17

12.1K 679 9
                                    

Xia Lu dan Hannie mencerlung memandang sesusuk tubuh lelaki yang duduk berhadapan dengannya. Lelaki itu tampak bengis dan tidak berperasaan. Tiada riak. Foker face. Langsung tidak memberikan apa-apa reaksi.

"Kau... Kim Jong In?" Soal Xia Lu dengan sinis. Lelaki itu diam lagi.

Wajahnya yang dilindungi itu dipandang Xia Lu. Kai mengenakan topeng mulut dan kaca mata gelap untuk melindungi wajahnya walaupun mereka kini berada di restoran Thailand.

"Kau nak apa?" Tanpa menjawab soalan sinis itu, Kai menyoal terus kepada perkara utama. Malas dia mahu singgah ke sana ke mari lagi. Leceh. Banyak lagi benda yang dia mahu buat. Entah apa benda yang dua gadis ini buat agaknya.

"Kau kenal Hye Jin Young?" Soal Hannie pula dengan kening yang sengaja dinaikkan tinggi. Dia memeluk tubuh memandang Kai yang juga sama memeluk tubuh dengannya.

Kai sedikit tersentak mendengar kata-kata itu. Hye Jin Young? Siapa tu?

"Siapa dia?"

Dua gadis ini ketawa besar. Tetapi masih lagi dalam kawalan. Orang lain belum lagi mendapat perhatian.

"Kau tak kenal dia? Shit..." tergeleng kepala Hannie dibuatnya. Baginya, Kai memang pandai berlakon. Semua benda penuh dengan sandiwara.

"Aku serius! Siapa dia sebenarnya?!!" Bentak Kai geram lalu meja menjadi mangsa buku limanya. Hampir semua mata memandang mereka bertiga kerana kesan daripada hentakan tersebut. Kai langsung tidak mempedulikan dengan pandang-pandangan tersebut kerana ada perkara yang lebih penting untuk dia ketahui.

Hannie dan Xia Lu sedikit kaget. Biar betul?! Lelaki ini tidak tahu siapa Hye Jin Young?! Macam pelik aje.

"Kau yakin, kau tak kenal siapa Hye Jin Young?" Soal Xia Lu meminta kepastian.

"Kalau aku kenal, aku tak tanya kau balik." Kai membalas dengan bahasa dan nada yang boleh dikategorikan sebagai kasar. Sudah tiada masa lagi mahu bermain-main. Ada banyak benda lagi yang dia perlu buat.

"Hye Jin Young adalah Irene Kim. Perempuan yang kau cuba rogol pagi tadi. Am I right?" Kata Xia Lu sambil menaik-naikkan keningnya, sinis. Perkataan rogol sengaja dia tekankan supaya Kai sedar dengan situasi yang sedang berjalan ini.

Kai ternyata sedikit terkejut. Hye Jin Young adalah Irene Kim. Gadis yang dia...

"Oh jadi nama dia, Hye Jin Young lah? Baru aku tahu hari ni. Selama ni, aku kenal dia sebagai Irene Kim aje. Kalau kau nak tahu, 'bunga' tu aku dah 'rasa' madu dia. Bukan setakat cuba, tapi dah 'rasa'."

Mata Xia Lu dan Hannie sama-sama membulat. Kata-kata Kai penuh dengan madah. Bukan mereka bongok sangat tak faham dengan apa yang cuba disampaikan. Mereka faham, terkejut lagi.

"Kau.. kau nak kata yang kau..." Xia Lu masih tidak dapat percaya.

"Yes. Aku rogol Irene Kim, atau nama sebenar dia, Hye Jin Young. Kawan korang."

"What?!!!"

Bersambung...

Saya x byak idea T T.... nanti malam Insha Allah saya sbung.

[COMPLETED] In A Revenge Of Love 사랑아 복수에서.Where stories live. Discover now