Bab 21

1.2K 86 1
                                    

"BAKI fish and chip yang ada tu semalam Izzi buat apa? Ms Koh marah I sebab baki fish and chip tu lesap tapi I tak key-in 20 pack yang I goreng tu dalam sistem." Jenny melipat tangannya ke dada.

Izlene yang termangu-mangu kerana menahan rasa mengantuknya itu terus mendongak memandang Jenny yang lebih tinggi berbanding dirinya.

"Semalam pelayan nama Sarah ada tanya saya. Saya nak tanya cef tapi saya tak ada nombor cef." Jelasnya.

"Jadi baki fish and chip tu you buat apa?"

"Saya suruh Sarah bungkuskan lepas tu bagi dekat staff," jawabnya.

Jenny terngadah. Ini kali pertama dia tidak suka akan perangai Izlene yang memandai-mandai buat keputusan tanpa bertanya kepada dia terlebih dahulu. Akibatnya dia yang dimarahi oleh bahagian akaun.

"What! Izlene you masih baru di sini. You belum layak nak take over western department. Tempoh percubaan you pun belum tamat lagi. Kenapa you pandai-pandai buat keputusan ni!" Tengking Jenny.

Izlene tersentak kerana ditengking oleh wanita itu. Sepanjang sembilan dia bekerja di hotel ini. Ini kali pertama Jenny menengking dirinya. Dia menundukkan kepalanya.

"You tahu tak pagi-pagi lagi dah ada stock take mengejut. I tak key-in lagi fish and chip tu dalam sistem you dah pandai-pandai sedekah dekat orang. Ini bukan hotel you la!" Tengking Jenny lagi.

"Saya minta maaf cef. Saya cuma takut membazir. Takut makanan tu basi." Beritahu Izlene dengan nada suaranya yang dah berubah bergetar.

"Banyak la you punya basi. Bukannya tak boleh nak sedekah dekat orang at least selesaikan dulu apa yang penting. Sekarang ni macam mana? You pandai-pandai la berdepan dengan Ms Koh dan Tuan Ayash sendiri. Dia orang dah tunggu dalam office." Selar Jenny.

Izlene masih lagi menunduk merenung lantai. Dia tak kisah kalau kena berdepan dengan bahagian akaun cumanya dia tak nak berdepan dengan majikannya itu. Dia dah dapat agak apa yang akan keluar dari mulut Ayash. Mesti kata-kata yang amat menyakitkan.

"Tak... tak apa. Saya akan bertanggungjawab. Saya jumpa Tuan Ayash dan Ms Koh," jawabnya.

Jenny tidak memandang muka Izlene langsung. Dia meletak kasar pisau di dalam singki lalu berjalan menapak ke tandas manakala Izlene pula melajukan langkahnya menuju ke pejabat.

Tuk! Tuk! Tuk!

"Masuk!" Panggil Ayash.

Lambat-lambat Izlene memulas tombol pintu. Sebaik sahaja pintu dikuak kelihatan Ms Koh sedang duduk berdepan dengan Ayash. Dua orang manusia itu memandang tajam ke arahnya. Izlene menunduk lagi.

"Saya datang sebab nak jelaskan pasal fish and chip yang hilang semalam." Katanya.

"Duduk!" Tegas suara Ayash memaksa perempuan itu duduk di sebelah Ms Koh.

Kerusi ditarik. Izlene duduk berdepan dengan Ayash. "Pasal fish and chip tu memang salah saya. Cef Jenny tak tahu apa-apa pasal ni, Ms Koh."

"Mana fish and chip tu?" soal Ms Koh.

"Semalam saya nak naik atas tapi terserempak dengan Sarah. Sarah tanya saya nak buat apa dengan lebihan makanan tu. Saya nak call cef tapi saya tak ada nombor cef. Lepas tu saya buat keputusan sendiri," ujarnya berjela-jela.

"Keputusan apa yang awak buat?" soal Ayash pula.

"Saya suruh Sarah bagi lebihan fish and chip tu dekat mana-mana staff sebab saya takut membazir," jawab Izlene. Senada.

CINTA BUAT TUAN AYASH [18+]Where stories live. Discover now