Bab 9

927 69 0
                                    

TELEFON dilekapkan ke telinga. Hafiz Hakim menggetap bibirnya sementara hendak menunggu respons daripada orang yang dipanggil. Tidak lama kemudian, dehaman seseorang di corong telefon menggamit perhatiannya.

"Good morning, bestie!" Ceria nada suara Hafiz Hakim menyapa rakan baiknya.

"Bestie pungkoq kau. Ada apa call aku ni?"

"Macam tak bermaya aja suara tu. Macam suara orang baru bangun tidur macam tak... kau baru putus cinta, ek?" Usik Hafiz Hakim namun tiada sahutan daripada pihak sana.

Hafiz Hakim berdeham. Tahulah dia lelaki itu tengah ada masalah. Dia bukan baru kenal Ayash. Lelaki itu kalau ada masalah memang akan banyak diam.

"Tak adalah. Aku cuma nak beritahu esok aku terbangkan perempuan tu. Hostel kau masih open ke?"

"Tak open la. Hostel tu dulu waktu zaman-zaman bapak aku adalah open. Malaslah, bro nak tambah kos bayar sewa untuk staff."

Hafiz Hakim menepuk dahi sendiri. Jauh beza betul sikap Ayash dengan arwah Dato' Manaf. Dato' Manaf seorang majikan yang amat mengambil berat tentang kebajikan pekerja sedangkan Ayash...

"Hotak kau la. Dah tu perempuan tu nak duduk mana? Dia bawa anak-anak dia lagi. Kesian dia, Yash. Dah la duit pun tak ada. Bukalah satu hostel untuk dia." Kata Hafiz Hakim separuh merayu.

Kedengaran Ayash merengus di corong telefon. Hafiz Hakim berdoa dalam hati supaya Allah SWT melembutkan hati Ayash untuk membukakan satu bilik untuk Izlene dan anak-anaknya.

"Kau pun satu. Lain kali cari yang single bukan cari janda ada anak. Kan, dah menyusahkan aku." Bentak Ayash.

"Kau nak cari pekerja ke nak cari isteri? Lantak dia la nak ada anak dua ke anak sebelas ke apa. Tugas kau cuma sediakan kebajikan pekerja kau." Selar Hafiz Hakim.

"Bisinglah kau ni. Dah, dah, end call cepat. Nanti aku fikirkan."

"Thanks, Yash." Hafiz Hakim mematikan panggilannya. Ya Allah, lembutkanlah hati Ayash.

BANTAL dicampak ke dinding. Rasa sakit hatinya kepada Hani Afirah masih menebal. Tergamak perempuan itu meninggalkannya. Atau lebih tepat lagi dia tidak dapat terima hakikat dia akan kehilangan sesuatu yang amat dia sayang.

Satu masalah pun belum settle lagi. Hafiz sibuk tambahkan lagi masalah yang ada. Tak pasal-pasal dia kena jadi baik. Kena bukakan satu hostel untuk pekerja. Kos semua tu!

"Lain kali carilah perempuan yang single. Yang tak ada anak. Tak ada tanggungjawab ke apa. Kau yang tak beritahu aku awal-awal yang perempuan tu ada anak. Last minutes baru nak beritahu." Gumamnya melepaskan geram sendiri.

Puas memarahi Hafiz Hakim secara alam maya, cepat-cepat Ayash menelefon Desmond. Benda-benda bodoh macam ni serahkan saja kepada lelaki Cina itu.

"Morning, Tuan Ayash."

"Morning. Desmond, I nak you kosongkan satu bilik yang tak renovated. Bilik tu KIV. Jangan jual dekat sesiapa sampai bulan depan." Katanya.

"Tapi kenapa?" soal Desmond.

"Buat ajalah. Jangan banyak tanya."

"Tapi bukan ke akan rugi kalau tak jual?" Desmond menyoal lagi.

"You boss or I yang boss?" soal Ayash dengan nada suara sinisnya itu. Geram betul dia dengan sikap HR itu. Susah nak dengar cakap dia.

"Tuan Ayash boss..."

"Dah tu... you tanya itu ini macam hotel tu bapak you punya dah kenapa? Kan, I suruh KIV sampai bulan depan aja. Bukannya sampai bila-bila. Pilih Deluxe King Room aja senang. Harga pun baru RM123.00." Kata Ayash dengan intonasi tegasnya.

"Baik, Tuan Ayash. Nanti I update bilik tu dekat HK untuk kemaskan," jawab Desmond.

"Bagus!" Usai berkata demikian, Ayash mematikan panggilannya. Hilang rasa kantuknya apabila Hafiz Hakim menelefonnya tadi.

Jari-jemari mengetik aplikasi Instagram. Sengaja Ayash hendak stalk bekas kekasihnya, iaitu Hani Afirah. Jantungnya bagaikan berhenti berdegup tatkala melihat sekeping foto yang dikongsi oleh perempuan itu di dalam akaun Instagram miliknya.

"Hani nampak betul-betul gembira dengan lelaki tu. Sikit pun awak tak nak fix relay kita." Keluhnya.

CINTA BUAT TUAN AYASH [18+]Where stories live. Discover now