Temuramah Bersama Watak-Watak Utama 'Hilang' #2 !

1.6K 81 14
                                    

PENULIS : Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca!!! Woooooo~~~~!!!! (Bertepuk tangan dengan sangat kuat. Suasana lebih meriah apabila semua watak utama HILANG juga bertepuk tangan sambil membuat bising persis orang gila.) Seperti yang para pembaca tahu, novel HILANG sudah disiapkan. Jadi, apa perasaan kalian tentang berita gembira ini?

RAJA : Aku rasa gembira sebab akulah yang menjadi hero bagi cerita ni...

IZZAH : Eh, apa pula?? AQILAHlah hero!

AQILAH : YA! AKU!

RAJA : Pada mata pembaca, mereka nampak aku. Mereka pilih aku sebagai hero. (Membuat raut sinis dan riak yang teramat.)

HAFIZ : Jangan riak, takbur bangga diri, RAJA! Beristighfarlah...!

PENULIS : Woi, janganlah gaduh-gaduh... Haih... Aku tanya orang lain sajalah. HANI? Apa perasaan anda?

HANI : Rasa gembira sangat kerana kami sudah curahkan segala ilmu, bakat dan tenaga kami dalam menjayakan cerita ini. Apa yang membuat aku lebih gembira ialah HILANG telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan oleh pengguna-pengguna Wattpad yang lain.

PENULIS : Ya, benar. Buat pengetahuan para pembaca, HILANG telah pun mencapai bilangan pembaca sebanyak 2,400 pada awal bulan Januari 2016!

SEMUA : Wahhh~~~ (menepuk tangan lagi, cuma tidak segila tadi.)

PENULIS : Jika kalian yang tanya apa perasaan aku, tentu aku jawab "WUWUWU... AKU BETUL-BETUL TERHARU.... kerana walaupun ini buku pertama yang ditulis oleh seorang penulis yang lemah dalam imaginasi, HILANG telah mendapat sambutan hangat di Wattpad..." (menangis?)

FITHRI : H-Hei... Janganlah menangis... Don't be sad~!

ZAIM : Aku ni, kau tak pujuk pula? (menangis teresak-esak, sambil tangannya menyeka air mata palsu yang bertakung di mata)

PENULIS : Eh? Apa fasal kau menangis?

ZAIM : (belakangnya ditepuk-tepuk FITHRI, perlahan. Terpaksa dipujuk seperti perempuan... atau kanak-kanak.) Aku jadi watak jahat! Semua pembaca ingat aku ni jahat apabila mereka baca novel ni... (mengelap air mata dengan sapu tangan. RAJA menepuk dahi. Watak-watak lain tergelak kecil.)

HANI : Habis tu, siapa yang nak jadi watak jahat kalau kau tak nak? AZIM??

AZIM : E-Eh, kenapa nama aku disebut pula ni? (Ketawa singkat) Aku orang baik, aku takkan jadi orang jahat~

SEMUA : Ceh!

PENULIS : Baiklah, daripada kita teruskan perbualan kita yang entah apa-apa ni, lebih baik aku tanya ZAIM satu soalan. Bagaimana rasanya anda memainkan watak profesor jahat dalam cerita ni?

ZAIM : Sejujurnya, aku betul-betul rasakan yang watak ini terlalu jahat dan berat untuk aku 'lakonkan'. Cara percakapannya, cara berjalan, cara ketawa... Semua tu berlainan daripada apa yang aku biasa lakukan dalam kehidupan seharian.

PENULIS : Tapi anda tetap teruskan dan akhirnya anda berjaya membawa watak antagonis! Memang perwatakan yang anda bawa memberi kesan kepada para pembaca! (Memang pun. Kawan aku takut apabila dengar nama Zaim. =,=' ) IRDINA dan DIYANA pula?

IRDINA DAN DIYANA : Huh?

PENULIS : Kalian telah membawa watak orang bawahan ZAIM. Apa cerita?

IRDINA : Sejujurnya! Watak aku begitu susah untuk dimainkan kerana terpaksa membuat 'lakonan' dalam 'lakonan' dalam 'lakonan'! Tiga kali perkataan 'lakonan'! (Lawaknya berserta sedikit tawa. Yang lain-lain juga ikut ketawa.) DIYANA tak berlakon tiga kali macam aku, hanya dua kali saja! Lakonannya tak susah!

HilangWhere stories live. Discover now