Bab 16 : Bersama, Selamanya

1.6K 105 0
                                    

  Matanya terbuka tiba-tiba, seiring dengan nafasnya yang ditarik. Terkejut. Dia memandang sekeliling dengan matanya yang luas terbuka. Turun naik nafasnya laju.

  Dia menenangkan diri buat seketika apabila dia tahu dia berada di hospital.

  Kepalanya terasa mencucuk-cucuk sedikit, kemudian pening lalu rasa itu lama-lama hilang. Tetapi masih boleh terasa ada sesuatu yang lembut namun ketat membaluti dahinya.

  'Kain kasa...' Sentuhan tangannya memberi klu bagi mindanya untuk menghadam apa yang berlaku waktu itu.

  Fithri mendapati dia terbaring di sebuah katil, diselimutkan dengan selimut panas yang selesa di dalam sebuah bilik. Bilik itu kosong. Sunyi. Bagai tiada sesiapa mahupun sesuatu yang bernyawa berada di situ dalam jangka masa yang lama... Hanya kekosongan...

  Tingkap yang dihias dengan langsir hijau muda di sebelah kirinya direnung Fithri. Matanya melihat apa yang ada di luar. Langit. Mentari tengah hari. Menara Kuala Lumpur. Dan beberapa itik terbang membentuk 'V'. Sudah lama dia tidak melihat seni alam sebegitu cantik. Fithri tersenyum.

  "Ouch..."

  Pipinya dipegang. Sakit, perit. Baru senyum sikit, sudah sakit. Dia buat apa sehingga menyebabkan pipinya sakit? Dia tidak ingat.

  "Meow~"

  "Eh?"

  Fithri menjerit-jerit tanpa suara kerana terlalu gembira. Seekor kucing hitam, gemuk dan gebu melompat naik ke perut Fithri yang masih terbaring.

  "Apit! Aw.., aku rindu kau...! Kau rindu aku?"

  "Meow~~"

  Dipeluknya erat Apit kesayangannya itu. Sudah dipeluk ciumnya kucing itu, baru dia terfikir.

  "Macam mana Apit boleh masuk sini, ya? Ini kan hospital...?"

  Apit tiba-tiba turun dari katil, turun ke lantai, ruang di antara katil Fithri dan dinding bertingkap itu. Apit mengiau dengan kuat, mendorong Fithri untuk mengintai apa yang ada di bawah sana.

  'RAJA??????'

  Cepat-cepat Fithri mengambil Apit yang mungkin cuba mengejutkan Raja dari tempat pembaringannya.

  "Shhh... Senyap sikit, Apit."

  Kucing itu, memusing-musing badannya di perut Fithri lalu berbaring. Kucing pandai, ia memang mendengar kata.

  Kelu lidah Fithri. Hatinya menjerit-jerit bertanya. Raja masih hidup? Setahu dia, Raja terjatuh dari gunung yang tinggi di pulau. Terlepas dari tangan Fithri sendiri. Depan mata Fithri sendiri.

  Persoalan dibiar saja bergantungan. Bagi Fithri, dia gembira Raja masih hidup, masih menemaninya di sisi sampai sekarang...

  Fithri menjeling Raja yang masih berdengkur perlahan di lantai, di ruang sempit itu. Memanglah dia tidur di dalam beg tidurnya yang mahal, berkualiti dan selesa itu, namun Fithri tetap rasa kasihan. Kasihan melihat Raja tidur di lantai keras dan bukannya di tilam empuk.

  Serba salah pula jadinya. Nak kejut kerana kasihan melihat Raja tidur di lantai, tetapi kasihan pula dia dikejutkan dari lenanya. Fithri mengeluh.

  "Dia jaga kaukah, Apit?"

  "Meow~"

  Hati Fithri berbunga. Kucingnya dijaga dengan baik. Bulunya disikat, dan makan minumnya dijaga. Lihatlah, betapa gemuknya kucing hitam itu.

  Raja masih ditenungnya. Fithri tersenyum. TERsenyum, membuatkan pipinya tiba-tiba terasa perit yang teramat. Fithri terjerit. Menghadap Raja.

  "OOOUCHH!!"

HilangWhere stories live. Discover now