50

12.2K 660 32
                                    

Nana melingaskan matanya ke sekeliling lobi untuk mencari susuk tubuh Jin Young tadi. Dia yakin, Jin Young tidak jauh dari tempatnya berdiri. Dia berjalan maju ke depan lagi sehinggalah dia ternampak seseorang sedang menuruni tangga dari kaki lima ke tempat pakir kereta. Segera dia berlari mendapat susuk tubuh itu dengan berlari berkasut tumit tinggi 4 inci. Terpaksa juga berlari dengan kasut itu. Demi menerangkan hal yang sebenar, dia sanggup.



"Hye Jin Young!" Tanpa ragu-ragu dia menyentuh bahu orang yang dia kehendaki itu. Gadis itu segera menoleh ke belakang dengan kerutan di dahi. Ya! Jin Young. Nana tersenyum nipis. Akhirnya... ini dia orangnya.



"Awak siapa..."



"Awak salah faham. Kita bincang dekat kafe. Mari."



**********



"Macam tu ceritanya..." Nana mengakhir ceritanya. Jin Young mengangguk perlahan sambil menyedut sedikit air. Dia baru faham. Ini adalah gadis yang bersama Kai sewaktu dia mengajak Kai makan tengahari dulu tetapi akhirnya Kai keluar dengan Nana. Fikirnya, Nana seperti gadis yang lain. Suka merebut lelaki orang. Rupa-rupanya, dia terpesong jauh. Nana memang orang yang baik dan mulia. Meskipun wajahnya tampak cantik dan menawan, tetapi Nana tidak mempergunakan kecantikannya seperti orang lain dan juga dalam banyak-banyak drama yang ditayangkan.



"Saya minta maaflah, kalau awak fikir yang saya ni penghancur hubungan awak dengan Kai tapi percayalah! Saya dengan Kai hanya kawan biasa dan hubungan kami pun tak lebih daripada klien dan pengurus. Itu je. Saya harap awak tak salah faham lagi." Kata Nana.



Jin Young senyum nipis. Dia memegang tangan Nana ada di atas meja. "Saya tak apa-apa dan tak salah faham pun. Yelah, mungkin dengan keadaan kami macam ni, saya rasa terlalu emosi. Tapi memang betul, saya tak simpan apa-apa perasaan marah pun pada awak. Percayalah."



Nana ketawa kecil. Sungguh, pilihan Kai sangat tepat sekali tetapi kenapa lelaki itu tidak menjaga Jin Young dengan sebaik-baiknya. Sayang sekali kalau dilepaskan. Bukan mudah mendapat gadis sebaik, secantik Jin Young ini. Nana terasa rendah diri pula apabila berada semeja dengan Jin Young kerana dia terlalu cantik sekali. Penampilannya tampak feminim walaupun wajahnya disolek aura garang.



"Sudahlah tu. Lupakan jelah. Anggap je semua tu dah lepas." Sambung Jin Young lagi. Dia menyedut air jus oren lagi. Terasa kering pula tekak.



"Okey." Balas Nana dengan senyuman. Dia menggigit bibir bawahnya. Terasa kekok sebenarnya duduk berdua dengan seorang gadis yang merupakan, teman wanita kepada lelaki yang dulunya dia pernah taruhkan harapan. Namun, semua itu telah hilang sedikit demi sedikit. Dia menerima dengan baik, bahawa Kai milik orang dan mustahil untuk menjadi miliknya.



"Kita... kawan?" Tiba-tiba Nana menghulurkan tangannya kepada Jin Young. Jin Young memandang Nana dengan mata yang terkebil-kebil. Lama juga Nana begitu tanpa disambut oleh Jin Young.



Nana sedikit bengang. Adakah Jin Young tidak mahu berkawan dengannya? Atau dia masih lagi meragui perkara yang sebenar. Nana menarik semula tangannya dengan perlahan tetapi tidak sempat untuk Nana habiskan tangannya disimpan ke bawah meja, Jin Young menyambut dengan pantas. Nana melihat Jin Young yang sedang tersenyum lebar.



"Ya, kawan," Jin Young ketawa kecil. Sengaja dia mengacah sebenarnya. Yelah, asyik diam aje macam batu, tak menarik pula. Sekali-sekala bergurau dengan kawan baru, apa salahnya?



"Hahaha... terima kasih, Jin Young." Nana terharu. Entah kenapa, dia berasa terharu pula ada kawan yang baik seperti Jin Young ini. Memang benar, pilihan Kai sangat tepat.



"Sama-sama."



Kringgg...



Tumpuan Nana hilang sebentar apabila Samsung Galaxy Note5nya berbunyi. Segera dia menyelongkar beg tangan berjenama Channel itu untuk mencari telefonnya. Setelah jumpa, dia melihat si pemanggil.

[COMPLETED] In A Revenge Of Love 사랑아 복수에서.Where stories live. Discover now