Bab 7

1K 69 0
                                    

"JANGAN hantar report kalau tak tahu nak buat dengan betul! Kau pergi siapkan semula!"

Tengkingan Ayash membuatkan Desmond menunduk. Dah seminggu Ayash berubah. Perangai lelaki itu jadi semakin teruk. Kata AGM, report yang dia buat semuanya kemas dan teratur tapi ada saja yang tak kena di mata Ayash.

"Lepas tu siapa benarkan kau pergi ambil staff Bangladesh kerja dekat bahagian kitchen? Kau tahu tak customer kompelin dekat marketing dia orang tu semua berbau!" jerkah Ayash lagi.

"AGM kata dia dah bincang sama tuan. Sebab tu I proceed ambil dia orang," ujar Desmond.

"Siapa bos kau? Aku ke Dania? Tanya aku lain kali bukan tanya perempuan tu! Payroll mana payroll? Aku nak tengok semua payroll yang kau buat."

Desmond tercengang. Rasanya hari ini baru 1 Julai. Awal lagi sedangkan hari gaji masuk 7 Julai. Dia menggaru dahinya.

"Biasa payroll I buat lepas tiga hari bulan ke atas. Sebelum enam hari bulan I akan bagi Dato' Manaf tengok then baru I akan call bank untuk keluarkan duit gaji dia orang tujuh hari bulan." Jelas Desmond.

"Menjawab! Suka hati mak kau aja nak buat payroll last minutes. Kau buat payroll tu hari ni juga lepas tu tunjuk aku!" Herdik Ayash sekali gus membaling sebuah fail hingga terkena bahu Desmond.

"Ba.. baik, Tuan Ayash." Desmond mengangguk laju lalu melangkah keluar dari bilik majikannya itu. Dia berlari ke pejabatnya seperti lipas kudung.

Prang!

Ayash membaling frame kaca yang berukiran nama arwah ayahnya ke lantai. Wajah diraup kasar. Meja kerjanya ditendang sekuat hati. Barannya datang gara-gara Hani Afirah. Tergamak perempuan itu meninggalkannya. Kehilangan yang dia rasakan kali ini amat sakit. Lebih sakit berbanding kehilangan ayah.

SUP ayam dihidangkan ke atas meja. Membulat mata Dani dan Damia. Haruman sup ayam yang dimasak oleh Mak Siti menjentik seleranya. Nafsu laparnya semakin membuak-buak. Sejak duduk di rumah Hafiz Hakim, hari-hari dia dapat makan sedap.

"Jemput makan, Puan Izzi, Encik Hafiz." Mak Siti mencedokkan nasi ke dalam pinggan Izlene dan Hafiz Hakim. Kemudian dia mencedokkan pula nasi ke dalam pinggan si kembar.

Izlene mengangguk lalu mencapai mangkuk kaca berisi sup ayam itu lalu dia mencedokkan sedikit kuah bersama dua ketul ayam untuk si kembar.

"Semua dah siap. Bila awak nak fly pergi Beufort? Kos semua saya tanggung. Anggap saja saya buat amal jariah," ujar Hafiz Hakim.

Terhenti tindakan Izlene hendak mengunyah nasi. Cepat betul lelaki itu siapkan semuanya seolah-olah Hafiz Hakim tak nak dia lama-lama duduk di sini.

"Kami susahkan awak, ya?" soalnya.

"Hah?"

"Cepat betul awak uruskan semuanya seolah-olah awal tak selesa saya, Dani dan Damia duduk di rumah awak ni." Kata Izlene berjauh hati.

Hafiz Hakim tercengang. "Bukanlah. Kan, awak cakap awak nak cari kerja. Kawan saya cakap dia memang tengah perlukan pembantu dapur secepat mungkin. Dah tiga orang cabut tanpa notis."

"Mesti dia garang. Sebab tu orang resign."

"Tak la... kawan saya okey aja. Cuma mungkin kerja bahagian kitchen tu penat lepas tu panas. Awak confirmkan betul-betul sama ada awak nak ke tak nak jawatan pembantu dapur tu."

Izlene berfikir sejenak. Dia pandang Dani dan Damia yang berselera makan. Jika difikirkan semula pun takkanlah sampai bila-bila dia nak mengharapkan belas kasihan Hafiz Hakim. Nak tak nak dia kena berusaha di atas kaki sendiri juga.

"Saya confirm."

"Bila nak fly?"

"Bila awak free?"

"Hujung minggu ni. Boleh?"

Izlene mengangguk bersetuju. Dia sambung makan tanpa banyak bicara. Tapi, hatinya teringin sekali hendak tahu tentang latar belakang Hafiz Hakim.

"Kalau saya tanya awak jangan marah, ya?"

Hafiz Hakim memperlahankan kunyahannya.

"Tanyalah."

"Awak, kan anak angkat Mak Cik Jamilah. Jadi, mana ibu ayah awak sebenarnya? Lepas tu awak ada berapa orang adik-beradik?"

"Oh, soalan kekeluargaan la ni?"

"Saya cuma..."

"Tak apa saya okey. Mama dan papa saya dah bercerai. Seorang ke hulu. Seorang lagi ke hilir. Dia orang bercerai tapi kami adik-beradik yang menjadi mangsa. Papa jaga dua orang abang saya. Mama pula jaga seorang kakak saya. Saya ni macam anak pungut." Hafiz Hakim menjeda. Nafas ditarik lalu dihembus.

"Kejap mama akan jaga. Kejap papa akan jaga. Lama-lama saya memberontak sebab dia orang tak sehaluan. End up saya pilih nak duduk dengan Mak Cik Jamilah sebab bagi saya, Mak Cik Jamilah aja yang nampak ikhlas nak jaga saya. Mak Cik Jamilah tu kawan baik papa saya." Sambungnya.

"Mama dan papa awak bercerai sebab apa, ya? Maaf kalau soalan saya lancang." Izlene tersengih.

Hafiz Hakim menjungkit bahu. "Entahlah... kalau nak cakap masing-masing curang... sampai hari ni mama dan papa saya tak kahwin lagi. Mungkin tak ada persefahaman agaknya. Tapi saya bersyukurlah sebab hubungan saya adik-beradik tak putus pun."

"Oh, baguslah macam tu." Izlene tersengih lagi lalu menghirup kopinya yang masih panas.

"Setiap kali raya mesti abang kakak saya akan datang beraya dengan anak-anak dia orang. Abang kakak saya semua dah kahwin. Saya aja yang masih single. Tapi tak apalah. Asalkan saya ramai anak buah tu pun dah seronok," ujar Hafiz Hakim lagi.

"Mama dan papa awak?"

"Pun ada datang jugak tapi berlainan waktu la." Hafiz Hakim menghamburkan gelak di hujung ayatnya.

Izlene menggebam bibirnya. Walaupun lelaki itu nampak happy go lucky saja orangnya tapi dia tahu jauh di sudut hati lelaki itu terpahat satu luka yang amat dalam.

"Ada apa-apa lagi awak nak tahu?" soal Hafiz Hakim. Orang tanya, dia jawab. Dia suka bercerita dengan orang yang boleh buat dia rasa selesa.

Izlene menggelengkan kepalanya lalu menyambung semula menyantap makanannya itu.

CINTA BUAT TUAN AYASH [18+]Where stories live. Discover now