Memori I

1.5K 90 5
                                    

  "Weh, Abang! Abang!"

  "..."

  "Abang!!"

  "..."

  "Hoi, pekak!"

  "Berani kau panggil aku pekak??"

  "Dah beberapa kali aku panggil, kau tak jawab-jawab pun!"

  Aku lihat muka sepuluh sennnya itu. Nampak sangat sikap pemalasnya hendak melayan aku. Aku tahulah aku ni jenis suka berleter itu ini, tetapi apabila kau ada dengan aku, aku tidak dapat nak menahan keinginan untuk berleter!

  "Kau buat apa?"

  "Buat kuih."

  Abang tergelak kerana dia dapat mengenakan aku lagi. Huh, menyampah betullah aku!

  "Aku tahulah kau tengah kira duit... Tapi kenapa kau mengira duit? Kau nak beli apa-apakah?"

  "Taklah."

  "Habis tu?"

  Soalan aku dibiar bergantungan, melayang-layang ditiup bayu. Mulalah aku rasa nak naik angin. Tetapi aku tahan saja dulu. Aku nak juga tahu berapa ringgit Abang sudah kumpul di dalam tabung tinnya.

  "Lebih RM500."

  Aku terkejut. Abang tiba-tiba sahaja menjawab persoalan yang aku nanti-nantikan jawapannya selama tiga minit ini.

  Aku lihat muka Abang gembira. Boleh nampak seri yang berkilauan pada wajahnya yang tersenyum nipis, ala gaya macho. Apabila tengok lama-lama, rasa nak muntah pula aku.

  Abang menoleh, memandangku. "Sudah, pergi mandi. Busuk!"

  "Ala, aku nak ikut kau keluar beli barang sekali!"

  "Memanglah aku nak ajak kau pun!"

  "Oh, eh? T-T-Tapi balik rumah nanti, kena mandi lagi sekali pula!"

  "Hish, pengotor! Nanti tiada siapa nak kahwin dengan kau nanti!"

  Sambil kami berdua bergaduh-gaduh, kami mula bergerak, melangkah ke bilik masing-masing dari ruang makan itu. Aku masuk ke bilik dan mula bersiap untuk mandi. Ya. Nak atau tidak, aku tetap perlu mandi petang ni.

  Abang sudah berada di luar ketika aku baru hendak keluar. Aku tengok bajunya berwarna coklat gelap. kemudian aku pandang baju aku pula. Ah, coklat terang! Terfikir juga, nanti kami keluar berjalan-jalan nanti, mesti semua orang fikir kami ni pasangan kekasih! Malu, malu, malu, malu, malu!

  Tapi...

  "Kau sudah tanya warden?"

  "Sudah. Cepatlah! Nanti kita lambat!"

  "Lambat?" tanyaku sendirian, "kenapa pula kita boleh terlambat beli barang?"

  "Aku tak cakap pun aku nak beli barang, bukan?"

  Eh, menjawab pula kau ni. Selama ni, aku tanya kau terang-terang, malas nak menjawab. Aku tanya perlahan-lahan, rajin pula kau jawab?

  Beberapa minit kami berjalan dan berbual-bual kosong, kami berdua akhirnya sampai ke destinasi yang aku tak tahu pun tempat tu sebenarnya destinasi kami.

  "Eh, aku tak tahu pun ada taman tema di sini!"

  "Baru sahaja dibuka sebenarnya. Kawan aku ada yang kerja di sini, kau tahu."

  Aku hanya mengangguk-angguk. Abang mempunyai ramai kawan, tak kisahlah dari sekolah tadikakah, mahupun yang sudah bekerja kerani pejabat. Aku kagum sedikit. Lelaki di sebelah aku ni sudah macam magnet yang menarik kawan-kawan baharu.

HilangWhere stories live. Discover now