33

11.8K 689 50
                                    

Jin Young melihat jarum jam. Termasuk ini, sudah lebih 10 kali dia tengok. Entah apa benda yang best sangat kat situ. Bukan ada muka pun. Bentuknya segi empat, ada jarum jam satu panjang, satu pendek, dengan nombor. Tu je. Apa yang menariknya?

Keluhan dilepaskan, berat. Dia kebosanan sebenarnya. Setelah Xia Lu, Laxy dan Hannie pulang tadi kerana hendak ke pejabat, sehingga sekarang dia kebosanan. Dah tu dahlah, tunggu lagi seorang manusia ni pulak, tak sampai-sampai. Seleranya hendak menelan sotong pun dah tak ada. Nak tidur, doktor pesan tak boleh. Entah beli enth tidak. Balas mesej pun tak walaupun status mesej itu 'Telah Dibaca". Kecewalah juga hati. Bukan selalu minta. Tak dapat pula tu.

Nak tidur selalu, takut baby nanti letih sangat, terbleeding dalam tidur. Dah susah kang. Duduk ajelah diam-diam macam ni walaupun biji mata rasa macam nak terkeluar.

"Kenapa mesti... aku yang kena?" Soalan apakah? Soalan yang kadang-kala mengundang air mata pada mata Jin Young. Sesekali dia akan duduk bersandar dan mengenang nasibnya. Macam sekarang ni.

Jin Young bersandar elok pada kepala katil. Tangannya yang disulamkan sesama sendiri itu diletakkan di atas perut. Matanya fokus pada hadapan.

"Aku tak minta. Tapi... takdir." Getusnya lagi. Moodnya dalam keadaan sedih sekarang ni. Bila-bila masa sahaja air matanya bisa jatuh. Bibirnya berat sangat untuk berinteraksi dengan anaknya yang dikandung ini walau sekadar berkata, 'hai' pun. Selalu juga dia lihat ibu mengandung berinteraksi dengan anaknya, tetapi dia tidak. Sukar dia untuk menyebut perkataan yang ringan. Perkataan lain lagilah. Tetapi dia cuba dan ingin mencuba juga. Meskipun hatinya belum menerima langsung Kai, tetapi kini dia dapat menerima sedikit demi sedikit kehadiran anaknya itu. Dia bermuhasabah diri. Berhari-hari dia fikir, adakah kehadiran anaknya membawa kebahagiaan dalam dirinya walaupun ayah kepada anaknya itu adalah Kai? Sanggupkah dia menempuhi dugaan ini lagi? Mungkinkah dugaannya lebih dahsyat lagi jika dia tertewas nanti? Lebih-lebih lagi apabila dirinya sudah mulai menyayangi anak yang dikandungnya. Sanggupkah dia menggugurkan anak itu selepas usianya hampir dua bulan lebih? Sakit rasanya. Sia-sia sahajalah dia membawa ke sana ke mari, akhirnya nanti, digugurkan. Bayi itu langsung tidak bersalah, lagikan membuat dosa. Sungguh, Kai hampir membuatnya gila.

"Kau menyusahkan aku..." bisik Jin Young perlahan. Air matanya perlahan-lahan mengalir menerjuni pipi. Ya, Kai sangat menyusahkan. Pelbagai benda yang dia fikirkan baik yang sedang berlaku, yang telah berlaku mahupun yang akan datang. Kadang-kala keserabutan dia memikir membuatkan dia tertekan. Rungsing dengan keadaan sendiri yang entah bila akan terlerai kusutnya. Dia ingin sangat, perkara ini berakhir. Berakhir dengan sepantas yang mungkin yang membawa satu kebahagiaan. Dengan itu, dia akan berasa segala apa yang dibuat selama ini berhasil. Bukan sia-sia.

"Arghh!!" Jin Young menjerit kecil untuk melepaakan satu kegeraman. Mata dipejamkan sambil meletakkan telapak tangan pada perut. Sewaktu dia menyentuhnya, dia seakan-akan dihurung satu ketenangan walaupun tangisannya masih belum berhenti.

"Anak..." bibir Jin Young menyeru perlahan. Ada lagi satu perkataan sebenarnya untuk dia sebutkan, tetapi payah sekali untuk dia lafazkan. Seakan-akan ada satu batu besar yang menghalang suaranya bergema. Berat sungguh untuk dia menyebut satu perkataan keramat itu.

Jin Young menggeleng. Dia lemah dan gagal pada percubaan pertama. Lemah tubuhnya tersandar pada katil itu. Tangannya digalihkan dari terus mendarat pada perut. Biarlah anaknya berehat. Dia masih memerlukan masa. Anak, perkataan itu sudah boleh disebut. Tetapi... satu lagi perkataan keramat itu, belum. Dia belum kuat untuk menyebut satu perkataan itu. Kekuatannya masih belum hadir. Entah bila ianya akan hadir. Dia sendiri tidak pasti. Masa.. semua itu memerlukan masa.

Penat menangis, Jin Young berbaring terlentang memandang syiling. Dia masih berfikir lagi.

"Tak guna menangis, Jin Young. Tapi berguna kalau kau terus membenci. Selagi kau tak tewas, kau menang." Yes. Selagi dia sendiri tidak mengaku yang dia telah jatuh cinta, selagi itulah dia masih pada rating yang pertama. Dia masih menang. Jika dia sudah mengaku dan telah pun merasa bahawa perasaan cinta itu bertandang, maknanya dia tewas... dengan permainan yang diciptanya sendiri.

[COMPLETED] In A Revenge Of Love 사랑아 복수에서.Where stories live. Discover now