2

17.9K 911 29
                                    

Malam-malam begini, tidak perlulah kemas-kemas. Serabai-serabai je cukuplah. Bukan nak pergi shopping mall ke apa. Takat nak pergi cari maklumat aje pun. Sekadar mengenakan seluar jeans biru gelap dan dikenakan dengan baju T dimasukkan ke dalam baju. Baju itu dilindungi dengan kemeja bercorak kotak-kotak tanpa potongan badan. Kemeja itu dibiarkan sahaja tidak berbutang. Rambutnya pula disimpan kemas di dalam rap cap yang biasa dia pakai untuk menyamar. Ringkas bukan? Tapi masih stylo. Barulah okey.

"Hailah, Jin Young. Nasib kaulah kena buat kerja sorang-sorang." Sorang-sorang? Ya, kena buat kerja sorang-sorang malam ini kerana... keluar aje dari rumah tadi untuk ke sini, Laxy mendapat panggilan dari Hyuna, bos mereka bahawa ada lagi tiga kes yang perlu diuruskan. Entah kenapa, malam-malam begini banyak pulak kes yang masuk sehingga bos mereka sendiri kena turun padang sekali memguruskan halnya. Terus tanpa berfikir panjang, dia dan yang lain berpecah. Setiap sorang menguruskan satu kerja. Silap hari tarikh tak tidur mereka berempat malam ni. Demi gaji 5 angka, tak mandi, makan, tidur pun sanggup.

Jin Young memasukkan kunci kereta ke dalam beg tangannya. Pisau dan sarung tangan juga di masukkan sekali tetapi pisau, dia letakkan pada pinggang dilindungi dengan bajunya. Dua benda itu memang selalu ada dengannya. Lagi satu benda yang paling mustahak ialah, alat kecil yang tepasang pada kocek seluarnya. Alat itu di mana menghubungkan sampai ke sebelah telinganya yang juga turut terpasang satu alat dengar. Jika ada sesiapa yang mengekorinya dari belakang, dia akan tahu melalui derapan tapak kasut dan deria bau. Alat itu sangat membantunya sewaktu menjalankan tugas.

Kereta dikunci dan dia mula membawa diri ke kelab malam yang di mana terletak manusia yang mahu disiasatnya itu.

Iphone5s dikeluarkan beg tangan kecilnya. Matanya fokus pada skrin gajet itu untuk meneliti maklumat yang dicari tentang Kai semasa dalam perjalanan tadi. Menurut apa yang dia dapat, Kai atau Kim Jong In merupakan seorang lelaki yang kaya raya dan terkenal. Kaki kelab tetapi bukan kaki minum. Semua perempuan tunduk dengannya. Masing-masing rela menggadai tubuh demi Kai. Tergelak juga dia sewaktu membaca maklumat yang didapati itu. Rela menggadai tubuh? Wahh... apa yang hebat sangat Kai tu?

Mengikut apa yang bos mereka kata, Kai sekarang sedang diburu oleh seseorang. Dan seseorang itulah yang meminta Hyuna supaya mencari maklumat pasal Kai dengan lebih mendalam. Permintaan ini sudah dibuat banyak kali tetapi Hyuna menolak kerana tidak mahu menanggung risiko kepada anak-anak didiknya ini. Meremang bulu roma dibuatnya tatkala Kai berjaya menumpaskan 10 orang penyiasat  persendirian lelaki yang sangat handal, arif dan profesional dalam bab-bab penyiasatan. Tetapi mereka semua telah tumpas di tangan Kai sendiri? Itu penyiasat lelaki, dia ni perempuan. Bertugas sorang-sorang je pulak tu. Berjayakah dia? Tapi ingat, Jin Young wanita yang kental. Dia akan cuba dan terus mencuba selagi dia mampu. Buat masa ni belum lagi dia gagal dalam apa-apa penyiasatan. Semuanya okey je walaupun  ada sesetengah kes, sangat lambat untuk dia selesaikan kerana faktor pergerakannya yang mesti berhati-hati pada setiap masa.

Tujuan Kai diburu kerana, lelaki itu telah merampas kontrak bernilai hampir 7 bilion won. Syarikat Kai didakwa telah menciplak proposal milik syarikat orang lain menyebakan syarikat itu dituduh memplagiat hak orang lain. Kini, syarikat itu hampir sahaja bankrap. Geram punya pasal, CEO syarikat tersebut bertindak untuk membalas dendam terhadap Kai. Mujur dia bukan pembunuh profesional. Jika tidak... fuhh!!! Memang best gilalah!!! Dapat bunuh orangkan? Siapa tak mahu?

"Betul ke kau ni macam ni? Macam... bohong je." Mata kemudiannya teralih ke hadapan. Sebenarnya sukar untuk Jin Young percaya tanpa ada satu bukti yang kukuh mengatakan yang bahawa Kai benar-benar begitu. Kejam, pendendam dan terkenal dengan kejahatannya. Tapi kalau kaki kelab, ya. Jin Young mula rasa fakta itu adalah benar sama sekali. Dia sendiri akuinya.

Tubuhnya semakin lama semakin dekat dengan Hot Of Summer Club yang dikatakan menjadi tempat utama Kai menayang muka setiap malam jika tak ada kerja. Dan memang benar!  Berpandukan gambar yang ada, Jin Young dapat menangkap susuk tubuh Kai memasuki kelab malam itu dengan pengawal yang memakai serba hitam. Pengawal itu tidak masuk, hanya berdiri statik menghadap jalanraya yang tidak pernah putus dengan kenderaannya.

"Susah ni..." Jin Young buntu. Dia melindungkan  dirinya disebalik dinding daripada dilihat orang lain. Dengan memakai pakaian seperti ini, nak masuk dalam kelab malam? Haha... sakit perut ketawakan diri sendiri. Memang habislah dirinya dicam orang. Orang luar tidak mengenalinya sebagai Hye Jin Young, tetapi Irene Kim. Jadi dia perlulah menyamar malam ini. Dia juga terkenal dengan penyiasat yang penuh sandiwaranya. Menyamarlah jadi apa pun, semuanya menjadi. Licik, dan lincah. Itulah Irene Kim atau nama sebenarnya... Hye Jin Young.

"Eh, cik!" Jin Young menarik tangan seorang gadis lingkungan belasan tahun yang memakai pakaian yang seksi. Gadis itu tampak ketakutan.

"Eh! Apa ni?" Gadis itu cuba untuk melepaskan dirinya. Jin Young menekup mulut gadis itu supaya diam.

"Diam. Jangan bising. Saya nak minta tolong awak ni." Bisik Jin Young pada gadis itu. Perlahan-lahan dia melepaskan tangannya dari terus menekup mulut gadis tadi.

"To.. tolong apa?"

Jin Young mendekatkan bibirnya pada telinga gadis tersebut. Lebih kurang satu minit, Jin Young menjauhkan semula. Mata gadis itu tampak berlainan.

"Boleh tak?" Soal Jin Young, penuh pengharapan.

"Boleh. Tapi..."

Jin Young memandang ibu jari, jari telenjuk dan jari gadis itu bergesel sesama sendiri. Jin Young faham akan isyarat itu. Dia mengeluh sikit. Susahnya!!!

"Okey, okey. Saya akan bayar."

Bersambung...

Bayar? Bayar apa? Untuk apa? Nantikan...

[COMPLETED] In A Revenge Of Love 사랑아 복수에서.Where stories live. Discover now