Bab 11 : Kawan Baik

1.7K 109 7
                                    

  "Raja,-"

  "Kau dah tahu, kenapa kau tanya lagi?"

  Diyana terjaga dari tidurnya. Melihatkan keadaan menakutkan seperti hendak perang di hadapannya, dia segera mengejutkan Irdina dan Hani.

  Sepasang remaja berdiri menghadap masing-masing. Kedinginan di antara mereka semakin terasa.

  "Jadi kenapa kau sembunyikannya daripada aku?" tanya Fithri, yang soalannya kekal tak berjawapan daripada Raja.

  Gambar keratan akhbar itu terbayang-bayang oleh kedua-dua Raja dan Fithri. Akhbar yang bertarikh bertahun-tahun lepas itu memaparkan suatu berita kemalangan jalan raya. Dua keluarga terkorban dalam nahas yang melibatkan dua buah kereta yang bertembung secara berhadapan. Nahas ngeri itu walau bagaimanapun tidak pula mengambil nyawa dua orang kanak-kanak berumur lima tahun, yang merupakan dua orang anak tunggal daripada dua keluarga itu.

  "Keluarga-keluarga tu... Bukan keluarga kita, bukan?"

  Raja hanya terus membisu, tetapi matanya sudah menunjukkan api kemarahan yang berbaur dengan perasaan lain. Melalui kaca matanya, mata Raja merenung tajam tanah tempat Fithri berdiri.

  "Raja... Kanak-kanak itu... Siapa mereka?"

  "Aku rasa kau dah boleh agak yang dua orang budak kecil itu ialah kita berdua."

  Meskipun sudah dapat diagak jawapannya, Fithri terkejut dengan pernyataan itu. Suara Raja yang keluar kedengaran begitu... menakutkan. Hafiz, Azim dan Izzah yang sudah bangun pun terkejut dengan suara itu.

  Jadi. Dia menjadi yatim piatu disebabkan kemalangan itu. Yang mengejutkan Fithri, Raja juga begitu disebabkan oleh kemalangan yang sama. Tetapi mengapa pula Fithri mula berkenalan dengan Raja sejak darjah satu, dan bukan sewaktu mereka berumur lima tahun? Serta, mengapa Fithri tidak ingat akan kemalangan yang menimpa keluarganya itu?

  Senang. Mungkin atas faktor usianya yang terlalu muda untuk menghadam peristiwa-peristiwa yang berlaku.

  Tetapi...

  "Tapi kenapa kau perlu sembunyikan perkara ini daripada aku? Kita kan kawan baik, kenapa kau tak ceritakan sahaja kepada aku?"

  "Kawan?"

  Fithri terkejut besar lagi. Kenapa pula dengan Raja ini?

  "Kau nak beritahu aku yang kita ni berkawan baik?"

  Berdebar-debar hati mereka yang masih duduk, 'menonton drama' di hadapan mereka.

  Raja memandang Fithri dan meninggikan suara, "kita tidak berkawan! Tak pernah sesaat pun kita berkawan! Pernahkah aku mengatakan atau mengiakan bahawa kita bersahabat baik??"

  "R-Raja... H-Hei, relakslah...-"

  "Kemalangan itu. Kemalangan tu berlaku disebabkan oleh kesalahan yang keluarga aku buat, dan disebabkan itulah... Kau kehilangan keluarga...

  ...Sebab itulah aku sorokkan perkara ini daripada kau! Aku rapat dengan kau sejak kecil semata-mata atas dasar rasa bersalah..."

  "Tapi kita boleh berkawan baik sekarang, dan kau tak perlu rasa bersalah lagi! Kenapa dengan kau ni? Kita masih boleh berkawanlah..!"

  Raja menjauhi apabila Fithri cuba mendekati. Riak mukanya masih sama dari mula.

  "Dan menyusahkan hidup aku sendiri lagi? Oh, tak. Aku dah penat. Menjaga dan menolong kau yang terlalu lemah tu hanya akan menyusahkan hidup aku saja."

  "Raja!" Hani berdiri mempertahankan Fithri yang menggigil kaku. Raja pula mula menapak pergi.

  Azim, dengan keceriaan palsunya, berkata, "aku dan Hafiz bermesyuarat sebentar semalam dan bersepakat untuk cari sungai supaya kita boleh keluar dari hutan tebal ni... Jadi, jom~"

HilangWhere stories live. Discover now