Bab 9 : Pencarian

1.7K 113 7
                                    

Rancangan sedang berjalan dengan lancar.

Hahaha, ya... Sudah semakin hampir.

Namun aku sedang diancam. Ah... Nampaknya aku perlu cepat.


"Patutkah kita cari mereka berdua ke hutan yang lebih dalam?"

"Tak! Sekarang waktu malam, nanti makin ramai pula yang hilang ke dalam hutan sana. Lagipun..."

"Lagipun-?"

"Binatang buas keluar memburu pada waktu malam."

5 Sains 1 terkejut mendengar kata-kata Fatin yang sedang berbincang dengan si ketua kelas. Raja juga terkejut besar.

"J-Jadi... Mereka...?"

Fatin hanya mengangguk lesu. Raja mula naik angin.

"Takkanlah kita hendak membiarkan mereka sahaja di dalam hutan tu?! Engkau sendiri kata, binatang buas sedang aktif mencari mangsa sekarang ni!"

"Engkau nak korbankan nyawa yang lain-lain jugakah?? Cukuplah dua sudah tiada! Kita tak boleh kehilangan lebih banyak nyawa lagi!"

Senyap. Hanya gema dari jeritan Fatin sahaja yang kedengaran.

Hafiz sudah terjaga agak lama. Terkejut dengan apa yang telah berlaku, badannya menggigil kuat. Semangatnya lemah, tidak seperti dulu. Meskipun pelik dengan kelakuan sistem badannya sendiri, Hafiz tidak mengendahkannya.

"Tak apalah. Sekarang kita perlu berehat. Sudah malam."

"Tapi, Hafiz!-"

"Kalian sudah cari Aqilah dan Ansar di hutan di sekeliling gua. Esok sahaja kita cari. Sekarang, kita perlu kumpul tenaga untuk pencarian mereka."

Raja mengeluh. Walaupun dia berasa betul-betul berat hati, namun kata-kata Hafiz tadi ada juga benarnya. Keputusan ini adalah untuk kebaikan semua orang.

Raja berdiri, menghadap anak-anak buahnya yang sedang duduk. "Baik! Seperti yang Hafiz katakan tadi, esok pagi selepas matahari terbit, kita cari Ansar dan Aqilah. Kita semua sudah terbahagi kepada empat kumpulan, jadi, dua kumpulan akan mencari Ansar dan Aqilah, manakala dua lagi teruskan mencari makanan dan air bersih. Faham?"

"Ya...!"

Sungguhpun rancangan mereka adalah untuk merehatkan diri dan mengisi tenaga yang hilang... Tiada siapa dapat melelapkan mata.

Terkebil-kebil mata-mata mereka memandang siling gua yang tidak rata dan lembap. Terfikir oleh mereka tentang keadaan kedua-dua orang rakan sekelas mereka. Tertanya-tanya juga, mengapa Ansar bersikap sedemikian rupa? Ansar pergi ke mana? Aqilah pula, hilang ke mana? Adakah dia pergi mencari Ansar? Atau dia merajuk? Atau...

Pelbagai soalan tidak berjawapan mengganggu fikiran mereka. Sudah dua tiga jam, barulah mereka mula lena dibuai mimpi.



"Eh, sayang~"

"Ah, kau ni... Berhenti panggil aku 'sayang'! Hish, geli aku!"

"Alahai, maaflah~ Kau... marahkah?"

"Mestilah! Aku dah larang kau, jangan panggil aku macam tu!"

"Eh, bukan fasal tulah... Fasal..."

"Hmm?"

"Fasal... ini!"

"TAK GUNA! Kau curi botol air aku rupanya!! Kau tahu tak semalam aku cari benda ni sampai petang di sekolah, HAH?!"

HilangWhere stories live. Discover now