Bab 20

1.3K 80 3
                                    

TEPAT jam enam petang, function Herbalife telah pun berakhir. Para tetamu yang hadir berpusu-pusu keluar dari perut lif untuk pulang ke rumah masing-masing. Tidak lama kemudian, Ayash pula yang turun. Izlene yang hendak naik ke tingkat tiga itu terkejut ketika bertembung dengan majikannya itu.

"Eh, tuan tak cuti ke? Rasanya office cuti hari ni. Hari minggu, kan?" soal Izlene yang masih terkejut akan kehadiran Ayash di hadapannya.

"Saja nak tengok function. Kenapa? Awak ni macam bergegas. Bergegas nak ke mana?"

"Err... saya dah off duty. Ni tengah bergegas nak mandikan anak-anak," jawab Izlene. Sebenarnya dia berbohong. Hakikatnya dia tengah bergegas nak bersiap pergi kerja di warung nasi ayam. Matilah dia kalau lambat sampai.

Dahi Ayash berkerut. Nak mandikan anak pun nak kena bergegas, ek? Relaks sudah la. Kata dah habis kerja. Getus hati kecilnya.

"Whatever. Saya nak balik." Pamit Ayash.

"Hati-hati Tuan Ayash." Ucap Izlene.

Sebaik sahaja kelibat Ayash menghilang. Butang lif ditekan. Tatkala pintu lif terbuka luas, Izlene bertembung pula dengan pelayan wanita yang sedang menolak troli keluar dari perut lif.

"Kak Izzi..." Panggil pelayan wanita itu.

"Ya?" Sahut Izlene. Matanya melirik sekilas ke arah tag nama yang dipakai oleh perempuan itu. Sarah namanya.

"Fish and chip ni banyak tak habis. Pelanggan kompelin macam oily sangat la. Macam mana ni?"

Izlene menjatuhkan pandangannya ke arah fish and chip di atas troli itu. Dia menggaru keningnya. Nak tanya Jenny, Jenny dah balik terlebih dahulu. Penat sangat katanya. Nak telefon Jenny pula dia tak ada nombor telefon Jenny. Lupa nak minta. Kalau nak buang macam membazir pula.

"Tak apa, tak apa. Sarah bungkuskan aja fish and chip tu bahagi berapa orang yang ada. Biar la staff yang makan daripada membazir terbuang." Usulnya.

"Baik kak."

Usai menghantar langkah Sarah melalui ekor mata. Cepat-cepat Izlene naik ke bilik tidurnya. Dia mengganti pakaiannya lalu bergegas turun semula.

AYASH memberhentikan keretanya di hadapan warung nasi ayam. Sebelum membuta di rumah baik dia kenyangkan perutnya terlebih dahulu. Dia melangkah turun dari perut kereta. Langkah diayun menuju ke sebuah meja yang letaknya berhampiran dengan gerai burger.

Belum sempat Ayash duduk. Matanya terpandang akan satu sosok manusia yang amat dikenalinya. Figura itu nampaknya tengah fokus mengelap meja dan mengangkat sisa makanan yang ada. Jiwa Ayash tersentuh dengan adegan itu.

Tidak mahu kehadirannya menjadi punca perempuan itu berasa malu cepat-cepat Ayash masuk ke dalam perut keretanya pula. Dia memandang Izlene daripada jauh.

Hati Ayash berasa terusik melihat kerajinan Izlene. Sanggup wanita itu melakukan dua jenis kerja semata-mata nak menampung perbelanjaan hariannya. Sebelum ini dia selalu bercakaran dengan Izlene. Dia selalu memarahi Izlene tapi tanpa dia sedar. Izlene memang betul-betul tengah menderita.

"Perempuan muda macam kau ni patutnya ada di universiti bukannya jaga anak, Izzi." Keluhnya.

CINTA BUAT TUAN AYASH [18+]Where stories live. Discover now