Bab 8 : Sengatan Berbisa di Hati

1.7K 128 5
                                    

  "Raja...!"

"..."

"Raja!"

"Erh... Janganlah ganggu aku tidur..."

Fithri menggoncang-goncangkan lagi bahu Raja. Rasa macam hendak ditampar sahaja budak itu.

"Raja...!!!" suara bisikan Fithri yang makin ditekan anak tekaknya membuat Raja tersentak. Raja akhirnya mencelik lalu menggosok-gosok matanya.

"Oh, Fifi... Apa kau nak?"

"H-Hafiz...!"

"Kenapa dengan dia?"

"Hafiz dah tiada!"

Raja membuntangkan mata. "Apa maksud kau 'dah tiada'?! Mati atau hilang??"

"Sshhh, senyaplah! Nanti yang lain-lain terjaga! Hafiz cuma hilang, cepatlah kita cari dia!"

Raja, masih dalam keadaan separa sedar, bangkit dan keluar dari gua mengikut Fithri.

"Hei, Fifi. Mungkin Hafiz pergi ke tandas, kita tak perlulah cari dia...."

"Bagaimana kalau dia sebenarnya bukan ke tandas??"

Sambil mereka berlari-lari anak keluar dari hutan dan ke pantai, mata mereka tercari-cari kelibat Hafiz.

Kelibat Hafiz masih tidak kelihatan apabila Raja dan Fithri sampai ke pantai.

"Huh... Kenapalah kau ajak aku? Suruhlah orang lain cari Hafiz!"

"Kau ketua kelaslah, Raja! Kau sedarlah sikit mengenai tanggungjawab kau!"

"Aku ketua kelas, bukan ketua pulau!"

Fithri memijak kaki Raja. Akhirnya rasa marahnya diluahkan serta-merta.

"AHH!"

"Kau masih ketua kami! Kalau kau bukan ketua sekalipun, kau masih perlu tolong aku cari Hafiz!"

Raja mengeluh kasar. Dia tarik muka.

"Dahlah! Sekarang bukannya masa untuk kita bergaduh. Kita kena cari Hafiz. Kita tak nak budak-budak kelas kita yang lain tu sedar fasal kehilangan dia, nanti mereka panik...!"

"Yalah, yalah..."

Fithri yang tadi menghadap ke arah lautan, menoleh ke kanan. "Marilah, kita ke sana."

"Kenapa sana?"

"Izzah ada kata kumpulan mereka susun batu-batu dalam bentuk '^' sebagai perangkap ikan untuk tangkap ikan di bahagian pantai sana."

"Berdekatan kapal terbang?"

"Tak, lebih jauh sedikit."

Mereka berdua berlari-lari anak. Raja dan Fithri sedar, semakin jauh mereka berlari, air laut berdekatan pantai semakin surut. Terlintas di hati mereka, barangkali Hafiz pergi memeriksa perangkap ikan istimewa memandangkan laut agak surut pagi itu. Tangkapan mereka mungkin ada banyak.

 Walaupun cuma memeriksa perangkap, mereka perlu memastikan rakan mereka selamat daripada apa-apa jenis kemalangan yang selalunya berlaku di lautan. Lemas, sebagai contoh.

Raja mula menambah kelajuan lariannya. Fithri pula mengikut.

Mereka berdua ada rasa perasaan yang sama.

"Aku rasa tak sedap hati."

"...Baik kita cepat."

Melepasi bangkai kapal terbang di sebelah kiri mereka, langkah mereka mula perlahan. Ada kelibat seseorang berlari lemah ke arah Raja dan Fithri.

HilangWhere stories live. Discover now