Bab 13

961 71 0
                                    

HARI ini merupakan hari pertama Izlene bekerja sebagai pembantu dapur. Selepas memakai apron, Izlene menapak merapati Cef Jenny, iaitu ketua cef untuk Western Food Department.

Izlene juga tidak menyangka dia akan ditugaskan untuk menjadi pembantu dapur bahagian Western Department. Sementelah dia sendiri tidak tahu masakan western itu bagaimana caranya.

"You pernah ada pengalaman jadi pembantu dapur tak?" soal Jenny kepada Izlene.

Izlene menggelengkan kepalanya. "Tak pernah, cef. Ini kali pertama saya bekerja. Sebelum ni saya cuma jadi surirumah tangga. Kalau ada pun cuma jadi dropship jual kek dari rumah."

"Oh, I see... kalau macam tu untuk baru-baru ni you tak payah memasak la. You just tolong-tolong I. Nanti bila you dah pro baru you boleh take over bahagian western. Sambil tolong-tolong tu kiranya you belajar sekali la."

Izlene mengangguk. Harapannya... dia harap dia boleh mahirkan kemahiran memasak di department ini. Tempoh percubaan yang dilalui biarlah membuahkan hasil yang lumayan.

"Nak memasak jenis western ni susah ke cef?" soal Izlene.

Cef Jenny melipat tangan ke dada lalu menyandarkan badannya ke kabinet dapur.

"Nope. Memasak tu tak susah kalau you tahu cara dia. Bezanya di mana kita memasak. Kalau setakat restoran luar tu boleh la you nak masak ala kadar. But now you dalam hotel. Kepuasan pelanggan adalah reward untuk you. Masak di hotel ni perlukan disiplin dan kriteria yang tinggi apatah lagi sewaktu nak plating. Cara plating makanan yang menarik akan buatkan pelanggan tak sabar nak makan, you faham?"

Izlene menggaru kepalanya. Binatang apa pula plating tu? Biasanya dia masak ala kadar aja untuk keluarganya.

"Plating?" Dahinya berkerut.

"Yes! Plating. You pernah nampak tak orang masak nasi goreng then bentukkan nasi goreng tu macam bear and so on?"

"Pernah. Dalam Google," jawab Izlene.

"Ya, itulah plating."

"Oh..."

"Lepas tu you pernah nampak tak orang susun sushi sesuka hati atau you tengok sushi tu tersusun rapi dalam pinggan or dalam kotak?"

"Biasanya kalau saya tengok orang susun sushi tu teratur. If salmon dengan salmon. If unagi dengan unagi. Kadang dia orang susun dengan pelbagai bentuk." Jelas Izlene lagi.

"Good job! Itulah plating." Jenny menepuk tangan. Dia berasa seronok kerana baginya Izlene sejenis manusia yang cepat belajar.

"Pernah tak you tengok Foodpanda lepas tu you nampak gambar makanan dalam Foodpanda tu menarik and nampak sedap. Lepas tu you pun teringin nak beli?" Tanya Jenny lagi.

"Pernah, cef."

"Lepas you beli makanan tu disebabkan gambar dia yang menarik adakah semuanya sedap, Izzi?"

Izlene menggelengkan kepalanya. Ikut nasib la. Ada yang sedap. Ada juga yang dapat tak sedap.

"Good! Itulah plating. Salah satu cara nak kaburkan mata pelanggan dan bagi sesuatu makanan tu laris dengan cara plating yang gempak." Jenny sengih.

Izlene menepuk tangan. Dia berasa bangga kerana dia seolah-olah memahami apa yang sedang Jenny ajarkan kepadanya.

"Konsep yang I nak bagi you faham macam ni... plating tu macam penataan makanan yang you buat sebelum you hidangkan makanan tu kepada pelanggan. Contohnya you grill chicken chop. Lepas tu you susun salad, you susun fries dalam pinggan baru you hidangkan dekat mereka. Bukan just grill ayam lepas tu bagi mereka makan. Faham tak?" 

CINTA BUAT TUAN AYASH [18+]Where stories live. Discover now