Bab 15

1.1K 78 1
                                    

BERAIR mata Hafiz Hakim dibuatnya setelah ibu angkatnya itu memberitahunya yang ada seorang gadis kampung begitu tergila-gila akan dirinya. Dia sendiri masih tidak percaya akan perihal itu.

"Ibu janganlah main-mainkan Fiz. Siapa perempuan tu bu?" soal Hafiz Hakim lalu meletakkan kepalanya ke atas bantal.

"Anak Mak Esah. Rasanya Hafiz tak kenal pun dia orang tu. Mak Esah tu sebenarnya dulu ibu bergaul aja dengan dia tapi sejak arwah anak dia meninggal dunia terus kami tak rapat lepas apa yang dia buat dekat menantu dia tu." Jelas kedengaran nada geram Jamilah di corong telefon.

"Dia buat apa bu? Ceritalah..."

"Tak la. Anak dia tu meninggal dunia sebab kemalangan. Kebetulan arwah tu ada berdaftar dengan insurans... duit insurans tu semua dia kaut. Tak bahagi dua pun dengan menantu dia. Dah la menantu dia tu ada dua orang anak. Kesian ibu tengok. Sebelum menantu dia keluar dari kampung ni pun menantu dia tu pinjam duit ibu. Ibu kesian. Ibu bagi la pinjam sikit."

"Hish! Jahatnya mak cik tu. Siapa nama menantu dia bu? Manalah tahu Fiz kenal ke apa."

"Izlene. Biasa ibu panggil budak tu Izzi. Kesian dia Fiz... dia tu dah la muda lagi. Belum capai 25 tahun tapi dah kena pikul tanggungjawab yang berat. Dah la kena aniaya dengan ibu mentua sendiri pula tu."

Hafiz Hakim terus terduduk. Matanya membulat besar. Adakah ibu angkatnya sedang ceritakan perihal Izlene yang dia bantu dua hari yang lalu?

"Anak dia kembar ke bu?"

"Haah. Eh, mana Fiz tahu?"

Hafiz Hakim berdeham. "Tak adalah bu. Hafiz main teka aja. Okey balik semula ke topik asal tadi. Dah tu ibu nak ke Fiz kahwin dengan anak mak cik tu?"

"Fiz jangan macam-macam. Boleh mati awal ibu kalau tengok Fiz kahwin dengan anak Mak Esah tu. Ibu lebih rela kahwinkan Fiz dengan Izzi tu walaupun janda tahu tak. Ibu tak sanggup nak tengok masa depan Fiz hancur di tangan perempuan yang salah."

Hafiz Hakim melorekkan satu senyuman kecil. Dia akan lakukan apa sahaja yang boleh membahagiakan ibu angkatnya. Dia sangat menghargai wanita itu seperti ibu kandungnya sendiri.

"Ni Fiz dekat mana ni?"

"Ada dekat Beufort. Esok Fiz balik KL dah."

"Oh, yalah. Hati-hati dekat Sabah tu. Nak balik nanti hati-hati. Sampai KL nanti jangan lupa telefon ibu."

"Baik ibu."

"Okey la... ibu telefon Hafiz sebab nak beritahu pasal tu aja. Ibu nak matikan call dulu. Assalamualaikum." Pamit Jamilah.

"Waalaikumussalam." Sahut Hafiz Hakim lalu mematikan talian. Dia baring semula. Sebelah tangan diletakkan ke dahi. Fikirannya menerawang jauh memikirkan perihal Izlene. Sungguh menyayat hati kisah perempuan itu.

AWAL pagi lagi Izlene sudah terpacak di hadapan pintu pejabat. Niatnya ingin bertemu dengan HR. Dia terpaksa tebalkan muka untuk meminjam wang. Sampai tarikh gaji nanti lelaki itu cuma perlu tolak sahaja pinjamannya itu daripada gajinya. Dia terpaksa meminjam wang kerana anak-anaknya nak makan.

Ehem!

Dehaman seseorang membuatnya terkejut. Cepat-cepat dia menunduk ketika melihat Dania Lee berdiri tegak di hadapannya. Dia menunduk demi menunjukkan rasa hormatnya itu kepada Assistant General Manager.

"What are you doing here?" soal Dania Lee sambil melipatkan tangannya ke dada.

"Saya nak jumpa Mr Desmond, Ms Dania." Beritahu Izlene, jujur.

"For what?"

"Ada hal sikit..."

"Oh, Desmond ambil UPL today and tomorrow. Khamis baru dia ada."

"UPL?" Izlene bingung.

"Unpaid leave... dua hari."

Izlene kecewa. Kenapalah di saat dia betul-betul tengah memerlukan lelaki itu, lelaki itu boleh cuti pula. Baik tak payah jadi HR kalau sesuka hati nak cuti. Geram pula rasanya.

"But you boleh berurusan dengan I. Apa masalah you? You tak boleh take over western department? Too difficult for you, right?"

"Eh, tak, tak. Bukan tu Ms Dania. Sebenarnya..."

"Kenapa awak boleh ada depan ofis ni? Sekarang dah waktu kerja, kan?" Tegur Ayash yang tiba-tiba muncul di antara mereka berdua sambil membawa beg bimbitnya itu.

"Good morning Tuan Ayash." Ucap Dania Lee.

"Morning too Dania. You can go. Biar I handle this girl." Arah Ayash.

Dania Lee mengangguk kemudian berlalu menuju ke pejabatnya. Kini hanya tinggal Ayash dan Izlene sahaja yang masih berdiri kaku di hadapan pejabat.

"Kenapa? Awak nak resign? Baru dua hari kerja takkan nak berhenti dah?" soal Ayash.

"Bukan macam tu Tuan Ayash..."

"Dah tu?"

"Sebenarnya saya nak jumpa Desmond."

"Untuk apa nak jumpa HR? Nak report pasal Jenny selalu main telefon ke waktu kerja?" Ayash menduga.

Izlene menggelengkan kepalanya. Dia ingin mengeluarkan ayat hendak meminjam wang tapi mulutnya seakan-akan digam.

"Tak... tak apalah. Nanti saya jumpa sendiri dengan Mr Desmond." Belum sempat Izlene melangkah pergi, Ayash terlebih dahulu memegang lengannya.

Izlene terkejut beruk ketika lelaki itu menariknya. Nasib baiklah dia tak terpeluk majikannya yang berperangai persis ais batu itu. Cepat-cepat tangan Ayash ditepis.

"Saya isteri orang." Katanya. Lembut.

Ayash tersengih sinis. "Isteri orang or isteri yang kematian suami?"

Izlene tersentap. Bahkan sampai hari ini pun dia belum boleh terima hakikat sepenuhnya tentang kepergian suaminya itu. Birai matanya bergenang.

"Tak apa. Nanti saya jumpa HR sendiri. By the way thank you sebab Tuan Ayash ambil berat pasal anak-anak saya. Saya hargai benda tu," ujar Izlene kemudian berlari-lari anak menuju ke pintu lif.

Ayash menghantar langkah Izlene melalui ekor mata. Dia tersengih melihat gelagat Izlene yang takut-takut ketika berdepan dengan dirinya. Garang sangat ke aku ni?

CINTA BUAT TUAN AYASH [18+]Where stories live. Discover now