Episod Khas Bersama Watak-Watak Utama 'Hilang'!

1.4K 91 5
                                    

PENULIS : Assalamualaikum, selamat sejahtera dan salam 1 Malaysia kepada semua~ (Semua menepuk-nepuk tangan dengan gembira. Ada yang menjerit-jerit teruja macam monyet dapat pisang di zoo.) Seperti yang kita tahu, HILANG sudah berada di pertengahan cerita--

RAJA : Itu kau seorang sahaja yang tahu. Pembaca tak tahu pun cerita ni dah sampai ke pertengahan jalan ataupun hampir habis. (Watak-watak yang berada di situ ketawa besar sambil mengiakan. PENULIS beraut wajah masam.)

PENULIS : Ish, yalah, yalah! Apa-apa pun, HILANG sebenarnya dah sampai ke pertengahan cerita. Disebabkan cerita ini mempunyai terlalu ramai watak, saya tidak mengadakan temuramah ini lebih awal. Jadi pasti para pembaca tertanya-tanya mengenai siapakah watak-watak utama cerita ini, bukan? Disebabkan ramai watak sudah tiada, baru sekarang saya perkenalkan watak-watak utama. Di bahagian kanan saya di dalam bilik temuramah ini, merupakan watak-watak utama HILANG! Jadi, sila-silalah perkenalkan diri masing-masing!

RAJA : Yo, aku Raja Izzuddin Shah, memegang watak RAJA, ketua kelas 5 Sains 1 dalam HILANG.

FITHRI : Assalamualaikum, saya Nurul Fithriyaani atau FITHRI, satu-satunya Pembimbing Rakan Sebaya dalam cerita HILANG!

AZIM : Azim Don, AZIM di sini~ Kawan baik kepada...

HANI : ...Nurhani, atau HANI! Annyeonghaseyo!~

IRDINA : Selamat pagi, saya IRDINA yang hebat!!!

DIYANA : (Menjeling IRDINA di sebelah kirinya.) Saya pula Fathiah Diyana atau DIYANA yang lebih hebat daripada IRDINA!!!

HAFIZ : Saya HAFIZ. Err... Saya tak tahu nak tambah apa lagi. IZZAH?

IZZAH : Assalamualaikum, annyeonghaseyo! Nur Izzah Syamimi, IZZAH di sini~~~

PENULIS : Haih, pengaruh Korea betullah. Siap ada 'annyeonghaseyo' lagi... Jadi! HILANG sudah berada di pertengahan cerita. Macam-macam scene sudah berlaku. Apa perasaan kalian tentang ini?

DIYANA : Tak sangka HILANG sudah di Bab 11. Pelbagai unsur saspen sudah muncul, jadi saya tertanya-tanya juga tentang apa yang akan berlaku pada watak-watak utama selepas ini.

IRDINA : Sebagai watak utama, kami sendiri tak tahu tentang perkembangan cerita akan datang. Kami cuma bergantung pada cik penulis saja. Sebab itulah, kadang-kadang kami pun turut tertanya-tanya mengenai konflik cerita ini...

PENULIS : Ooh...Eh, yalah. Episod terakhir setakat ni, watak RAJA dimatikan, bukan?

RAJA : Y-Ya...

PENULIS : Jadi kenapa RAJA dianggap sebagai watak utama walaupun watak kamu mati sebelum sampainya puncak cerita?

RAJA : Mana aku tahu. Bukankah kau yang menulis cerita ini?

PENULIS : (Berbisik) Hoi, kau anggaplah aku ni penemuramah yang tak tahu apa-apa!

RAJA memutarkan bola matanya tanda meluat. Watak-watak lain tergelak kecil.

FITHRI : Saya rasa watak RAJA tak berakhir di situ saja. Barangkali hantu RAJA akan hadir dalam mimpi saya? (ketawa)

PENULIS : (ketawa) ya... boleh jadi juga, ya? Oh ya! Ceritakanlah serba sedikit tentang hubungan watak FITHRI-RAJA dalam cerita ini.

FITHRI : Ah... Dalam cerita ini, kami berdua merupakan sahabat baik sejak kecil. saya jenis suka ke hulu ke hilir dengan RAJA, walaupun dia bersikap tak ambil tahu dan selalu berkata kasar. Kadang-kadang tu, disebabkan kata-kata kasar RAJA, kami berdua bergaduh tapi setiap pergaduhan tu takkan berlarutan lama. (FITHRI memandang RAJA yang mengangguk-angguk mendengar penerangan FITHRI)

HilangWhere stories live. Discover now