Bab 2 - 'Program' Apa?

3.2K 184 15
                                    

   "Program Pertukaran Pelajar?" tanya Hani Suraya, ataupun Hani-Su, dengan suara yang perlahan. Liyana dan Fatin yang berada di sebelah kiri dan kanannya hanya mengangguk. Mata mereka masih terlekat pada pengetua sekolah mereka yang berada di hadapan, di atas pentas rendah pusat sumber itu.

  Puan pengetua yang sudah berumur agak lanjut itu, masih petah berkata-kata, memberi taklimat. Di sebelah beliau, ada dalam tiga atau empat orang guru perempuan, senior dan junior, yang hanya mendengar sahaja taklimat yang diberikan oleh pengetua.

  "Program ini ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan dan beberapa badan bukan kerajaan dari negara Malaysia dan dari negara luar yang terlibat. Jadi maksudnya, kamu semua tidak perlu membayar satu sen sekalipun untuk melibatkan diri dalam program ini." Puan pengetua yang sudah berumur agak lanjut itu, masih petah berkata-kata, memberi taklimat. Di sebelah beliau, ada dalam tiga atau empat orang guru perempuan, senior dan junior, yang hanya mendengar sahaja taklimat yang diberikan oleh pengetua.

  "Seterusnya, program ini akan dijalankan dalam lebih kurang sebulan. Lagi satu, kamu diminta untuk... Kalau boleh, rahsiakan berkenaan perkara ini daripada kawan-kawan kamu dari kelas lain. Maksud saya, janganlah kamu kecoh-kecohkan sangat. Saya bimbang jika mereka protes kerana mereka tidak terpilih untuk terlibat dalam program ini. Tak fasal-fasal mereka buat perhimpunan 'bersih' nanti!"

  Pusat Sumber Za'ba bergema dengan ketawa pelajar-pelajar. Guru-guru juga ketawa. Apabila sudah beransur pulih keadaan yang penuh gelak tawa itu, pengetua yang sedang duduk di kerusi, meminta seorang daripada guru-guru yang berdiri di situ, untuk memeriksa nama-nama pelajar.

  "Raja Izzuddin Shah?" Raja segera berdiri dari tempat duduknya.

  "Kamu ketua kelas ini, bukan?" tanya guru yang masih agak baharu lagi untuk sekolah itu. Raja mengangguk laju.

  "Hmm... Baiklah, duduk. Mohd Ansar?" Seorang pelajar lelaki berkaca mata, mengangkat tangan. Raja, yang berada di sebelah, memecah kesunyian dengan menyuruh Ansar berdiri. Namun, suaranya yang kuat dan kasar tidak dilayan oleh Ansar.

  "Hmm. Kamu budak yang agak pandai di dalam kelas. Bagus!" Ansar membeliakkan sedikit matanya.

  'Pelik, mengapa cikgu nak tahu pula fasal diri budak-budak di dalam kelas? Periksa nama saja pun...' hati Ansar berkata-kata.

  "Mohd Hafiz." Di sebelah kanan Ansar, Hafiz mengangkat tangan. "Kamu juga sama seperti Ansar. Boleh tahan pandainya."

  "Mohd Azim."

  "Ya, saya." laung Azim, yang duduk di sebelah kiri Raja. Tangan kanannya diangkat oleh Raja.

  "Kamu seorang ahli jawatankuasa koperasi sekolah, bukan? Ada segelintir guru yang mengadu, bahawa kamu sering sibuk dengan tugas di koperasi itu hingga setiap kali sebelum perhimpunan dan selepas waktu rehat, kamu masuk ke kelas lambat."

  Azim tersengih. Dia membetul-betulkan sedikit gaya rambutnya yang tebal dan memacak-macak, bagai duri landak.

  "Hahaha, ya, cikgu."

  "Tapi tak apa. Yang penting, kamu juga seorang yang agak pandai sedikit dalam mata pelajaran sains. Bagus."

  "KENAPA CIKGU TAK PUJI SAYA PANDAI JUGA?"

  "Diamlah, Raja." Satu kelas berkata serentak. Dia seorang yang pandai dalam pelajaran, dan semua orang tahu mengenainya. Tetapi mengapa semua orang tidak membenarkannya?? Raja membuat-buat muka kecewa.

  "Baiklah, sekarang saya akan sebutkan satu persatu nama-nama pengawas sekolah. Si baju hijau, minta bersedia!" Guru itu tersenyum. Dia mendekatkan sedikit sekeping kertas yang berada di tangannya ke mukanya.

HilangWhere stories live. Discover now