56

10.5K 627 15
                                    

"Esok ada apa-apa ke? Oncall jugak?" Soal Kai kepada Jin Young sambil memerhatikan Jin Young mencuci pinggan setelah selesai makan tadi. Walaupun Jin Young hanya melayannya seperti hendak tidak hendak, namun sudah cukup baik baginya jika Jin Young masih boleh bertolak ansur. Itu sudah cukup memadai.

"Haah. Esok autstation kat luar. Busy sikit." Balasnya lalu meletakkan satu lagi pinggan ke dalam raknya. Akhirnya, selesai. Dia mencapai tuala kecil dan mengelap tangan yang basah.

"Kat mana?"

"London."

Terbuntang besar mata Kai mendengar jawapan Jin Young. "Esok?! Ke London?!" Jin Young angguk. Dia mengambil langkah di kerusi berhadapan dengan Kai.

"Kenapa tak bagitahu awal-awal?" Mendatar suara Kai. Semakin berkedut kening Jin Young dibuatnya. "Kenapa pula nak bagitahu awal-awal?"

"Dulu, seminggu sebelum Jin dah bagitahu. Ini, sehari sebelum. Kalau oppa tak tanya tadi, Jin tak bagitahu oppa rasanya." Masih membahasakan diri mereka dengan panggilan yang sama, suara Kai seperti bernada kecil hati sedikit. Dulu, Jin Young akan beritahu kepadanya beberapa hari sebelum dia pergi. Tetapi kali ini, sehari sebelum. Itu ditanya, kalau tak ditanya. Silap-silap dia pun tak tahu kalau tak ditanya tadi.

"Tu dulu. Sekarang tak." Jawab Jin Young acuh tidak acuh. Dia bermain-main dengan jarinya sendiri dengan mata ke bawah. Malas nak memandang wajah lelaki itu.

"Kenapa berubah tiba-tiba ni?" Kai menyentuh perlahan tangan yang bergerak-gerak itu dan meramasnya perlahan. Tidak lama, genggaman itu dileraikan.

"Perubahan saya awak nampak. Perubahan awak? Mana? Dulu awak tak macam tu, tapi malam semalam? Awak sanggup buat saya..."

"Jangan ungkit benda lama, please..."

"Saya tak ungkit, saya cakap. Memang betulkan awak berubah? Awak tak pernah fikir perasaan saya masa awak buat benda tu semalam. Awak hanya fikir perasaan awak je. Mana perginya awak yang dulu? Kai yang dulu? Hmm?" Jin Young sebak ketika menuturkan ayat itu. Dia kecewa lagi sebenarnya meskipun dia berusaha untuk menutup perasaan kecewa itu dengan pelbagai benda termasuklah bertolak ansur dengan Kai. Namun semua itu tidaklah semudah mengerdipkan mata banyak kali.

"Sayang, maafkan oppa. Sumpah, kalau boleh oppa undurkan balik masa, oppa takkan ambil keputusan untuk buat semua tu. Sumpah!" Kai angkat tangan kanannya tanda sumpah. Jin Young ketawa sinis. Dah mula dah nak bermain dengan sumpah. Huh... lelaki. Nak buat orang percaya dia balik pakai sumpah. Fikir jalan?

"Jangan pakai kata sumpah. Nanti makan diri."

"Tak kisah! Asalkan Jin balik pada oppa."

"Bukan senang, sayang."

"Jin nak oppa buat apa? Oppa sanggup buat apa je, janji kita boleh macam dulu." Kata Kai dengan penuh harapan.

"Entah. Saya tak ada jawapan untuk tu. Saya tak tahu dan saya malas nak ambil tahu. Tolong... tolong beri saya sedikit waktu lagi untuk pulihkan semuanya." Kata Jin Young yang sudah mulai bosan bercakap tentang ini. Baginya, ini bukan masa yang sesuai untuk berbincang tentang ini.

"Tapi sampai bila? Oppa dah tak sanggup lagi dah nak tunggu lama-lama. Oppa nak kita tutup buku lama, buka buku baru. Oppa..."

"Awak bercakap senanglah. Saya yang rasa. Awak ingat dengan cara buka buku baru tutup buku lama tu boleh kembalikan maruah saya balik? Hah?! Eee... dahlah, Kai. Saya penatlah. Letih tau tak?! Baik awak balik ajelah. Daripada bercakap benda yang entah apa-apa ni. Tolonglah." Tengkingnya lalu bangun dari duduk. Dia rasa betul-betul tidak senang dengan Kai apabila tajuk ini dikaitkan. Dia berjalan menuju ke tangga untuk naik ke atas tetapi bahunya ditarik daripada belakang lalu lelaki itu menolaknya hingga ke dinding. Perkara itu seperti berlaku sepantas kilat.

"Jangan terus macam ni pada oppa. Oppa minta maaf sangat-sangat pada Jin. Maafkan oppa. I know that was my mistake but I'm begging you, my dear. Forgive me. Let's be together and started with a new life. I swear, I will take care of you like your parents do. Okay?" Kai merayu lagi sambil memegang kedua-dua belah tangan Jin Young. Dia benar-benar serius dan tiada istilah main-main. Kalau boleh, dia mahu sahaja melutut di situ supaya Jin Young kembali seperti dulu. Kerana satu kesilapan, semua benda berpusing. Ah!!!

Jin Young mengeluh. Sungguh, dia memang tiada jawapan untuk itu. Mata Kai yang penuh pengharapan itu di pandangnya dengan pandangan yang kabur kerana air mata tiba-tiba sahaja bertakung.

Jin Young meletakkan tangannya pada pipi Kai dan mengusapnya perlahan. Rasa sebak tiba-tiba menghurung diri. Rasa tidak sampai hati melihat sang kekasih begini tetapi... dia masih belum menerima lagi. Dia mahu bersendirian dahulu. Mungkin apabila sudah cukup masa, barulah dia kembali ke dakapan Kai semula.

"Saya... saya tak ada jawapan untuk tu." Kepala digelengkan setelah ayat yang penuh getaran itu dinyatakan.

"Cari jawapan tu sampai dapat. But don't to be long. Oppa tak sanggup nak tunggu." Katanya lalu satu kucupan singgah pada dahi Jin Young. Lama. Dia mahu Jin Young bersamanya kembali. Itu sahaja. Kucupan dilepaskan. Dia melihat Jin Young yang menunduk. Perlahan-lahan wajah itu dinaikkan.

"Jangan menangis..." air mata yang tiba-tiba mengalir pada pipi gadisnya dilap perlahan. Sayu juga hati yang melihat. Rasa bersalah pun ada. Mana tahu, Jin Young menangis kerana dia terlalu memaksa.

"Take your time but promise me, jangan terlalu lama. Ya?" Kata Kai lagi. Matanya tidak semena-mena tertumpu pada beberapa kesan lebam pada leher Jin Young atas perbuatannya semalam. Walaupun ianya kecil dan tidak terlalu kelihatan, tetapi Kai masih lagi nampak dalam jarak dekat. Dia suka melihat tanda-tanda lebam itu kerana baginya, Jin Young akan terikat dengannya walaupun belum berkahwin. Sumpah, cintanya pada Jin Young tidak ternilai.

Jin Young mengangguk sedikit. Dia hanya mampu memberikan isyarat sahaja. Tidak termampu rasanya hendak mengeluarkan suara.

"Oppa kena balik. Jaga diri, jaga hati. I love you... so much." Bibir Jin Young dikucupnya sekilas lalu menjarakkan tubuhnya. Jin Young hanya memerhatikan sahaja jasad Kai beransur-ansur pergi sehingga deruan enjin kereta hilang.

"I... I love you too. So... much."

Bersambung...

Okey, banyak merepek. Sorry sebab dah lama sangat tak update. So sorry!!! Anyway thanks kepada kalian yang sanggup tunggu FF ni bersambung. Alhamdulilah, tak sangka juga FF ni hampir cecah 100K pembaca. Memang saya rasa macam nak terjun bangunan lol. Hahahaha... btw, kepada yang nak baca lagi hasil tangan saya lepas je habis IAROL, saya sediakan 2 FF lagi.

1. Bride Change (Oh Sehun)

2. #ExoTripToThailand (EXO)

Hope kalian sukalah ya dengan dua FF baru tu ^^. Hahaha... segan sebenarnya nak promote FF. Macam batak benor je lol... saya bukan jenis yang macam tu ^^ Okeylah, nak kata tu je. See you guys kat update yang seterusnya. Bye!!!

[COMPLETED] In A Revenge Of Love 사랑아 복수에서.Where stories live. Discover now