Bab 16

1K 59 0
                                    

SUAPAN terakhirnya dihabiskan. Ayash menghirup teh panas itu dengan berhati-hati sambil sebelah tangan lagi memegang telefon. Setelah beberapa hari berlalu. Dia akui dia boleh terima hakikat akan kehilangan cinta hatinya. Cuma hendak move on sahaja perlukan masa. Namun dia yakin. Sekiranya dia sibukkan diri dengan kerja mesti bayangan Hani Afirah akan hilang dari mindanya.

Beep! Beep!

Bunyi notifikasi mesej mengganggu tumpuan Ayash yang sedang melihat video lawak di TikTok. Aplikasi WhatsApp dibuka. Mesej daripada sahabatnya itu dibaca sebelum dibalas.

Aku dah nak gerak balik KL. Dah dekat airport dah ni. Kau jagakan dia orang elok-elok. Ada apa-apa update aku. Jangan garang sangat dengan Izzi. – Hafiz.

Macam la dia tu bini kau. Tahu la aku nak jaga staff aku. Dia tak buat hal aku jaga elok la. Take care balik KL tu Mr FOREX. – Ayash.

Ayash tersengih sendiri. Seketika kemudian dia teringatkan sesuatu. Cepat-cepat Ayash berdiri menuju ke bahagian lauk-pauk. Dia membungkuskan nasi bersama ayam masak sup. Dia hendak berikan makanan itu kepada si kembar.

Entah kenapa selepas sekali dia berbuat baik kepada anak-anak itu. Hatinya berasa tenang. Melihat muka anak-anak kecil itu yang pada awalnya menjengkelkan membuatkan Ayash berasa ingin melihat muka si kembar lagi dan lagi selepas itu.

Rasanya kau dah sampai seru untuk kahwin ni, Yash. Getusnya dalam hati. Ayash menggelengkan kepalanya. Dia belum boleh terima hakikat sepenuhnya akan kehilangan teman wanitanya itu.

PINTU dikuak sebaik sahaja ada orang mengetuk dari luar. Dani mempamerkan mimik muka sememehnya kerana orang yang diharapkan datang tidak datang tapi orang yang dia tak suka itu jugalah yang tak malu nak tunjukkan muka.

"Nak apa ni? Bu tak ada." Dani mencerlung lelaki itu. Dia tidak sukakan Ayash kerana Ayash sudah menipunya semalam.

Eh, budak ni. Biadab sangat. Aku kahwin jugak dengan mak kau baru kau tahu langit tu tinggi ke rendah. Gumam Ayash dalam hati.

"Memang la. Ibu, kan tengah kerja dekat bawah tu. Uncle bawakan nasi dengan sup ayam untuk Dani dan Damia." Ayash menghulurkan bungkusan itu kepada Dani tapi lelaki cilik itu tidak menyambut hulurannya.

"Ambil la..." Gesa Ayash.

"Bu cakap tak boyeh terima apa-apa daripada orang yang tak kenal." Juih Dani.

"Eh, eh, uncle ni boss ibu kau la." Ayash bengang.

"Tapi uncle orang jahat."

"Asal lak?"

"Uncle tipu Dani. Kata nak telefonkan pak tik tapi tak datang semula pun cemalam."

Ayash tersengih. Itulah kau. Berjanji lagi dengan budak-budak. Tak pasal-pasal dia dah jadikan kau musuh sekarang ni. Ayash menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Alaa... bateri telefon mati semalam. Lagipun pak cik kau tu dah balik KL dah. Tak jumpa dah lepas ni. Kau nampak muka uncle aja lepas ni," ujar Ayash.

Dengar sahaja yang dia tidak akan menemui Hafiz Hakim lagi membuatkan Dani menangis teresak-esak. Sementara Damia yang sedang duduk di dalam kebingungan.

Membulat mata Ayash bila anak kecil itu menangis. Dia gelabah. Dia tidak ada pengalaman handle budak-budak. Kakaknya pun suruh kahwin tak nak kahwin. Aduh, apa nak buat ni?

"Dani nak pak tik! Nak playground! Uncle jahat. Dani nak pak tik!" Raung Dani sekuat hatinya. Kaki menendang-nendang udara.

CINTA BUAT TUAN AYASH [18+]Where stories live. Discover now