54

12.7K 680 59
                                    

Perlahan-lahan kelopak mata terbuka. Berat sekali kepalanya apabila mata sudah terbuka. Terasa bahunya yang terdedah itu sedikit dingin dihambat hawa dingin. Pinggangnya terasa dipeluk erat manakala pipinya terasa udara nafas menampar lembut. Jin Young memejamkan mata semula. Serentak dengan itu, air matanya jatuh mengalir. Malam tadi, sekali lagi perkara itu berulang. Entah kenapa, dia lemah untuk melawan kembali seperti mula-mula dia ditiduri Kai. Tetapi malam tadi, dia mudah mengalah. Seakan-akan merelakan Kai mahu menidurinya walaupun kolam mata sarat dengan air. Apa agaknya yang melemahkan semangat, dia pun tidak tahu.

Kai mengerakkan tubuhnya sedikit menyebabkan pegangan tangan pada pinggang Jin Young terlerai. Fikir Jin Young lelaki itu sudah sedar, rupanya dengkuran kecil masih berbunyi. Air mata yang mengalir di lap perlahan. Selimut dipegang erat kerana dia mahu duduk. Sekali lagi air matanya mengalir apabila mata terpahat pada pakaiannya dan Kai yang bertaburan di atas lantai. Dia menunduk dan menangis sehingga esakan bergema.

'Kenapa awak berubah, Kai? Kenapa awak sanggup buat macam ni pada saya... sekali lagi? Kenapa?' Rintih hatinya yang kini sedang dalam duka yang maha dahsyat. Terhinggut-hinggut bahu yang terdedah itu akibat menangis. Dia tidak memikir yang Kai terjaga mendengar dia menangis.

"Kenapa nangis ni? Hmm...?" Kai bangun perlahan dengan suaranya yang baru bangun daripada tertidur. Dia menarik tubuh Jin Young dekat dengannya, seakan-akan tiada apa-apa benda yang berlaku malam semalam.

Jin Young diam. Dia menahan dada Kai supaya dia tidak berada dengan lelaki itu. Kai mengerutkan dahi. Matanya digosok perlahan dan rambut yang terjuntai di dahi dikuak ke belakang. Keluhan berat dilepaskan.

"Maafkan oppa..."

Jin Young ketawa. Ketawa dalam tangisan. Dia memandang Kai dengan mata yang bergenang dengan pandangan yang cukup tajam dan jengkel.

"Tak ada guna perkataan marah tu. Awak fikir masa tu boleh diundurkan balik dengan kata maaf awak tu? Hmm?" Jin Young menyoal sinis. Dia tahu, maruah dirinya tidak mampu dikembalikan setelah diambil. Dua kali! Dua kali dia dihambat rasa takut seperti ini. Dia tidak sangka, Kai sanggup buat begitu.

"Semalam... oppa tak dapat nak kawal emosi dengan perasaan. Serius, oppa cemburu... tengok Jin dengan..."

"Saya dah kata dah semalam, dia adik saya! Hye Dong Jun! Kenapa awak masih nak..." Jin Young lemah. Dia tidak mampu untuk meneruskan kata-katanya lagi. Dia sangat kecewa. Dua kali dia disetubuhi tanpa rela. Hati yang terpaksa ini yang terpaksa merelakan. Kalau diikutkan hati, nak sahaja dia bunuh diri. Biar semuanya hilang dan gelap. Biar dia kosong tiada masalah. Daripada dia sakit menanggung perasaan sedih, kecewa dan marah sekali gus macam ni.

Kai mula rasa serba-salah. Dia mendekatkan diri dengan Jin Young lalu tubuh yang menggigil akibat kesejukan itu dipeluknya erat. Lantaklah Jin Young mahu kata apa pada dia, dia sudah tidak hairan. Sumpah, waktu dia marah, otaknya tidak dapat dengan berfungsi dengan baik, sebab itu dia boleh mengambil tindakan mengikut sesuka hati sahaja. Sehingga perkara ini pula yang terjadi.

"Maafkan oppa, sayang. Oppa... oppa bingung! Semua benda ni berlaku macam tanpa sedar oppa sendiri. Sumpah, sayang. Oppa rasa betul-betul bersalah." Luahnya lalu ubun-ubun Jin Young dikucupnya berkali-kali sebagai tanda maaf. Dia sendiri tahu, bukan mudah untuk Jin Young maafkan. Namun dia akan berusaha, sehingga gadis itu kembali mesra semula dengannya.

Jin Young diam. Dia hanya membiarkan tubuhnya dipeluk begitu tanpa dia membalas pada tubuh Kai. Tidak berdaya rasanya tangan hendak melingkari pada tubuh lelaki itu. Dia tidak terima hal ini berlaku tetapi apa lagi hendak buat, semuanya terlambat. Ianya berulang lagi tanpa bantahan yang benar-benar perlahan. Perlahan-lahan dia memejamkan mata dengan air mata yang mencurah-curah jatuh ke pipi. Sesekali terdengar suaranya teresak-esak.

[COMPLETED] In A Revenge Of Love 사랑아 복수에서.Where stories live. Discover now