Bab 25

3.1K 79 6
                                    

GATAL betul jari Ayash mendail nombor western department. Gagang telefon dilekapkan ke telinga. Tidak lama kemudian panggilannya diangkat oleh seseorang.

"Hello... western department. Can I help you?"

"Tuan Ayash." Beritahunya.

"Oh, tuan. Ya, Tuan Ayash? Ada apa yang boleh saya bantu?" Nada suara Jenny berubah ceria.

"I nak order chicken burrito. Nanti suruh Izzi hantarkan ke office." Pesannya.

"Baik, tuan. Itu sahaja?"

"Hot lemon tea satu." Tambah Ayash.

"Boleh. Thank you."

Ayash mengemas fail-fail yang berada di atas meja kerjanya. Dia duduk santai sambil memandang skrin laptop yang dah gelap. Lama jugalah dia nak tunggu makanannya sampai.

Tuk! Tuk!

Lima belas minit menunggu akhirnya Izlene datang membawa pesanannya. Dia mengarahkan perempuan itu masuk. Satu set chicken burrito bersama hot lemon tea diletakkan ke atas meja.

"Itu makanan yang tuan minta. Tak ada apa-apa lagi, kan? Kalau tak ada saya keluar dulu." Dingin nada suara Izlene. Menyampah nak pandang muka Ayash pun ada.

Ayash bengang. Baru satu hari jadi isteri, Izlene dah berani nak bermain api dengan dia. Pantang betul dia kalau orang tunjuk biadab di hadapannya. Dia bingkas bangun dari duduknya lalu menarik kuat tanga Izlene. Ditolak perempuan itu sehingga terduduk di kerusinya. Cepat-cepat Ayash mengunci pintu pejabatnya.

"Tuan buat apa ni? Kita dekat pejabat sekarang. Tuan tak takut ke kalau orang nampak?" Izlene ingin bangun tapi Ayash menolaknya duduk kembali.

"Awak tahu tak pantang saya apa?"

Izlene mencerlung suaminya. "Tak tahu dan tak nak ambil tahu."

"Pantang saya bila orang tunjuk biadab depan saya. Walaupun awak dah jadi isteri saya... itu bukan satu tiket untuk awak buat perangai depan saya. Awak nak saya rasmikan awak dekat sini ke baru awak tahu langit tu tinggi ke rendah?" Gertak Ayash.

"Salah tuan sebab jadikan saya isteri."

"Wah, mulut awak... sekali lagi awak menjawab memang saya rasmikan bibir awak tu Izlene." Ugut Ayash lagi.

Dahi Izlene berkerut. Baru satu hari jadi suami aku dah berani nak miang-miang. Nampak sangat dia ni kaki perempuan, getus hati kecilnya.

"Ugutan awak yang tak masuk akal ni buat saya terfikir satu benda." Izlene menjedakan ayatnya.

"Benda apa yang awak fikir? Cuba kongsi dengan saya." Ayash mendekatkan kuping telinganya ke bibir isterinya. Sebelah tangan menampan kerusi yang diduduki oleh Izlene.

"Nampak sangat la awak ni kaki perempuan. Entah-entah awak ada HIV lepas tu awak takut kalau tak ada perempuan nak kahwin dengan awak. Sebab tu awak paksa saya kahwin dengan awak. Mentang-mentang la saya ni janda," ujar Izlene.

Ayash menghantar satu pandangan yang sukar ditafsirkan ke dalam mata isterinya.

"Dah habis cakap?" Tanyanya.

"Dah," jawab Izlene.

"Okey. My turn." Ayash memegang kedua-dua belah tangan Izlene lalu bibirnya dibenamkan ke bibir Izlene. Dikucup semahu-mahunya bibir perempuan itu.

Kucupan Ayash buatkan Izlene hampir hilang nafas. Dia meronta-ronta. Memaksa Ayash melepaskannya. Air matanya mengalir laju membasahi pipi.

Ayash menggigit sedikit bibir bawah isterinya kemudian dia menjarakkan muka mereka. Bibirnya yang basah dengan air liur Izlene dikesat dengan telapak tangan.

"Kenapa menangis? Jijik ke suami sendiri cium?" soal Ayash bernada sinis.

Izlene mengesat bibirnya dengan tudung bawal yang dipakai lalu dia berdiri tegak bersama juraian air mata.

"Memang! Memang saya jijik. Awak tak layak nak cium saya macam tadi. Awak bukan Azam! Saya tak cintakan awak. Saya takkan cintakan awak!" Herdik Izlene di dalam tangisan.

Sekali lagi Ayash berang. Dia paling tak suka kalau perempuan tinggikan suara. Pinggang Izlene dirangkul kemas lalu bibir perempuan itu dikucup lagi. Jijik sangat, kan? Nah, rasakan kau!

Pang!

Terlepas ciuman itu apabila telapak tangan Izlene naik menampar muka Ayash. Lelaki itu seakan-akan terpanar.

"Saya benci awak!" Jerit Izlene sebelum berlari keluar dari pejabat suaminya sambil menangis teresak-esak.

Sambungan boleh didapatkan dalam bentuk BUKU DIGITAL dengan harga RM15.00 sahaja. Pembelian boleh klik LINK di BIO saya atau WhatsApp 013-743 8087.

Terima kasih.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 09 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

CINTA BUAT TUAN AYASH [18+]Where stories live. Discover now