Bab 24

1.6K 84 0
                                    

DENGAN sekali lafaz sahaja Izlene berjaya dinikahkan dengan Ayash. Mereka hanya buat majlis secara tertutup di Masjid Daerah Beufort. Majlis kecil-kecilan itu hanya dihadiri oleh ahli keluarga terdekat sahaja.

Sebaik sahaja Ayash memberitahu Datin Ramlah bahawa dia hendak bernikah dengan pilihan hatinya. Hari itu jugalah Datin Ramlah bergegas membeli tiket penerbangan dari Jepun menuju ke Kuala Lumpur. Ditarik sekali Ayana supaya mengikutnya pulang ke tanah air.

Sampai sahaja di Kuala Lumpur, Datin Ramlah dan Ayana menginap satu malam di hotel kemudian esoknya meneruskan penerbangan dari Kuala Lumpur menuju ke Beufort. Semuanya disebabkan keputusan mendadak yang dibuat oleh Ayash. Tidak ada angin tidak ada ribut tiba-tiba anak lelakinya nak kahwin.

"Apa yang berlaku ni Yash? Apa dah jadi dengan hubungan Yash dan Hani? Kenapa sekarang ni kahwin dengan orang lain? Siapa perempuan tu?" soal Datin Ramlah bertubi-tubi. Jari telunjuk menuding Izlene,

Ayash membetulkan kedudukan songkoknya lalu mengerling sekilas Izlene yang sedang duduk bersandar bersama anak-anaknya. Jarak mereka agak jauh kerana Ayash dan keluarganya berada di kaki lima masjid.

"Yash dengan Hani dah putus," jawabnya.

"Kenapa putus? Hani tu bukan main sayang dekat kau. Perempuan tu siapa? Dia janda ke?" soal Ayana pula sambil bercekak pinggang.

"Mama dengan akak takkan faham." Keluh Ayash.

"Macam mana kita orang nak faham kalau kau tak fahamkan kita orang. Yash... Hani tu sesuai untuk kau. Kau orang kenal dah lama. Perempuan tu siapa? Dia janda ke? Jawab soalan akak." Tegas Ayana.

"Senang macam ni la. Yash dengan Hani tak ada jodoh. Kebetulan Allah SWT hantarkan Izlene untuk jadi jodoh Yash. Yash terima aja. Untuk pengetahuan mama pula... Izlene tu la staff baharu yang Hafiz bawa untuk kerja di hotel kita tu," ujar Ayash.

Membuntang mata Datin Ramlah. "Maksud Yash perempuan tu la yang Yash beria-ia suruh Desmond KIV bilik dia? Maksud Yash dia la janda tu?"

Ayash mengangguk mengiakan tekaan Datin Ramlah. Semakin terkejutlah orang tua itu selepas mendapat tahu kebenarannya.

"Kau gila ke Yash? Kau tu bujang lagi. Kalau ya pun kau cakap kau dengan Hani tak ada jodoh... sekurang-kurangnya cari la anak dara. Cari perempuan yang berpelajaran. Bukan janda!" Tempelak Ayana.

"Betul tu mama sokong. Benda bodoh apa yang Yash buat ni? Ya Rabbi... kalau la mama boleh halang majlis kamu tadi dah lama mama buat. Menyesal betul mama tak halang. Mama ingatkan budak-budak tu adik dia. Rupanya anak dia." Selar Datin Ramlah.

"Izzi tu pun umur dia beza tujuh tahun dengan Yash. Dia baru 21 tahun. Yash buat keputusan yang elok. Yash cuma nak bantu dia. Lagipun mama dengan akak nak tengok ke Yash buat benda tak elok? Dah sampai seru Yash kahwin. Yash kahwin la." Gerutu Ayash.

"Kalau dah tahu tak tahan nafsu tu kahwin la Ayash!" Tekan Ayana.

"Dah tu apa yang Yash buat ni?" soal Ayash dengan lagak angkuhnya.

"Maksud akak kahwin dengan anak dara. Bukan dengan janda. Janda tu cuma nak kikis harta kau aja." Ayana menyilangkan tangannya ke dada.

"Kak Yana ni harap aja duduk negara maju tapi fikiran tu masih enteng. Yash yang paksa Izzi kahwin dengan Yash. Bukan dia yang tergila-gilakan Yash pun." Selar Ayash.

Datin Ramlah membetulkan kedudukan rantai emasnya yang dah senget ke kanan lalu dia bercekak pinggang.

"Masalahnya dia tu janda. Lepas tu latar belakang dia pun mama tak sempat kaji lagi. Mana ibu ayah dia Yash?"

"Dia anak yatim piatu, ma. Suami dia pula dah meninggal dunia. Yash tak buat benda salah pun. Kalau bab nak kaji menantu tu... bila-bila masa aja mama boleh kaji. Yash cuma minta satu benda. Tolong hormat keputusan Yash. Yash dah ikut cakap mama. Kali ni mama tolong biarkan Yash buat keputusan sendiri pula," ujar Ayash.

Ayana merengus kasar manakala Datin Ramlah dah menggaru-garu kepalanya. Ya Allah... apa nak jadi dengan anak aku ni.

"Jam pun dah pukul enam petang. Mama dengan Kak Yana boleh buat keputusan la sama ada nak duduk rumah Yash atau sewa hotel. Maklumlah malam ni malam pertama kami. Risau mama dengan akak tak selesa." Usai berkata sedemikian, Ayash bergegas menapak meninggal ibu dan kakaknya yang termangu-mangu.

"Kurang asam punya anak!" Datin Ramlah merengus kasar. Jauh di sudut hatinya dia tidak dapat menerima Izlene sebagai menantu. Nak tak nak dia kena siasat punca Ayash dan Hani Afirah berpisah.

WALAUPUN dia pernah ada pengalaman berkahwin sebelum ini. Dia tidak dapat menafikan aura malam pertama itu jugalah yang dia gerunkan. Lagi-lagi suaminya itu bukanlah Azam. Sebaliknya Ayash, iaitu majikannya sendiri.

"Kenapa tak tidur lagi? Nak proceed malam pertama dengan saya ke?" soal Ayash sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam bilik tidurnya. Pintu bilik dikunci. Risau kena terjah dengan mama dan kakaknya pula nanti.

Bahang terus muka Izlene. Dia berpaling membelakangkan Ayash. Jari-jemarinya dikuis-uis. "Saya harap tuan puas hati la sebab hasrat tuan tercapai. I'm your wife now."

"Huh?"

Ayash memutarkan biji matanya ke atas. Macam la aku nak sangat kahwin dengan kau. Aku kahwin dengan kau pun sebab kesian. Plus aku nak tunjukkan dekat Hani yang aku dah move on, gerutunya dalam hati.

"Cumanya saya harap tuan faham. Tuan boleh miliki jasad saya tapi tuan takkan berjaya miliki hati saya," ujar Izlene lagi. Nada suaranya agak tegas.

Ayash yang rasa tercabar dengan ayat isteri yang baru dia nikahi itu terus menerpa ke arah Izlene kemudian merangkul kemas tubuh Izlene dari belakang. Perempuan itu meronta-ronta. Mungkin takut agaknya.

"Izzi... jauh sangat awak punya fikiran ni tapi awak kena ingat satu benda. Saya suami awak sekarang. Kalau saya nak awak ni senang aja." Sinisnya. Satu kucupan penuh sensual dia lepaskan ke leher isterinya.

"Lagi-lagi awak ada pengalaman. Tipulah kalau awak tak rasa nakkan benda tu bila saya goda-goda awak. Betul tak?" Sekali lagi leher Izlene dikucup.

Izlene memejamkan matanya. Ya Allah... rasa berdosanya kepada Azam semakin menjadi-jadi. Cepat-cepat dia menarik tangan Ayash. Memaksa Ayash melepaskan pelukan. Izlene bingkas bangun menjauhi Ayash.

"Saya tak rasa benda tu bila dengan lelaki yang saya tak cinta. Kita kahwin sebab desakan tuan. Saya akan pastikan tuan takkan berjaya dapat hati saya." Tegas Izlene.

Ayash tersengih. Dia melabuhkan punggungnya di birai katil sambil menghadap isterinya. Sebiji bantal dicapai lalu dipeluk.

"Biar saya clearkan benda ni. Mungkin perkahwinan awak yang pertama dulu bila malam pertama terus jadi. Saya nak ingatkan awak supaya tak berangan lebih-lebih. Saya tak nak hati awak pun. Tubuh awak lagi la saya tak nak. Kita kahwin sebab takdir. Saya pilih untuk kahwin dengan awak atas rasa belas kesian. Itu sahaja," ujarnya.

"Itu sahaja atau tuan ada niat lain sebenarnya kahwin dengan saya?" soal Izlene. Ayash terdiam. Dia tidak mampu menjawab soalan itu.

CINTA BUAT TUAN AYASH [18+]Where stories live. Discover now