Bab 18

1K 71 3
                                    

AWAL pagi lagi Hani Afirah terpaksa mengikut bakal tunangnya itu ke Kuala Lumpur. Memandangkan minggu hadapan dia sekeluarga akan berpindah dari Beufort ke Kuala Lumpur, Adhwa ingin membantu dia mengemas rumah yang telah dia sewa untuknya dan ahli keluarganya itu.

"Tenang sikit hati saya bila Afi buat keputusan nak pindah dari Beufort tu ke KL. Sekurang-kurangnya saya tahu la Afi dah jauh daripada lelaki tu," ujar Adhwa.

"Tentang Ayash tu cuma masa lalu saya. Saya tak nak ingat dah. Saya nak cuba fokus dengan hubungan saya yang sekarang. Lagipun parents saya sukakan awak, kan?" Hani Afirah melirik sekilas lelaki di sebelahnya.

Adhwa mengangguk mengiakan kata-kata gadis itu. "Saya bersyukur sebab Pak Cik Kamalullail dan Puan Ana sudi terima saya sebagai bakal menantu dia."

"Saya harap awak tak macam dia la." Hani Afirah memalingkan mukanya ke cermin tingkap.

"Of course la tak. Dia tu gila kerja. Saya ni akan selalu utamakan awak. Trust me." Ucap Adhwa.

LENA Ayash terganggu ketika telefonnya berdering. Geram pula dia. Siapa la makhluk halus yang sibuk nak ganggu ketenteramannya itu. Dah la bukan selalu dapat bangun lambat. Mujurlah hari ini cuti.

"Ayash Dato' Manaf!"

Ayash berdecit. Menyesal pula dia angkat panggilan itu tapi tak jengah skrin dulu. Dah angkat terpaksalah dia hadap saja ibunya itu.

"Ya, Datin Ramlah." Sahutnya.

"Baru sekarang Yash nak angkat mama punya panggilan. Sebelum ni asyik reject mama punya call, kenapa?"

"Kalau mama masih nak bercakap pasal KIV bilik tu Yash tak nak dengar. Mama pergi cakap sendiri dengan HR kesayangan mama tu. Just... for your information, ma. Lelaki tu pun bukan jenis jujur punya orang." Selar Ayash.

"Kenapa Yash cakap macam tu? Desmond tu elok orangnya. Dia dah kerja dekat hotel tu sejak arwah papa ada. Yash tak lupa, kan?"

"Senang macam ni la. Apa kata mama balik dari Jepun. Mama handle hotel ni sendiri. Tak pun mama suruh Ayana. Senang. Biar Yash jadi lawyer."

"Banyak la kamu. Yash satu-satunya anak lelaki yang mama boleh harapkan. Ingat, Ayash. Hotel tu satu-satunya perniagaan yang kita ada. Sumber sepencarian yang kita ada. Penat lelah papa bangunkan hotel tu haruslah dibayar. Jangan musnahkan hotel tu." Kata Datin Ramlah di corong telefon.

"Then just trust me la mama. Yash boleh buat. Yash boleh handle The Gem dengan cara Yash sendiri," ujar Ayash.

"Tapi bukan dengan cara KIV bilik untuk staff. Yash carikan la hostel luar. Sewakan untuk dia. Mama dengar-dengar staff tu pun janda. Bawa anak dia, kan?"

"Just trust me." Tekan Ayash.

"Jangan degil Ayash."

"Okey la mama. Yash nak end call dulu. Yash nak sambung tidur. Mama ni kacau la."

"Ayash! Ayash! Ay..."

Tut... tut... tut...

Lega rasanya selepas mematikan panggilan mamanya itu. Ibu jari Ayash mengetik aplikasi Instagram. Macam biasa. Dia akan stalk akaun Instagram milik Hani Afirah. Ada lagi gambar baru yang perempuan itu kongsi. Gambar bersama Adhwa.

You're my sunshine. I hope this relay always kekal hingga ke Jannah. Insya-Allah. Love you my dear inspektor. – Hani Afirah.

Jujur dia katakan. Caption yang ditulis oleh Hani Afirah amat memedihkan sekeping hatinya. Sekarang dia dah tahu perempuan itu memang betul-betul tengah bahagia. Hani Afirah berjaya buktinya yang dia mampu hidup tanpa Ayash. Hanya Ayash yang gagal membuktikan dia mampu hidup tanpa Hani Afirah.

MASUK sahaja ke dapur, Izlene bingung. Bukan main banyak lagi order chip yang tergantung. Kalau nak tengok bilangan pelanggan di Coffee House tak adalah ramai mana. Dia boleh kira dengan jari cuma berapa orang yang datang makan.

"Banyaknya order chip hari ni cef." Katanya.

Jenny mengangguk. "Ya, pukul tiga petang nanti ada function daripada Herbalife. Main course mereka ambil western food. Kena serius la hari ni buat kerja. Izzi mesti terkejut, kan?"

"Sikit la... sebab first time nak kena handle makanan function besar," jawab Izlene.

"Tak apa. Biasa la tu baru lagi. Lama-lama nanti Izzi akan terbiasa," ujar Jenny sambil tersenyum.

Walaupun Jenny itu atau nama asalnya ialah Jamaliah. Izlene suka melihat raut wajah perempuan itu. Jenny seolah-olah ada kacukan Chinese. Matanya yang sepet. Bentuk badannya yang cantik. Kulitnya yang putih mulus. Umur pun boleh dikatakan muda lagi. Jenny baru sahaja berusia 35 tahun.

"Izzi tolong siapkan apa yang patut. Nanti I ajar you nak masak fish and chip."

"Bukan goreng ke cef?"

"Ya, memang goreng. Cumanya yang macam I cakap tu la. Beza masakan restoran luar dengan hotel sebab hotel pentingkan kualiti bukan kuantiti. Hotel mementingkan kepuasan pelanggan. Faham?"

Izlene mengangguk tanda mengerti. Cepat-cepat dia mencapai salad dan bawang hollands di dalam peti ais.

CINTA BUAT TUAN AYASH [18+]Where stories live. Discover now