Bab 14 : Gunting dalam Lipatan

1.5K 101 3
                                    

  "Apa kita nak buat??"

  "Kita... Kita tak mampu nak buat apa-apa pun. Tiada cara untuk kita keluar dari sini..."

  "Fikirkanlah sesuatu!! Buatlah apa-apa pelan seperti yang kita buat sebelum ni!!"

  "Pelan itu gagal! Nak buat pelan apa lagi?!"

  Rasa bagai hendak mati sahaja apabila bunyi kunci mangga dibuka mengeggarkan gegendang telinga.

  Seorang lelaki berdiri di pintu. Megah. Berkuasa. Bagi mereka yang terperangkap di bilik itu, lelaki itu persis malaikat maut yang akan hadir mencabut nyawa-nyawa manusia.

  "Z-Zaim!"

  Zaim beraut serius. Baginya, kerjanya perlu diselesaikan secepat mungkin.

  "Bawa mereka keluar!"

  Dari belakang Zaim, muncul beberapa orang berpakaian Hazard Material, atau Hazmat yang dengan cepat menggenggam erat lengan-lengan Hani, Azim, Hafiz dan Izzah. Keempat-empat remaja itu cuba melepaskan diri. Disikunya orang-orang itu, dan disepaknya juga kaki orang-orang Zaim. Namun mereka tidak dilepaskan.

  Pada waktu itulah, mereka berempat perasan akan sesuatu.

  "Bagus risikan kamu berdua setakat ini. Sekarang, bawa mereka ke bilik bedah aku."

  "Baik, tuan."

  Situasi yang berlaku di hadapan mata mereka sukar dipercayai.

  "Apa semua ni? Irdina? Diyana?! Kenapa dengan kamu berdua??"

  Irdina dan Diyana hanya menyepikan diri. Tiada reaksi yang terpancar dari air muka Irdina. Diyana pula kelihatan agak kesal, menggosok-gosok perlahan lengannya atas rasa bersalah.

  Bergema lagi tawa sinis Zaim. Dia menggaru-garu kepalanya, mengusutkan rambut hitam-perangnya dan berpura-pura berasa kesal dengan kesilapannya.

  "Arh,... aku lupa hendak beritahu Fithri. Sebenarnya ada dua klon yang mampu aku kawal setelah implan mereka diperbaiki..."

  "T-Takkanlah..."

  Empat rakan sekelas itu seakan tidak percaya bahawa Irdina dan Diyana...

  ...sebenarnya merupakan dua orang perisik Zaim...

  "Sampai hati... aku ingat kita berkawan..." Hani merintih sedih. Rintihannya membuatkan Zaim gelak besar dalam ejekan.

  "Tak ada istilah kawan bagi mereka... Irdina, Diyana. Uruskan mereka."

  "Aku... A-Aku tak nak!"

  Diyana cuba membebaskan rakan-rakannya daripada pegangan orang-orang Zaim. Namun begitu, cubaannya gagal dan akhirnya Diyana juga tertangkap.

  "Langkah mayat aku dulu sebelum kau sentuh mereka dengan TANGAN KOTOR KAU TU!!! "

  Luas mata Zaim merenung marah pada Diyana yang menjerit senyaring boleh. Diketap rapat giginya dalam kemarahan.

  "Tch, tak guna... Kau juga begitukah, hah?"

  "Tidak, tuan." jawab Irdina.
 
  "Bagus," Zaim keluar dari bilik dengan keluhan kecil, "kita ada pertukaran rancangan. Kurung kembali mereka semua - kecuali Diyana. Aku selesaikan dia dahulu."

  "A-Apa?"

  "Kau yang minta aku untuk 'langkah mayat kau dahulu', bukan? Jadi aku akan buat."

  Zaim melangkah pergi. Orang-orang bawahannya serta Irdina menurut arahan. Lengan Diyana ditarik kasar Irdina, lalu membawanya keluar dari bilik. Hani, Azim, Izzah dan Hafiz terkurung semula.

HilangWhere stories live. Discover now