Speacial Chapter For 2016 ^_^

12.6K 553 53
                                    

Kini, tahun baru sudah menaikkan tirai. Usia Jin Hyun, anak Kai dan Jin Young sudah mencecah ke angka 8 bulan. Sudah pandai duduk dan merangkak walaupun kadang-kala jatuh-jatuh juga. Sudah menjadi lumrah seorang bayi, bukan?

Jin Young memandang skrin telefon pintarnya dengan dahi yang berkerut. Bibir bawah digigit perlahan tanda gusar. Dia memandang jam dinding biliknya. 11 malam. Selepas itu, wajah Kai yang sedang lena dibuai mimpi itu pula ditenung. Serba-salah.

"Macam mana ni..." Jin Young menolak perlahan tangan Kai yang menumpang di pinggangnya. Dia menekan tilam dan menyandarkan tubuh ke kepala katil. Nombor Xia Lu didail.

"Helo... ya Jin. Kenapa?" Xia Lu menanya di hujung talian. Jin Young melepaskan nafasnya perlahan.

"Kau dapat mesej dari unnie tak? Malam ni kita kena ke China. Ada kes kat sana." Ujar Jin Young dengan suara yang tenggelam timbul.

"Ohh pasal tu. Haah ya, aku ada dapat. Baru je tadi ni. So macam mana? Kai bagi tak kau pergi?" Tanya Xia Lu yang masih lagi membujang itu. Hanya dia seorang tidak berpunya lagi. Laxy dan Hannie sudah selamat. Cuma dia sahaja. Jodoh tak sampaikah? Hahahahaha.

"Aku tak bagitahu lagi. Dia tengah tidur. Aku rasa.. dia bagi tapi kau tahukan.. aku dengan Jin Hyun mana pernah pisah jauh-jauh. Dahlah kat China, seminggu pula tu." Bergetar Jin Young menuturkan ayatnya. Tidak dapat menahan perasaan lagi.

"Haihh ibu muda ni. Habis nak buat macam mana? Kau nak biarkan kes ni orang lain yang handle? And bila tak selesai? Kau nak jawab macam mana kat unnie? Tak apalah... sekejap je." Xia Lu memujuk. Jin Young bermain-main dengan hujung rambutnya.

"Tengoklah macam mana nanti. Xia, aku nak letak dah. Kalau ada apa-apa, aku call kau kalau dah sampai airport nanti." Pesan Jin Young sebelum mengakhiri perbualannya. Telefon diletakkan di atas meja lampu. Buntu punya pasal, dia membuka lampu bilik di dalam mod malap. Runsing malam-malam begini boleh menggilakan kepalanya.

"Oppa..." Jin Young menepuk-nepuk lengan Kai perlahan. Mahukan lelaki itu sedar seketika.

"Oppa.. bangun..." kali ini pipi Kai pula ditepuknya beberapa kali sehingga lelaki itu kelihatan bergerak-gerak. Tidurnya diganggu.

"Nae... jagiya..." suara seksinya bergema. Menandakan yang lelaki itu betul-betul lena tidurnya. Mata dibuka sedikit untuk melihat jasad Jin Young yang bersandar pada kepala katil.

"Oppa... tadi Jin dapat mesej dari Hyuna unnie. Dia minta team Jin ke China... ada kes kat sana..." beritahu Jin Young dengan wajah yang sedikit serba-salah. Kai yang mendengar ucapan itu segera membesarkan celikkan matanya. Luas! Sambil menopang kepala, dia bertanya.

"Bila nak pergi? Berapa hari?"

"Malam ni. Seminggu..."

"Hah?! Dah nak pukul 11 setengah dah kut. Penting sangat ke kes tu?" Soal Kai yang ternyata cukup risau.

"Hmm... penting. Jin tak percaya kalau team lain yang buat. Boleh tak kalau Jin pergi?" Jin Young meminta izin. Sebolehnya memang dia tidak mahu pergi tetapi apakan daya, dia terpaksa. Bukannya dia suka-suka melencong ke sana ke mari di negara Tembok Besar itu.

Kai mengeluh pendek. Dia melabuhkan kepalanya di ribaan Jin Young sambil mengucup perlahan telapak tangan wanita itu.

"Pergilah. Tapi jaga diri elok-elok. Kalau ada apa-apa, terus call. Okey?"

Jin Young menunduk perlahan dengan kening yang betul-betul melekapkan wajahnya yang 'upset' itu. "Belum apa-apa oppa dah pesan macam tu..." ujar Jin Young dengan suara seperti tadi, tenggelam timbul.

Kai ketawa kecil melihat gelagat isterinya yang seorang ini. Dia faham mengapa Jin Young seperti berat hati mahu melangkah keluar dan bertugas di China. Kai bangun. Dia membetulkan tubuh lalu memeluk tubuh Jin Young dengan perlahan.

"Pergi siap-siap. Nanti lambat..." pada mulanya dia mahu menyebut nama Jin Hyun. Tetapi bimbang Jin Young akan menangis, dia batalkan niatnya. Dia mengerti, ini adalah perpisahan paling lama dan lokasi yang jauh buat Jin Young dan Jin Hyun. Alangkah sehari sahaja sudah rindu, lagikan seminggu? Di China pula tu. Ya Tuhan! Bagaimana perasaan ibu muda itu nanti.

"Miss you..." Jin Young cuba untuk tidak menyebut nama anak lelakinya. Dia meletakkan wajah di dada Kai.

"Belum pisah tempat tidur lagi pun, sayang! Janganlah rindu dulu. Nanti silap-silap oppa yang menangis pula." Kai cuba untuk menimbulkan suasana gembira tetapi hambar. Sikit pun Jin Young tidak ketawa. Mahu cemberut lagi ada.

"Pergi sana mandi dulu. Oppa nak ke bilik Jin Hyun kejap." Kai melepaskan pelukannya. Pipi Jin Young kucup sekilas sebelum mengangkat kaki menuju ke bilik Jin Hyun yang bersambung dengan bilik mereka. Di bilik mereka ada satu lagi pintu. Pintu itu adalah sambungan antara biliknya dan bilik si anak.

15 minit berlalu. Jin Young sudah selesai mandi dan bersiap. Bagasi juga sudah tersedia di hadapan pintu. Kai pula berada di tandas. Dia mahu ke bilik Jin Hyun. Mahu melihat anak lelakinya yang masih lena tidur. Kaki perlahan-lahan melangkah ke bilik anaknya. Pintu ditolak dan tersenyum bibirnya melihat Jin Hyun tidur meniarap. Wajah suci itu ditenung. Kakinya perlahan-lahan ke katil bayi.

Jin Young melutut di tepi katil bayi. Perlahan-lahan dia mengucup wajah Jin Hyun dengan hati yang berkobar-kobar. Risau. Bimbang. Takut. Semuanya ada. Tangannya perlahan mengusap rambut si anak yang nipis itu. Lebar senyuman melihat anak lelakinya yang sihat ini. Bahagia rumah tangganya dengan Kai, atas lahirnya anak kecil ini. Kim Jin Hyun.

Jin Young melihat jam. 12 malam. Tepat.

"Jin Hyun, mama pergi dulu. Jaga diri ya sayang? Jangan nakal-nakal. Jangan buli papa kat rumah. Jadi anak yang baik." Bisik Jin Young perlahan di telinga Jin Hyun sebelum melepaskan kucupan hangat di dahi si anak. Tangan menepuk-nepuk punggung si kecil itu apabila kelihatannya Jin Hyun bergerak-gerak sedikit. Sesekali Jin Hyun merengek dan ini yang membuatkan hati keibuannya tidak dapat menahan. Nafas ditarik.

Jin Young berdiri. Dia mencapai beg tangan seraya menyarungkan baju sejuknya. Dia memandang Jin Hyun sebelum memalingkan wajah ke belakang menghadap pintu. Ketika itu, wajah Kai pula terpampang di mata. Tidak dapat menahan, Jin Young menunduk dan menekupkan wajah dengan tangan dan... menangis.

"Okey, okey, okey..." Kai faham keadaan ini sejak di bilik tadi. Lantas dia bergerak memeluk Jin Young dengan erat. Teresak-esak wanita itu menangis. Belum pergi, dia sudah rindu. Lagikan apabila di China nanti.

"Okey, don't cry. Baby don't cry.. tonight..."

"Shut! Nanti Jin Hyun tersedar dengar katak menyanyi malam-malam." Jin Young menolak dada bidang Kai perlahan dan melangkah keluar dari bilik itu. Kai yang mendengarnya ketawa kecil. Dia mengekori Jin Young dari belakang.

"Sayang... jaga diri." Pesan Kai setelah mereka tiba di pintu utama rumah. Jin Young mengangguk sayu. Ditilik wajah Kai yang kelihatannya juga sedih sepertinya.

Tiba-tiba, Jin Young tersentak dengan ciuman hangat Kai yang tiba-tiba. Ciuman dilepaskan. Kai tersenyum kecil sambil memegang kedua-dua belah pipi isteri kesayangannya ini.

"Don't cry..."

"Miss you..." Jin Young memeluk tubuh Kai buat kali yang terakhir. Kai membalas. Sukar. Memang sukar untuk mereka berpisah.

"Jaga Jin Hyun baik-baik. Nae?"

"Nae, arachi. Ppali... nanti lambat." Kai meleraikan pelukannya. Jin Young mengangguk. Dia menarik bagasi sederhana besarnya, lalu melangkah meninggalkan Kai yang berada di pintu. Hanya seminggu. Ya, hanya seminggu.


------------------------------------------

Haloha... rindu dengan mereka? Nah saya sediakan sikit untuk 2016. Actually saya dapat idea dari video yang kat multimedia tu. Kahkahkahh!! Sweet!! Comel Rohee!!! Auchhh!!! Jin Hyun, macm yg kat gmbar tuh. Ha tu Jin Hyun. Imagine baik-baik, biar feeling. Hahahah okey bye! Muahhh2

[COMPLETED] In A Revenge Of Love 사랑아 복수에서.Where stories live. Discover now