Coretan Dari Penulis

6.6K 316 12
                                    

Assalamualaikum warahmatullah, dan salam sejahtera! Saya Ain, penulis bagi novel 'Hilang'. Pertama sekali, berzilion-zilion terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk membaca cerita ini. 'Hilang' merupakan cerita pertama saya yang diterbitkan di Wattpad, dan saya bukanlah Ain Maisarah, si penulis novel yang terkenal itu. Saya cuma mencuba untuk menghasilkan sebuah karya yang agak bermutu. Saya tidaklah sehebat Ain Maisarah itu, tetapi saya akan terus berusaha yang terbaik! Fighting!! xD

'Hilang' merupakan sebuah cerita yang berlatarkan masyarakat pelajar menengah yang sudah boleh mengorak langkah ke alam dewasa. Berkisar di antara pelajar-pelajar ini, ialah nilai-nilai persahabatan yang akrab, sifat kepemimpinan, lawak jenaka yang masih tidak matang, usaha untuk mencapai kejayaan dan lain -lain lagi yang sememangnya merupakan ciri-ciri seseorang pelajar sekolah menengah. Dalam cerita ini, saya meletakkan watak-watak di dalam satu kelas beraliran sains, iaitu 5 Sains 1. Sebenarnya, watak-watak pelajar sekelas ini dinamakan dengan nama-nama rakan-rakan saya sendiri. Bukan itu sahaja, saya juga cuba untuk menyelitkan sedikit sifat dan perangai serta tabiat rakan-rakan saya ke dalam setiap watak ini. Namun, saya akan pastikan yang saya tidak akan mencurahkan 100% perkara sebenar berkenaan rakan-rakan saya ke dalam cerita ini. Jadi, cerita ini boleh dikatakan tiada kena-mengena dengan orang yang masih hidup, mahupun yang telah meninggal dunia.

Jadi, kepada rakan-rakan saya yang sedang membaca 'Hilang' ini... Jangan marah ya, jika saya membuat watak yang tertera nama anda itu, mati ataupun jahat. Hehehe.

Akhir kata, saya berharap sangat agar anda yang sedang membaca coretan saya ini, untuk terus membaca sehingga ke bab yang terakhir. Doakan saya untuk melakukan yang terbaik bagi cerita ini. Maafkan saya jika saya ada membuat anda sedih, menyampah ataupun termuntah. Haha, selamat tinggal! Assalamualaikum warahmatullah dan salam sejahtera.

HilangWhere stories live. Discover now