43

10.3K 630 80
                                    

Semalam, Kai sudah pun berlepas ke China bersama dengan setiausahanya dan... Nana. Kenapa Nana? Kai terpaksa pergi dengan Nana dalam satu pesawat kerana kebetulan juga, Nana ada kena-mengena dengan mesyuarat bersama lembaga pengarah syarikat China di sana. Walaupun ianya agak rimas bagi Kai, tetapi ianya bagus untuk Nana yang sangat menginginkan kemesraan bersama Kai. Bukan bermaksud dia mahu merosakkan hubungan Kai bersama dengan 'bakal isteri'nya, tetapi dia hanya mahu merapatkan hubungan dengan Kai sahaja. Nana fikir, dengan cara itu, ia dapat memudahkan lagi perjumpaannya bersama Kai. Walaupun tak dapat, jadi kawan pun jadilah.

Jin Young memejamkan mata yang tidak boleh dipejamkan. Sejak daripada semalam, sewaktu Kai pergi lagi, dia tidak boleh hendak memejamkan mata. Masih lagi terbayang-bayang perkara semalam. Bagai sukar untuk dia melupakan.

**********

Jin Young nekad. Hari ini, dia akan jujur kepada Kai sebelum lelaki itu berlepas ke China. Memandangkan Kai bersiap-siap ke lapangan terbang daripada rumahnya, jadi lebih mudahlah untuk dia meluahkan hasrat itu.

Kai yang sedang bersiap di biliknya di tenung daripada pintu. Kai yang sedang membutangkan baju kemeja kerjanya memandang Jin Young melalui pantulan cermin.

"Kenapa pandang macam tu? Handsome eh?" Usik Kai seraya melebarkan senyuman. Dia sangat bahagia sejak daripada semalam. Kelakuan Jin Young untuknya sungguh menambat hati. Seolah gadis itu sudah menjadi isteri yang sebenar. Dua malam dia tidur di rumah Jin Young walaupun dia bekerja. Pulang sahaja rumah, pasti Jin Young ada. Walaupun tidak menyambut dia pulang, tetapi cukuplah gadis itu menyapanya sewaktu dia masuk. Dengan cara itu pun, Kai sudah sejuk hati.

Jin Young mencebik kecil apabila Kai mengusiknya begitu. "Perasan." Jin Young melangkah elok ke dalam bilik. Pintu hanya dirapatkan. Tetapi tidak terkatup sepenuhnya. Dia mengatur langkah ke arah Kai. Berniat hendak memulakan dahulu, Jin Young membantu Kai mengikat tali leher.

Kai mengerutkan dahi dalam senyuman. Wajah Jin Young yang rapat dengannya dipandang. Bahagianya semakin bertambah apabila Jin Young begitu. Sungguh, air matanya terasa sangat hendak mengalir.

"Flight pukul berapa?" Soal Jin Young, berbasa-basi sambil mengikat tali leher.

"1 tengahari nanti." Jawab Kai pendek. Tangannya yang nakal itu menarik pinggang Jin Young supaya merapatkan lagi dirinya. Jin Young terkedu. Dia tetap mengikat tali leher meskipun dalam kegugupan. Tak pernah rasa seperti ini sebelum ini rasanya. Rasa macam ni biasanya bila orang dah jatuh cinta.

"Ohh... balik?"

"Kenapa? Dah rindu?"

Jin Young diam. Tak berani nak jawab kerana tekaan Kai adalah benar semata! Dia menyelesaikan mengikat tali leher Kai. Tangan Kai masih lagi erat berada pinggangnya. Dia menunduk sedikit. Segan hendak mengangkat kepala.

"Sayang..." seru Kai. Jin Young mengangkat kepala sedikit. Sekadar menjadikan tanda sebagai dia menyambut sahutan Kai.

"I feel something." Kata Kai perlahan pada telinga Jin Young. Jin Young mengerutkan dahinya tanda hairan. Apa dia yang sesuatunya?

"Something? What?"

"Anak kita. Dalam ni..." jawab Kai lalu menyentuh perlahan perut Jin Young yang sudah kelihatan sedikit itu. Mata Jin Young terbuntang luas. Mak aii... jantung pada ketika itu hanya dia sahajalah yang rasa bagaimana ianya berdetak dengan irama yang tidak sekata. Kalau boleh nak terlompat keluar.

"Kai..." panggil Jin Young. Dia menjauhkan sedikit tubuhnya untuk melihat wajah Kai dengan jelas.

"Hmm?" Kai menyahut. Mereka seperti berpelukan. Lelaki itu nampaknya seperti tidak mahu melepaskan diri daripada terus bersama Jin Young. Berat je hati rasanya hendak melepaskan. China tu jauh kut. Aduhai hati. Sabarlah.

[COMPLETED] In A Revenge Of Love 사랑아 복수에서.Where stories live. Discover now