Memori IV

1.2K 87 1
                                    

  "Hani!"

  Mana pula budak ni..?

  "Hani!"

  Huh, mana pula dia pergi ni?... Aku sudah suruh dia tunggu di di pondok pengawal, tapi...

  "Hani!"

  Entah-entah dia... Hmm. Aku rasa aku tahu Hani ke mana. Akan ku ikut rasa hati aku ni.

  Naluriku! Aku percaya kepada kekuatanmu!

  Jadi, aku berlari anak ke padang sekolah. Dari sini aku dah boleh nampak seorang budak perempuan, duduk di bawah pokok petai di hujung padang. Dengan segera, aku mendekati. Heheh, naluriku sememangnya hebat~!

  "Hei! Kan aku dah pesan, tunggu aku di pondok semasa aku masih bermesyuarat koperasi. Kenapa kau tunggu sini?"

  Aku dah tahu sebenarnya. Sengaja aku tanya.

  Aku duduk di sebelah Hani yang merunduk, memeluk lutut. Tanganku ditransformkan jadi kipas kerana badanku terasa seperti ayam golek yang sedang dipanggang. Memang betul-betul panas tengahari itu. Mujur pokok petai ini rendang, dapatlah aku berteduh di bawah daun-daunnya......... dan buah-buahnya.

  "Putus?" pendek saja soalan yang aku tanya, tiba-tiba pula Hani menangis. Terkejut tahap gaban aku, sebab sebelum ni, tak pernah pula dia menangis senyaring itu.

  "K-Kau okey?"

  "Tak!"

  "Maaf."

  Ini kali kedua hati Hani dihancurkan. Tapi, aku masih tak tahu macam mana nak pujuk kawan baik aku ni. Aku bukannya tahu sangat fasal 'cinta' ni. Apa yang menyeronokkan fasal cinta sampai boleh tersengih seorang-seorang? Cinta ni boleh  menguntungkan orangkah? Apa yang aku tahu, cinta cuma mengecewakan mangsanya pada akhir cerita.

  Macam Hani.

  Jadi, disebabkan aku ni kurang pengetahuan mengenai cinta, aku masih tak faham tentang perasaan Hani apabila putusnya hubungan dengan kekasihnya.

  "H-Hani-"

  "Aku tak nak bercinta lagi! Aku tak nak kahwin! Semua lelaki sama sahaja!! Curang, curang, curang!"

  Aku terkejut. Ya, walaupun aku tak tahu tentang cinta, tetapi aku dapat rasakan, kata-kata Hani berisi kesalahan besar.

  "Kau tak patut kata begitu, Hani. Memanglah kita tak patut bercinta monyet sewaktu di bangku sekolah tapi kau tak boleh terus putus asa! Apabila kau dah dewasa, kau patut mencari cinta dan berkahwin lalu memulakan hidup baharu sebagai pasangan berkahwin! Kau tak nakkah?"

  "T-Tapi... Lelaki semuanya... Semuanya tak berhati perut. Tak ada perasaan. Tak pandai jaga mulut sekalipun. Perempuan selalu jadi mangsa mereka!"

  "Hani, Hani. Bagaimana dengan aku?"

  Hani lihat aku. Atas bawah dilihatnya.

  "Aku juga lelaki, tapi adakah aku sekejam tu?"

  "Tak..."

  Aku membentuk senyuman kepada Hani yang mendengar setia. "Tidak semua lelaki bersifat jahat dan kejam. Kau masih ada peluang. Cinta sejati kau ada di luar sana~"

  Erh... Aku tahu aku dah terlalu banyak tonton kartun kisah-kisah cinta puteri Disney.

  "Betulkah, Azim?" Hani memandangku. Aku balas pandangannya dengan senyuman lebar.

  "Yup! Jangan putus asa!"

  Hani menunduk lagi, tapi syukurlah, dia tersenyum. Senyuman manisnya itulah yang membuat aku terus berasa senang hati. Aku tak sanggup lihat rautnya yang bersedih lagi. Sebab dialah sahabat baik aku.

HilangWhere stories live. Discover now