak ada cerita apa-apa lagi dekat kau, Fiz."

"Aku nampak post IG Hani tu. Aku boleh agak."

Ayash menundukkan kepalanya. "Aku tak tahu mana silap aku. Aku cuma sibuk uruskan hotel ni. Tapi Hani tak faham. Dia tinggalkan aku. Dia cakap aku mungkir janji. Aku bukan mungkir janji, Fiz. Aku nak kahwin dengan dia bila aku betul-betul dah ready."

"Aku faham la, Yash. Kadang-kadang kita memang akan berhadapan dengan kehilangan sesuatu yang kita sayang. Tak apa, Yash. Anggap saja kau dengan dia tak ada jodoh. Kau fokuskan la uruskan hotel arwah ayah kau ni. Insya-Allah suatu hari nanti Tuhan akan kirimkan jodoh yang terbaik untuk kau." Nasihat Hafiz Hakim.

"Tapi orang tu bukan Hani..." Ayash menunduk lagi. Birai matanya bergenang. Dia tahu dia nampak hodoh menangis sebab perempuan. Tapi, hakikatmya dia amat mencintai Hani Afirah.

"If she loves you. Dia akan bertahan bukan bertunang dengan lelaki lain. Trust me... ada sebab kenapa Allah SWT tarik Hani daripada kau. Just trust him." Selar Hafiz Hakim.

"Insya-Allah," jawab Ayash.

"Mama kau dah tahu kau dah clash dengan dia?"

Ayash menggelengkan kepalanya.

"Tak apa. Slowly. Aku faham mama kau pun mesti akan faham juga. Mama kau tu soft orangnya. Dia mesti akan sokong aja apa yang kau nak buat."

CINTA BUAT TUAN AYASH [18+]Where stories live. Discover now