58

11.1K 659 70
                                    

Kai mendapat panggilan daripada Sehun bahawa lelaki itu menyuruhnya supaya memasukkan sejumlah wang ke dalam bank. Ini kerana Sehun tidak sempat untuk masukkannya sendiri kerana berada di Jepun bersama Hannie. Itu adalah kerjanya sebenarnya tetapi disebabkan sibuk duk bercuti dengan Hannie, dia menyerahlam kerjanya yang ciput itu kepada Kai. Entah apa agaknya yang dibuat di sana. Apa yang Kai tahu, Sehun mahu melamar Hannie. Ah! Sakit jiwanya jika bercakap soal ini. Lamarannya yang ditolak oleh Jin Young dulu. Lagipun, dia menyuarakan permintaan tak kena pada tempat. Memanglah kena tolak.

Dalam perjalanan dia mahu turun ke bawah dari tingkat atas pejabatnya, telefonnya bergetar. Kai berhenti di hadapan lif. Waktu itu semua orang sudah pulang jam 5 petang tadi. Dia terpaksa pulang sedikit lewat atas urusan kerja. Memang dia agak sibuk sejak kebelakangan ini. Hendak menelfon Jin Young yang berada jauh dengannya sekarang ini pun tidak sempat. Setiap tugasan memang perlu disiapkan sepantas yang mungkin.

Nama Nana yang tertera pada skrin telefonnya dipandang. Lalu, panggilan segera dijawab tanpa menunggu lama.

"Helo, Nana."

"Kai! Awak kat mana?! Kai tolong saya!" Jerit Nana dalam keadaan tercungap-cungap dan kelam-kabut. Seperti baru lepas berlari.

Kai yang mendengarnya mengerutkan dahi sehingga berlapis-lapis dibuatnya.

"Awak kenapa ni? Nana? Awak okey ke?"

"Just tell me! Awak dekat mana?!" Tengking gadis itu di dalam talian.

"Kat... kat office saya. Nak bank in duit." Gagap Kai menjawabnya. Terkejut kerana Nana meninggikan suara.

"Okey! Awak jangan ke mana-mana! Saya nak minta bantuan." Kata Nana dengan pantas. Seperti kereta api. Laju sungguh.

"Ta.. tapi awak kena.."

Tut... tut... tut. Talian termati. Tidak sempat langsung hendak menanya apa sebenarnya yang terjadi. Dia kini dalam keadaan kebingungan. Apa yang terjadi sebenarnya? Kenapa Nana dalam keadaan yang sungguh cemas? Adakah gadis itu ada masalah? Wahhh... ini yang pening ni.

Masih berfikir tentang tadi, Kai segera masuk ke dalam perut lif dan turun ke lobi. Dia melangkah pantas ke arah mesin kemasukan duit untuk memasukkan duit ke dalam akaun rasmi syarikatnya.

Sunyi. Cuma ada pengawal sahaja. Itu pun tidur sebab dah malam sangat. 11 malam, gelap bukan? Perasaan takut tu adalah juga tetapi disebabkan ada pengawal, hilanglah sikit rasa takut itu.

Semasa dia sibuk melihat skrin kecil, kepalanya terfkirkan Jin Young pula. Risau bertandang di hati kerana terfikirkan soal Nana tadi. Jin Young perempuan, tidak mustahil boleh jadi seprti Nana. Namun hatinya berdoa supaya Jin Young baik-baik sahaja.

Ketika dia sedang memasukkan kad banknya ke dalam satu ruang, telinganya menangkap satu derapan kasut tumit tinggi berlari menuju ke arahnya. Dia menoleh ke belakang untuk melihat siapakah gerangan itu. Cahaya lobi yang suram menyukarkan Kai untuk menilik keadaan dengan lebih tekun.

"Kai!!!" Namanya diseru.

Kai mengerutkan dahinya. Siapa pula tu? Namanya dipanggil pula tu dan nalurinya kuat mengatakan, suara itu suara seorang perempuan tetapi siapa? Malam-malam macam ni pula tu. Dia abaikan dan memfokuskan diri pada kerja asal.

"Kai!!" Terganggu lagi. Dia mula rasa tidak sedap hati. Pasti dia kenal orang itu kerana orang itu kenalnya. Kai berjalan perlahan ke kaki lima dan melihat sekeliling. Seperti tiada apa-apa. Sewaktu dia menoleh ke kanan, matanya terpandang sesusuk tubuh seorang perempuan berlari pantas mendapatkannya.

"Kai! Tolong saya!"

"Nana?" Mata Kai membulat melihat Nana yang tidak terurus dan yang paling mengejutkan, tubuh Nana separuh terdedah. Seperti... cuba untuk diperkosa.

[COMPLETED] In A Revenge Of Love 사랑아 복수에서.Where stories live. Discover now