Bab 17 : Epilog - Hero?

1.8K 107 12
                                    

  "Ha, Ansar!" teriak Raja dengan mulutnya masih penuh dengan piza lumat, menarik perhatian rakan-rakannya di bilik mesyuarat mereka.

  "Kau kata, kau dan Aqilah lalui pengembaraan hebat semasa kau hilang di hutan. Pengembaraan apa?"

  "Eh? Aku ada cakapkah?"

  Terus tertawa Fithri apabila melihat Ansar dalam keadaan keliru-paniknya itu.

  "Adalah... Kau ni, cepat betul lupa!"

  Ansar menggaru-garu kepalanya, sambil memikir-mikir.

  "Apa ya...?"

  "Biarlah si Aqilah bercerita!"

  Aqilah tersedak mendengar Fatin berkata sebegitu. Habis air gas termasuk dalam hidungnya. Pedih!

  "Ya, Aqilah! Cepatlah cerita!!!"

  "Please~"

  "Fine, fine, aku cerita."

  Maka dengan itu, satu kelas mengelilingi Aqilah.

  "Aku rasa macam aku ni dah jadi nenek, nak bercerita kepada cucu-cucunya..."

  "Hish, cerita sajalah, Nenek Qilah!"

  "Erh. Alkisah...............

  Selepas Ansar marah-marah aku, aku rasa sedih yang teramat. Ditambah pula apabila dia pergi meninggalkan kita semua macam itu saja. Aku rasa betul-betul sedih, sehingga aku jatuh pengsan.

  Apabila aku terjaga, aku terus teringat akan Ansar. Ansar, kawan baik aku, berada di luar sana... Di dalam rimba yang penuh bahaya itu. Keputusan muktamad aku ambil, aku nak keluar mencari Ansar.

  Tetapi pastinya aku tak nak ajak kamu semua sekali mencari Ansar pada waktu malam. Bahaya! Aku tak nak kalian tercedera atau diapa-apakan. Biarlah aku seorang yang keluar, kalau aku mati pun, hanya seorang sahaja yang mati. Kawan-kawan sekelas aku yang lain takkan mati..."

  "Aw.... So sweet...."

  "Itu yang kalian kata sweet? Itu ialah keputusan paling teruk pernah aku dengar!"

  "Diamlah, Raja."

  "Erh."

  "Jadi, aku sorok-sorok keluar dari gua ketika kamu semua berbincang mengenai sesuatu. Buat beberapa jam mungkin, aku berjalan-jalan mengharungi hutan tebal itu sambil mata ini bekerja keras mencari Ansar dalam gelap. Mujurlah, aku jumpa Ansar, sedang tidur di bawah sepohon pokok, dengan ada beberapa ekor arnab dan tupai comel tidur di paha dan bahunya..."

  "Biar betul??"

  Satu kelas merenung Ansar, dengan riak tidak percaya.

  Mereka tahu semua perempuan tertarik dengan Ansar, tetapi haiwan-haiwan comel? Haiwan comel sekali tertarik???

  Ansar bukan Snow White!

  "Aku tak ingat pula yang itu..." Ansar tersengih, bak kata orang, 'sengih poyo'.

  "Apa-apa pun... Apabila aku kejut Ansar, dia masih marah akan aku. Berteriak macam-macam, sampai arnab dan tupai kecil tadi pun meninggalkan kami berdua. Tetapi waktu tu aku tak kisah sangat. Aku cuma nak selamatkan dia, keluarkan dia dari hutan ni. Jadi aku terus heret dia ke gua semula.

  Sepanjang perjalanan tu, dia asyik memekak sahaja! Tak henti-henti! Macam nenek tua- Eh tak, macam mak mertua! Berbulu telinga aku ni mendengar setiap bait bicaranya yang menyakitkan hati. Sudahlah memaki hamun aku, dia tambah lagi dengan carutan-carutan gila tu! Tapi aku sabar~ Aku tetap sabar.

HilangWhere stories live. Discover now