Bab 22

1.3K 77 1
                                    

LAMA Izlene mengelamun. Memikirkan kenbali keputusan yang dipersetujui pagi tadi. Bibir dikebam. Hendak tarik balik pun dah tak berguna. Demi anak-anaknya dia sanggup berkorban walaupun hatinya tidak rela. Cintanya kepada arwah suaminya masih kuat.

Tangannya bergerak mengelap meja tapi fikirannya menerawang jauh memikirkan sebarang kemungkinan yang akan berlaku selepas dia menjadi isteri kepada Ayash. Sudahlah perangai lelaki itu pun bukan la baik mana. Hari-hari macam ais batu sikapnya.

"Amboi, termenung jauh dia. Lambat lap meja tu lambat la kau pulang." Tegur Puan Marsha selaku pemilik warung nasi ayam itu.

Izlene tersentak. "Eh, maaf... maaf."

"Nda apa la. Aku tahu kau sibuk lagi buat dua kerja. Kau mesti panat, kan?" Puan Marsha mengurut-urut bahu Izlene. Dia kagum melihat kerajinan Izlene yang bersungguh-sungguh kerja untuk menyara keluarga.

"Penat tu memang penat kak. Tapi kalau saya tak kerja nanti anak-anak tak makan," ujar Izlene.

"Aku kagum lihat kau, Izzi. Kau sanggup buat dua kerja untuk pastikan anak-anak kau cukup makan. Nda apalah. Aku doakan supaya Allah SWT permudahkan jalan kau, ya."

"Insya-Allah kak." Izlene melorekkan senyuman kecil. Wajah bengis Ayash terpancar di kaca matanya. Haish... macam manalah nasibnya nanti selepas berkahwin dengan lelaki itu. Bahagiakah dia?

PAGI itu Ayash mengenakan kemeja berlengan panjang berwarna hijau kemudian dipadankan dengan seluar slek berwarna hitam. Dia mengerling sekilas bahagian front desk sebelum langkah diayun ke dalam perut lif.

Setibanya di pejabat, Ayash menerpa ke arah Desmond yang sedang berbual-bual dengan Kris. Cepat-cepat Desmond menundukkan kepala sebaik sahaja dia muncul.

"I nak tengok CCTV dua hari lepas. Masa ada Function Herbalife tu. I nak tengok CCTV bahagian western department. Start pukul 4:30 petang macam tu," ujarnya.

"Baik tuan." Desmond akur.

Khusyuk Ayash memerhatikan CCTV itu sambil berpeluk tubuh. Dahinya berkerut kerana mula pukul lima suku di CCTV kelihatan Izlene keluar masuk dari dapur entah ke mana.

"Boleh zoom tak dekat bahagian peti ais yang biasa dia orang simpan frozen fish and chip, chicken and so on..."

Desmond mengangguk lalu membesarkan imej di bahagian petis ais yang ingin Ayash lihat. Ayash mengecilkan matanya.

"Jenny?" Desmond terkejut ketika melihat Jenny sedang mengambil lima pack fish and chip lalu dimasukkan ke dalam beg plastik. Tidak lama kemudian, perempuan itu mengambil sling beg miliknya dan terus keluar punch card.

Ayash tercengang. Punyalah dia beria-ia mengamuk semalam dekat Izlene. Rupa-rupanya Jenny yang mencuri. Api kemarahannya meluap-luap. Dia tidak boleh terima hakikat itu kerana fikirnya Jenny seorang yang jujur sementelah perempuan itu ketua bahagian western.

"Oh, selalu ke jadi macam ni masa arwah papa I handle?" soal Ayash sambil menahan marah.

Desmond terkedu. Sebelum Ayash menggantikan arwah Dato' Manaf pun memang kerap berlaku kes seperti ini. Kadang-kadang ayam kurang, ikan kurang tak pun buah-buahan kurang. Kuantiti masuk tidak sama dengan kuantiti keluar. Cuma Desmond tidak ambil tahu perihal itu. Keputusan yang selalu diambil dia akan suruh pekerja di bahagian itu bayar semula barang-barang yang kurang.

"I tanya you ni Desmond!" Suara Ayash naik seoktaf.

Desmond tersentak. Dia mengangguk laju persis burung belatuk. "Per... pernah tuan."

"Then sebagai HR yang kononnya amanah apa tindakan you?" Sempat Ayash menyindir lelaki itu.

"Biasa I suruh staff bayar semula," jawab Desmond.

"Ada check CCTV tak?"

Desmond mendiamkan diri.

"I tanya you ni. Ada check CCTV tak!"

"Tak... tak ada tuan."

"Dah agak dah. Nasib baik la I ni bijak nak check CCTV hari ni. You jadi HR setakat makan gaji buta aja!"

"Ma... maaf tuan."

"I tak nak dengar ucapan maaf you. Pergi panggil Jenny sekarang. I want to see her!" Arah Ayash sebelum bergerak ke biliknya.

Terkocoh-kocoh Desmond turun ke lobi lalu masuk ke dapur. Bergelintar matanya mencari keberadaan ketua cef itu. Tidak lama kemudian Jenny masuk ke dapur sambil mengikat tali apron.

"You pergi mana Jenny?" soal Desmond dengan mimik muka bengisnya.

"I dari tandas," jawab Jenny.

"Tuan Ayash nak jumpa you sekarang."

"Kenapa?"

"I tak tahu. Better you jumpa dia sekarang. I malas nak dengar dia mengamuk."

"Baik." Jenny akur.

JENNY melangkah keluar dari ruangan Ayash bersama muka yang merah. Dia dah puas menangis di hadapan lelaki itu. Acap kali juga memohon maaf tapi Ayash enggan memaafkannya. Dia tahu dia telah buat satu kesalahan yang besar. Dia mencuri barang milik hotel kemudian dia meletakkan kesalahan itu kepada orang lain.

"I tak kira Jenny. You kena bayar senula lima pack fish and chip yang you curi tu. No staff discount! Nasib baik la Herbalife dah transfer extra 20 pack yang you goreng tu. Kalau tak memang 25 pack I minta you ganti rugi."

"I minta maaf Tuan Ayash. Gaji I dah habis. I curi sebab I nak bagi anak-anak saudara I makan. Dia orang datang rumah I sebab tengah cuti sekolah."

"I tak nak dengar alasan you. Kalau you tahu you tu tak mampu. Just beli apa yang you mampu. Bukan curi barang kepunyaan hotel! Ini bukan hotel you! Kalau you tak nak ganti rugi tak apa. Gaji you bulan ni I suruh HR potong then I sendiri akan berhentikan you kerja!"

Masih terngiang-ngiang kata-kata Ayash di halwa telinganya. Nak tak nak dia perlu reda. Reda gajinya akan lesap beratus-ratus disebabkan kesalahannya sendiri.

"Cef okey?" soal Izlene sebaik sahaja Jenny melangkah masuk ke dapur. Dia nampak mata Jenny sembab seperti baru lepas menangis.

"I okey. Ada masuk order baru ke?" Jenny menyeka matanya dengan telapak tangan lalu dia memakai kembali apronnya.

"Belum cef," jawab Izlene.

"Okey... Izzi..."

"Ya, cef?"

"I nak minta maaf dekat you."

"Sebab apa tu? Cef tak ada buat salah pun dengan saya. Cef banyak bantu saya sepanjang saya kerja di sini," ujar Izlene bersungguh-sungguh.

"Pasal 5 pack fish and chip yang hilang tu sebenarnya I yang salah. I ambil fish and chip tu bawa balik rumah. Sebab tu I balik awal hari tu sebab I tak nak you nampak apa yang I buat." Jelas Jenny.

Air muka Izlene berubah keruh. Dia tidak menyangka pekerja seperti Jenny yang dah lama bekerja pun berani buat perkara memalukan seperti itu. Disebabkan Jenny jugalah dia dimarahi Ayash dan Ms Koh. Disebabkan Jenny jugalah dia terpaksa menikahi Ayash sebagai ganti untuk tidak memotong gajinya.

"You maafkan I tak?" soal Jenny.

"Saya tak tahu... susah untuk saya terima sebab tindakan cef tu bagi impak yang besar untuk saya," jawab Izlene tanpa reaksi.

"Tuan Ayash dah tahu perkara sebenar. You tak dipersalahkan pun."

"Entah la.. bagi saya masa fikir." Selar Izlene.

CINTA BUAT TUAN AYASH [18+]حيث تعيش القصص. اكتشف الآن