Bab 3

1.1K 78 2
                                    

TANAH perkuburan yang kering kontang kerana cuaca panas disirami dengan air paip. Air matanya juga tidak berhenti mengalir membasahi pipi. Si kecil hanya terkebil-kebil memandangnya. Mungkin si kembar itu pelik. Mereka sedang buat apa sekarang? Kenapa ibu menangis? Kenapa ibu bawa beg besar? Mungkin itulah yang sedang bermain di fikiran si kembar.

Dekat setengah jam jugalah Izlene meluangkan masanya bersama sang suami yang sedang lena di alam sana. Dia perlu mengucapkan selamat tinggal kepada sang suami yang tidak mampu dilihat dengan mata. Hanya batu nisan yang mampu dia elus. Terukir jelas nama Azam di situ.

"Emak awal jahat. Jahat sangat... bukan dengan saya aja dia jahat. Dia jahat dengan cucu-cucu dia sekali. Saya dah bagi dia semua duit insurans tu tapi dia dan kakak awak masih nak halau kami. Saya tak tahu nak bawa anak-anak kita pergi mana, Azam." Izlene bertinggung di sebelah kiri tanah yang menimbus jasad suaminya.

Disebabkan kekejaman Mak Esah dan Yanti jugalah dia terpaksa tebalkan muka untuk pinjam duit dengan Jamilah. Dia tahu mesti Jamilah akan kutuk ibu mentuanya kao-kao. Biarlah... dia tidak mahu ambil tahu lagi perihal Mak Esah dan Yanti.

"Nasib baik Mak Cik Jamilah sudi pinjamkan saya dua ratus, awak. Cukuplah untuk tambang saya ke Kuala Lumpur tu. Dekat sana nanti saya betul-betul tak tahu nak kerja mana. Duduk mana. Siapa nak jaga Dani dengan Damia pun saya tak tahu." Luahnya lagi.

Izlene melirik sekilas anak-anaknya. Kesian anak-anak ibu. Disebabkan kejahatan nenek, kau orang yang kena tanggung akibatnya. Maafkan ibu sayang. Salah ibu... kalaulah ibu tak mengada-ada malam tu mesti kau orang takkan hilang ayah. Ibu takkan hilang tempat bergantung. Getus hati kecilnya.

Izlene melihat jam di telefon RealMe kepunyaannya. Lagi dua jam basnya akan sampai. Nampak gayanya dia perlu sampai awal di Melaka Sentral. Dia mula berkira-kira jarak dari Kampung Air Semubuk ke Melaka Sentral jika ditambah, ditolak dan dibahagi adalah dalam setengah jam. Baki waktu yang ada bolehlah dia isi perut. Dia yakin anak-anaknya pun tengah tahan lapar.

"Insya-Allah suatu hari nanti bila saya dah ada kekuatan saya akan balik melawat awak. Saya harap awak doakan saya, Azam. Walaupun jasad kita terpisah tapi cinta kita masih kuat. Awak cinta pertama dan akan jadi cinta terakhir saya, Azam." Katanya sebelum bangkit dari bertinggung.

Izlene menyangkut beg pakaiannya dan anak-anaknya ke bahu.

Tubuh Dani dan Damia didukung sama. Boleh tahan berat beban yang dia pikul sementelah badannya pun tidak adalah besar mana. Kaki diayun menuju ke kereta Persona biru yang sudah tunggunya daripada tadi.

Izlene terpaksa merayu dekat pemandu Grab itu supaya menunggunya memandangkan tidak mudah hendak mencari Grab di kawasan tanah perkuburan itu. Mujurlah lelaki berbangsa India itu sudi membantunya. Cuma kena bayar double saja casnya.

"Sudah ready, ya?" Tanya pemandu Grab itu.

"Dah uncle. You boleh gerak sekarang. Terima kasih sebab bantu I," jawab Izlene.

"Small matter. I kesian sama itu budak kecil. I tahu dia pun mau jumpa dengan dia punya appa."

Izlene hanya tersenyum kecil. Jari-jemarinya digenggam kemas oleh Damia, si adik.

SETIBANYA di Melaka Sentral. Izlene membawa anak-anaknya berjalan sementara menunggu basnya sampai. Biarlah dia hirup kenangan-kenangan lampaunya di sini sebelum dia memulakan kehidupan baharunya di Kuala Lumpur kelak.

Azam... setiap kali gaji awak mesti akan bawa saya jalan-jalan di sini. Awak belikan saya baju semua. Saya rindukan awak, Azam. Hatinya merintih pilu.

CINTA BUAT TUAN AYASH [18+]Where stories live. Discover now