Bab 4 : Semuanya Bermula

2.7K 149 2
                                    

   Bunyi ombak. Lagu yang dinyanyikan sang ombak yang tenang menyedarkan dirinya dari lena. Perlahan-lahan dia mencelik. Sinaran matahari telah sedikit memedihkan matanya, jadi tangannya yang berpasir segera melindungi matanya dari cahaya terik itu.

   Bunyi ombak? Pasir?

   Syahindah lekas duduk dari tempat pembaringannya. Dia memandang sekeliling dengan cemas. Di hadapannya terbentang lautan lepas, namun kosong tanpa burung-burung laut atau kapal-kapal nelayan, seperti yang selalu dilihatnya di kaca televisyen. Begitu jauh di kanannya ialah bangkai kapal terbang yang sudah begitu teruk keadaannya, tersadai di pantai berpasir itu. Terbeliak mata Syahindah melihat pesawat itu sudah terbelah dua. Bahagian belakang pesawat itu hancur, bagai sudah lumat. Antara dia dengan pesawat, jelas kelihatan badan-badan manusia, terbaring di sana sini. Tidak pasti sama ada mereka masih hidup atau tidak. Syahindah mula ketakutan.

   "Syahindah!" dengan segera dia memaling ke belakangnya, ke arah suara yang memanggilnya tadi. Kelihatan Shahira sedang berjalan lemah ke arah Syahindah, dengan berlatar belakangkan hutan pantai yang sederhana tebalnya.

   "Kau okey?" tanya Shahira sambil dia membantu Syahindah berdiri. Matanya mencari-cari luka besar yang mungkin dia perlu rawatkan pada Syahindah. Anggukan Syahindah mengatakan yang dia dalam berkeadaan baik.

"Mungkin kaurasa keliru sekarang ni... Tak apalah, kau berehatlah dulu..."

   "Tak... Tak mengapa. Aku cuma pening sikit saja. Kau macam nak katakan sesuatu...-"

   "Oh, ya. Air laut sedang pasang. Kalau kau larat, kau tolonglah aku kejutkan mereka yang masih pengsan tu..."

   Benar, pasir tempat Syahindah berdiri sudah kelihatan basah. Arahan Shahira itu tadi, dipatuhinya segera.

   Shahira tiba-tiba memegang tangan Syahindah sebelum dia mula bergerak mematuhi arahannya tadi. "Jangan risau. Aku sudah periksa mereka semua tadi. Semua rakan kita masih hidup, masih bernadi normal. Cuma luka-luka mereka itu sahaja kita perlu bersihkan segera."

   Syahindah tersenyum lega. Serba sedikit hatinya berasa gembira kerana semua rakan sekelasnya selamat. Kemudian dia teringatkan seseorang.

   "Lisa?"

   Shahira mengeluh, menggeleng-gelengkan kepalanya. Saat itu, Syahindah tahu, Lisa August sudah tiada untuk membimbing mereka untuk 'percutian' ini. Hatinya ranap sedikit.

   "Sudahlah tu, Syahindah. Baik kita mula kejutkan rakan-rakan kita sekarang."

   "B..Baiklah."

   "Oh ya. Budak-budak lelaki kelas kita sudah lama terjaga. Sekarang mereka sedang mencari peti pertolongan cemas dan benda-benda lain di bangkai kapal terbang tu."

***

   "Hei, Raja. Kau rasa... Peti pertolongan cemas tu, ada di mana ya?"

   "Manalah aku tahu..."

   "Baiklah... Kalau aku jadi peti tu..., dekat mana akan aku simpan diri aku ni?"

   "Kenapa dengan kau ni, Ansar??"

   "Hei, kamu semua! Kami dah jumpa satu di sini!" teriak Azim dari ruang pemanduan juruterbang. Azim dan Hafiz berhati-hati keluar dari ruang itu melalui celahan pintu yang sudah kemik teruk.

   "Juruterbang-juruterbang mati. Mereka tidak mempunyai nadi walaupun tiada kecederaan langsung." beritahu Hafiz. Dengan serentak, ketiga-tiga rakannya yang lain mengeluh kuat.

   "Aku dan Ansar pun sudah periksa penumpang-penumpang lain juga. Sama ada luar atau dalam pesawat, tiada seorang pun yang masih hidup." beritahu Raja pula. Itu sudah bermaksud bahawa cuma warga 5 Sains 1 sahaja yang masih hidup. Susahlah jika tiada orang yang sudah dewasa, yang cukup dewasa untuk mengajar mereka untuk terus hidup di pulau yang---

HilangWhere stories live. Discover now