Bab 23

1.4K 72 4
                                    

SELEPAS lapan hari dari kejadian itu berlaku. Hubungan Izlene dengan Jenny masih lagi dingin. Izlene hanya mengikut segala kemahuan Jenny. Namun untuk berbual dan bergurau senda seperti sebelum ini tiada berlaku lagi.

Izlene seolah-olah rasa tertipu dengan mimik muka lembut yang dipamerkan oleh perempuan itu. Andai saja Jenny tidak membuat tindakan mencuri fish and chip tersebut pasti dia tidak perlu menanggung rasa bersalah yang menggunung kepada arwah Azam.

Malangnya nasi dah menjadi bubur. Dia pun dah kauh bersetuju. Perlukah dia berjumpa dengan lelaki itu untuk menolak kehendak Ayash menikahinya? Entahlah dia pun tak pasti.

"Izzi..." Panggil Jenny. Dia perasan beberapa hari ini perempuan itu kerap mengelamun. Jauh di sudut hati dia teringin nak tahu apa yang difikirkan oleh perempuan itu.

Izlene memandang Jenny yang sedang berdiri di sebelahnya. "Ya, cef?"

"You ada masalah ke?"

"Sikit."

"Kalau you nak luahkan dekat I. Luahkanlah. Kita lupakan la pasal kes tu. I pun dah minta maaf. Tuan Ayash, account department and Desmond pun dah tahu perkara sebenar. I pun rela kena tolak gaji. Tak best la bila kita satu department tapi kita bermasam muka macam ni. I nak ajar you pun jadi tak ada mood," ujar Jenny.

Izlene mengukirkan senyuman kelat. Dia dah lama lupakan perihal itu. Ada perkara yang lebih penting dia kena fikirkan sekarang ini.

"Saya dah lama lupakan benda tu, cef." Katanya.

"Then you fikirkan pasal apa? Anak-anak you?" soal Jenny lagi.

"Lebih kurang..." Izlene mengangguk.

"Kalau you perlukan bantuan I, just beritahu I. Insya-Allah I boleh bantu." Usul Jenny.

Izlene mengangguk lagi. Entahlah. Dia sendiri tak tahu nak bagi respons apa. Hubungannya bersama Jenny tidak rapat seperti sebelum ini lagi. Kekok sekali rasanya.

"Saya nak minta izin rest setengah jam. Saya ada benda personal nak bincang dengan Tuan Ayash."

"Boleh. You punch card dulu la."

"Baik. Terima kasih, cef."

"Sama-sama."

Usai punch card, Izlene bergegas ke pejabat. Pintu bilik Ayash diketuk. Sebaik sahaja menerima arahan untuk masuk lekas dia memulas tombol pintu.

"Tuan Ayash sibuk ke?" soalnya sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam bilik lelaki itu.

"Tak. Saya tengah uruskan sikit pasal pelan renovation. Kenapa?" Ayash menutup laptopnya. Kini tumpuannya sepenuhnya kepada Izlene.

"Boleh saya duduk?" soal Izlene.

"Duduklah." Arah Ayash.

Izlene melabuhkan punggungnya di hadapan Ayash. Dia menggebam bibirnya. Mencari ayat yang sesuai sebelum memulakan bicaranya.

"Pasal fish and chip tu... tuan dah tahu kebenarannya, kan?" Tanya Izlene.

"Dah. Kenapa?" soal Ayash pula.

"Jadi kiranya pelan asal untuk kahwin dengan saya tu tuan boleh bat..."

"No way!"

Tersentak Izlene dibuatnya dek suara Ayash yang tiba-tiba naik seoktaf. Dia menelan air liur.

"Saya dah settle ambil kursus nikah. Ahad ni pula saya nak bawa awak cari baju nikah. Malam nanti pula saya nak call mama saya. Beritahu yang saya nak nikah. Awak jangan nak main-mainkan saya Izlene." Tajam mata Ayash menikam ke dalam mata Izlene.

"Tapi idea tu muncul sebab saya tak mampu nak bayar ganti rugi. Sekarang ni Herbalife dah transfer baki extra 20 pack tu. Lepas tu Cef Jenny pun akan bayar untuk 5 pack yang hilang tu. Kiranya persetujuan kita tu batal la, kan?" Dahi Izlene berkerut.

Ayash merengus geram. Susah betul dia nak jinakkan janda anak dua di depannya ini. Apalah yang susah sangat Izlene nak ikut cakap dia. Kalau mereka nikah nanti Izlene juga yang duduk di atas duit. Sementelah itu dia bolehlah lupakan Hani Afirah. Manalah tahu pintu hatinya akan terbuka untuk Izlene.

"Awak ingat saya tak tahu awak buat dua kerja, kan?" Sinis Ayash sambil berpeluk tubuh.

"Macam mana tuan boleh tahu?"

"Saya nampak la awak kerja dekat warung nasi ayam tu. Tepat pukul enam petang awak punch card. Awak naik bilik lepas tu tukar baju. Then awak terus kerja dekat sana, kan?" Tebak Ayash.

Izlene terkedu. Lama dia mendiamkan diri. Kemudian dia bersuara lagi. "Saya buat dua kerja pun tak ada kena mengena dengan tuan. Saya kerja keras demi anak saya."

"Saya bagi awak pilihan. Awak nak kahwin dengan saya atau awak nak saya rotate jadual kitchen?" Puas hati Ayash bila melihat mimik muka Izlene yang berubah cuak.

"Mak... maksud tuan?"

"Sebelum ni jadual baru bahagian western cuma sampai petang aja. Lepas ni saya akan suruh HR keluarkan memo di mana western department punya waktu operasi akan ikut waktu Japanese dan Chinese. Sebelas pagi sampai sepuluh malam. Saya rasa awak tak boleh tolak jadinya awak kena korbankan salah satu kerja awak."

Buku lima dikepal kuat. Kenapa la dia dipertemukan dengan manusia sekejam Ayash. Apa tujuan lelaki itu beria-ia hendak menikah dengan dia sebenarnya pun dia tak tahu.

"Ramai anak dara dekat luar sana. Tuan boleh pilih mana-mana perempuan yang tuan nak. Just biarkan saya dengan anak-anak saya. Kehadiran saya ke sini sebab nak cari rezeki yang halal. Tak pernah terdetik langsung dalam hati saya untuk jadi isteri tuan," ujar Izlene bersungguh-sungguh.

"Ada saya kisah? Suka hati saya la nak pilih siapa pun... anak dara ke janda ke apa. But now saya pilih awak. Just ikut ajalah rancangan saya. Bukan susah pun. Daripada awak bersusah payah besarkan anak awak tu baik awak kahwin dengan saya. Hari-hari awak hidup atas duit, Izlene." Tekan Ayash.

Izlene bingkas bangun dari duduknya. "Saya tak nak! Satu sen duit tuan pun saya tak nak!"

"Then kau boleh berhambus dari hotel ni. Pandai-pandai kau la merempat dekat luar sana dengan anak-anak kau! Kalau mati budak-budak tu kena hujan ke panas ke kau jangan menyesal!" Jerkah Ayash. Geram kerana Izlene menolak ajakannya itu. Bukan dia ajak buat maksiat pun. Dia hanya ajak kahwin.

Tangan Izlene menggigil. Api kemarahannya kepada Ayash meluap-luap tapi melihat mimik muka Ayash persis singa. Api kemarahannya reda. Ugutan Ayash buatkan dia terpempan. Dia berkeras macam mana pun keselamatan si kembar adalah keutamaannya.

"Baik! Kita kahwin." Putusnya.

DARI tadi lagi air matanya tidak berhenti mengalir. Telapak tangannya mengelus-elus kepala si kembar yang dah lena diulit mimpi. Rasa bersalahnya kepada arwah suaminya semakin menjadi-jadi.

Dia telah berjanji hendak menjadikan Azam sebagai cinta pertama dan cinta terakhirnya tapi sekarang dia mungkir janji. Tidak lama lagi dia akan menjadi isteri kepada Ayash. Maafkan Izzi. Izzi tak ada pilihan lagi, rintihnya dalam hati.

"Lepas kita kahwin nanti please sembunyikan status kita daripada pengetahuan staff. Itu sahaja permintaan saya."

"Baik. Saya ikut."

Masih terngiang-ngiang permintaan pelik Ayash sewaktu mereka di dalam pejabat siang tadi. Entahlah. Dia tak nak ambil port dengan permintaan itu. Apa yang penting dia rela berkorban demi anak-anaknya.

"Ibu cuma nak Dani dan Damia tahu yang cinta ibu buat arwah ayah tak akan pernah luntur. Ibu buat semua ni sebab terpaksa. Ibu tak cintakan dia dan tak akan cintakan dia. Semua ni demi keselamatan dan keselesaan Dani dan Damia." Gumam Izlene lalu dahi Dani dan Damia dikucup lama.

CINTA BUAT TUAN AYASH [18+]Where stories live. Discover now