Bab 11

946 69 0
                                    

TAHI mata yang menempel di mata dibuang. Yanti menguap. Seronok betul dapat bangun jam tiga petang. Rasa seperti dunia ana yang punya. Kaki dijuntaikan ke bawah. Lambat-lambat dia berdiri. Tombol pintu dipulas.

"Mak! Oh, mak!" Lunak suaranya memanggil Mak Esah. Entah ke manalah orang tua itu pergi agaknya.

"Ooi! Mak ada dekat belakang ni. Tengah bagi makan Si Apeng ni!" Laung Mak Esah.


Cepat-cepat Yanti ayun langkah ke belakang rumahnya. Sakit mata dia tengok Mak Esah yang terlalu memanjakan monyet arwah ayahnya itu. Dah macam Apeng itu anak kandung dan dia pula anak pungut.

"Aduhai, mak ni. Mak lepaskan ajalah Si Apeng ni ke kebun sana. Biar dia hidup dengan spesies dia. Terseksa la mak kalau asyik dikurung dalam kandang macam ni." Katanya.

Mak Esah mencerlung anak perempuannya. Tahu sangat dengan Yanti. Sebenarnya Yanti tak nak jaga Apeng sama. Yalah, kadang-kadang Mak Esah menyuruh dia yang memberi Apeng makan.

"Kau tu busuk hati. Dah la tak ada apa-apa yang arwah bapak kau tinggalkan dekat aku. Cuma si monyet ni ajalah jadi pengubat rindu aku tahu tak," ujar Mak Esah. Sebiji pisang dihulurkan kepada monyet itu. Berselera sekali Apeng menjamah buah pisang itu.

"Ah, apa-apa ajalah mak ni. Yan nak pinjam tiga puluh ribu. Nak buat pembedahan potong usus tu. Mak dah janji nak bahagi dua duit arwah Azam dengan Yan."

Membulat mata Mak Esah. Dengan bersusah payah dia bangkit dari duduknya. Simpulan kain batik yang hampir terlondeh diketatkan semula.

"Bertuah punya anak. Dekat lima puluh lima ribu duit aku habis nak ubai suai rumah Azam. Itu pun belum buat lagi ubah suai tu. Kau nak lagi tiga puluh ribu?"

"Yalah, mak. Yan nak cantik juga." Juih Yanti.

"Kalau macam tu baik aku tak payah bazir duit pergi ubah suai rumah arwah Azam. Aku sewakan aja rumah tu dekat orang. Aku dah bayar separuh dengan Si Jidin dah, Yan. Kau gila ke apa!"

"Alaa... tiga puluh ribu tu sikit aja, mak."

"Banyaklah kau punya sikit. Banyak tu!"

"Mak tu dah nak mati. Simpan duit banyak-banyak buat apa. Mak pergi umrah, pergi haji seorang diri ajalah. Tak mahal pun kalau seorang. Tiga puluh ribu cukup rasanya," ujar Yanti. Lancang sekali mulutnya.

Mak Esah mengepal buku limanya. Mujurlah cuma tinggal Yanti sahaja anak yang dia ada. Nak tak nak terpaksalah dia berlembut dengan Yanti. Dibuatnya perempuan itu lari dari rumah. Macam mana dengan dia nanti?

"Mulut kau ni, kan... kau memang nak aku mati cepat ke apa? Dah, tak ada! Duit aku dah habis. Aku nak simpan buat pergi umrah. Buat pergi haji. Kau nak buat operation potong usus tu pandai-pandai kau cari kerja." Tegas Mak Esah.

Yanti protes. Kakinya dihentak-hentak melepaskan rasa geramnya kepada ibunya itu. "Mak ni memang, tau! Suka mungkir janji."

"Aku bukan mungkir janji. Kau tu yang tak nak cakap awal-awal. Mula-mula suruh aku ubah suai rumah Azam. Sekarang ni baru nak cakap pasal nak operation." Selar Mak Esah.

"Hisy! Benci!" Yanti mencerlung ibunya.

KAKI diayun mengekori langkah lelaki berbangsa Cina itu. Izlene dapat menangkap raut sedih di mimik muka anak-anaknya. Dahinya berkerut. Namun, ditahankan saja niatnya untuk bertanya.

"This is your room. Untuk sebulan saja. I pun pelik why our boss tak nak open satu hostel untuk you. Sibuk nak KIV bilik ni untuk you. You perempuan simpanan dia, ya?" soal Desmond bersahaja. Kad akses disentuh ke pintu.

Izlene terkejut mendengar soalan itu. Cepat-crpat dia menggelengkan kepalanya. "No. I cuma kerja sini. Bahagian dapur nanti. Kalau bab bos you suruh I dengan anak-anak I duduk bilik ni I tak pasti sebabnya. I cuma ikut arahan dia."

Desmond mencebik. Semakin lama dia semakin menyampah dengan Ayash. Lelaki itu suka hati saja nak ikut kepala dia. Berbeza sungguh sistem pengurusan Ayash dan arwah Dato' Manaf. Rasanya dia perlu jadi kepoci. Dia kena laporkan tentang sistem pengurusan yang teruk ini kepada Datin Ramlah, iaitu ibu Ayash.

"Bukan apa... dulu arwah Dato' Manaf ada bukakan hostel untuk staff. Cuma bila tak ada staff nak duduk, hostel tu ditutup semula." Desmond menjeda.

"Tapi sekarang ni you ada. You pun tak ada tempat tinggal. Bagi I boleh aja pun kalau Tuan Ayash sewakan satu hostel untuk you. Ah, tak fahamlah I." Sambung Desmond lagi.

"Oh... mungkin Tuan Ayash nak jimatkan kos agaknya." Izlene tersenyum manis.

"You duduk sini lama-lama pun bazir kos jugak. Kos elektrik semua tu. Kalau ada last room orang nak booking pun dah tak boleh sebab you duduk bilik ni." Keluh Desmond lagi.

Jujur... Izlene agak terasa hati dengan kata-kata lelaki itu. Seolah-olah Desmond hendak cakap yang Ayash pilih kasih. Ayash sanggup berkorban untuknya, kononnya.

"Tak apa. Nanti I cuba cakap dengan Tuan Ayash why tak sewakan hostel luar aja." Usul Izlene.

Desmond mula gelabah. Dia tak nak disebabkan kelancangan mulut Izlene, dia yang kena marah nanti.

"No... it's okay. Masuklah. Bilik you. Hal-hal management you tak payah la campur." Selar Desmond.

Berkerut dahi Izlene dibuatnya. Tanpa banyak soal dia mengatur langkah memasuki bilik itu. Bilik yang disimpan khas untuk dia bersama anak-anaknya.

Dani dan Damia berjalan lemah menuju ke katil. Punggung dilabuhkan ke birai katil. Mereka hanya menundukkan kepala memandang lantai. Jari-jemari dikuis-uis.

Usai meletakkan segala beg pakaian di dalam almari, Izlene mengambil tempat duduk di sebelah anak lelakinya. Kepala Dani diusap-usap. Dia nampak Dani la yang paling down pada ketika itu.

"Anak-anak ibu kenapa ni?" soal Izlene dengan penuh kelembutan. Dia jadi tidak sedap hati melihat anak-anaknya tidak gembira seperti sebelum ini.

"Dani tak cuka duduk cini," ujar Dani.

"Damia pun." Tambah Damia pula.

"Kenapa?"

"Dekat cini tak ada playground macam rumah pak tik. Jomlah, ibu. Kita bayik." Dani menggoyang-goyangkan tangan ibunya. Mengajak Izlene pulang ke rumah Hafiz Hakim semula.

Izlene melepaskan satu keluhan berat. Tubuh Dani dan Damia ditarik ke dalam pelukan. "Ibu faham. Tapi biarlah ibu kerja dulu tiga, empat bulan dekat sini. Ibu nak cari duit lepas tu kita balik rumah Pak Cik Hafiz, ya?" 

Dani dan Damia mendongak memandang mimik muka ibunya. Terkejip-kejip mata si kembar seolah-olah mengerti apa yang ibunya sedang hadapi.

"Otey." Damia lekas membalas pelukan ibunya.

"Otey ibu." Sahut Dani pula.

Lembut hati Izlene dibuatnya. Mujurlah anak-anaknya tidak buat perangai seperti di Melaka Sentral tempoh hari. Ubun-ubun Dani dan Damia dikucup.

Masih lagi memeluk anak-anaknya. Mata Izlene bergelintar memerhatikan segenap ruang bilik hotel itu. Bolehlah untuk buat dia berteduh daripada hujan dan teriknya panas.

Walaupun keadaan bilik itu hanya simple persis hotel bajet bawah seratus tapi dia tetap berasa selesa. Sekurang-kurangnya ada pendingin hawa. Tak adalah Dani dan Damia kepanasan.

CINTA BUAT TUAN AYASH [18+]Where stories live. Discover now