Bab 13 : Kebenaran

1.4K 99 5
                                    

"Dah dua tahun kita tak berjumpa, kan sayang?~"

"...Berhenti panggil aku macam tu."

Tawa Zaim bergema. Fithri sudah berpeluh-peluh di tempat berhawa dingin itu. Mindanya bercelaru. Perasaannya bercampur-baur. Mentalnya sudah penat. Malah terlalu penat.

"Kau tak nak tanya apa-apakah kepada aku? Kau tak rindu akan aku?"

"Huh?"

Zaim merapati Fithri. "Takkanlah kau tak tertanya-tanya mengenai setiap perkara yang menimpa kau dan rakan-rakan sekelas?"

Soalan? Bermacam soalan berlegar di mindanya, namun ada soalan yang terpenting perlu ditanya terlebih dahulu.

"...Siapa kau sebenarnya?"

"Hmm? Aku? Oh... Aku seorang profesor sains yang telah mencipta suatu ubat antipenuaan kekal ketika aku masih remaja. Maksudnya, apabila aku minum ubat tu, aku akan kekal muda dan akan hidup selamanya!

Namun aku dibuang negara ke Thailand. Aku rasa dikhianati. Aku telah mencipta sesuatu yang mampu memberi manfaat kepada semua orang namun, masyarakat fikir bahawa aku telah melanggar lumrah alam.

Lumrah alam? Aku tak percaya semua tu. Apa yang aku percaya, setiap kejadian alam itu, manusia yang mentadbir. Bukankah begitu? Contoh, pemanasan global membuatkan bencana alam giat berlaku, hasil daripada sikap manusia sendiri yang tidak bertanggungjawab."

"Tapi, apa kena mengena kau dengan kami semua?? Kaukah yang-"

"17 tahun lepas. Dengan kemarahan yang membuak-buak akibat dipinggirkan masyarakat...," kerusi putih ditarik lalu diduduk Zaim di hadapan Fithri, "aku telah berjaya mencipta klon manusia yang pertama. Malah, aku telah ciptakan manusia-manusia ini sebagai klon yang tidak seiras langsung dengan rupa induknya. Itu juga yang pertama di dunia.

Klon itu, aku terpaksa cipta dari sel aku sendiri. Klon-klon dihasilkan secara berpasangan, dan aku cipta klon-klon yang aku mampu kawal perkembangan otaknya dengan menanam implan di medula oblongata mereka. Tambahan lagi, aku hasilkan klon-klon yang mampu menjana sel-sel sendiri dengan kadar yang tinggi dan mempunyai IQ yang luar biasa.

Banyak yang berjaya aku hasilkan. Bayi klon yang seramai 22 orang itu, aku beri kepada 22 keluarga angkat yang berasingan, yang kau anggap sebagai keluarga sebenar. Keluarga-keluarga itu merupakan para sukarelawan untuk syarikat saintifik aku sendiri... Tentera pengawal setiap bilik dan saintis-saintis di sini juga merupakan sukarelawan yang inginkan hak mereka diadili dunia semula. Aku rasa kau tahu siapa 22 orang itu, bukan?"

"Ya... Sudah terlalu jelas."

"Tapi, tak semua yang aku lakukan itu mengikut perancangan. Beberapa tahun lepas, aku, di sini, mendapati kesemua 22 orang klon sedang menjalani proses manusia normal. Aku gagal mengawal otak kamu semua. Aku sendiri tak faham, bagaimana kalian boleh berjumpa dengan pasangan klon masing-masing dan klon-klon lain walaupun aku telah asingkan kamu semua ketika masih bayi. Aku bimbang, kerana dengan IQ yang terlalu tinggi, kamu semua akan mengenali aku dan akan datang menentang aku. Jadi tugas aku adalah untuk bunuh dan hapuskan semua klon. Aku takut dengan klon yang aku cipta sendiri. Seperti kau, Fithri." ejek Zaim.

"A-Apa?"

Zaim mendekatkan mukanya kepada wajah Fithri.

"Kau dan Rajalah klon pasangan pertama dihasilkan, yang mempunyai minda yang paling berkuasa. Sebab itu kau bermimpi akan aku sejak kau tiba di pulau. Otak kau sendiri memberi amaran supaya menjauhi aku. Tapi, hahaha... sebahagian otak manusia biasa kamu tidak menganggap mimpi itu sebagai suatu amaran. Kau taklah sekuat yang aku sangka. Disebabkan kebodohan kau, aku berjaya mengesan dan membunuh hampir semua kawan kau. Dan terima kasih atas kebodohan kau, aku telah berjaya bunuh Raja~!!"

HilangWhere stories live. Discover now