23

15.2K 835 51
                                    

"Jin, kau ada simpan rahsia daripada kitorang ke?" Soal Hannie dengan suara dan wajah yang sungguh serius. Jin Young yang menyandarkan tubuhnya pada kepala katil hospital mengerutkan dahi. Dia pelik. Mengapa sikap ketiga-tiga rakannya itu bertukar sebaik sahaja dia sedar daripada tidur tadi. Sudahlah dia terperap di dalam bilik ini hampir 2 jam, boleh pula mereka bertiga buat hal. Tertekan juga dia dibuatnya.

"Sorok apa benda ni? Aku tak faham."

"Alah. Jangan nak berselindunglah, Jin Young. Aku tahu kau ada simpa sesuatu daripada kami kan?"

Jin Young mula rasa tidak puas hati. "Apa benda korang ni? Aku tak ada masalah nak melayan kerenah korang. Aku tak larat dah. Malas dah nak melayan korang." Akibat terlalu tertekan dan marah, Jin Young mula naik angin. Perasaan sensitifnya mulai timbul. Sama seperti sebelum-sebelum ini juga.

"Hye Jin Young, kau dah kahwin senyap-senyap ke? Hah?!!!" Tengking Laxy menyebabkan Jin Young sedikit tersentak. Dia memandang wajah Laxy dan yang lain dengan perasaan berapi-api. Otaknya seperti tidak dapat mengakses sesuatu maklumat yang telah diberikan oleh Laxy tadi. Dia seperti tidak dapat berfikir dengan lebih jauh. Ada makna disebalik kata-kata itu.

"Tolonglah, guys. Aku dah tak larat dah nak fikir semua tu. Aku nak kahwin senyap-senyap buat apa? Aku masih boleh fikir. Korang pun sendiri tahukan yang aku ni single. Tak ada boyfriend pun. Macam mana boleh kahwin senyap-senyap?" Suara Jin Young kembali perlahan dan mula mengeluarkan ayat pasrah. Dia meraup wajahnya dengan tangan.

"Yes... that's it yang aku pelik. Kau single. Kau tak ada boyfriend. Kau tak kahwin lagi. Tapi macam mana kau boleh pregnant? Hmm? Jin Young, kau pregnant, 3 weeks? Apa tu?" Jerkah Xia Lu pula membuatkan Jin Young merasakan seperti ada satu tamparan hebat mengena pada sudut hatinya yang kecil dan kala itu sedang gundah juga menyerang hati. Matanya memandang Xia Lu, Hannie dan Laxy silih-berganti. Masing-masing menunjukkan satu riak yang tidak punya perasaan. Ketat. Tiada satu ukiran pun yang bernama senyuman menyebabkan Jin Young rasa seperti mahu menangis. Ya Tuhan, adakah benih lelaki itu sudah pun bercambah di dalam rahimnya dan kini... benih itu mula membentuk satu mahkluk yang bernama zuriat? Matanya mulai berkaca.

"Hannie... Laxy... Xia... aku... aku..."

"Jin... apa sebenarnya yang dah berlaku?" Soal Laxy lantas melabuhkan punggungnya di birai katil Jin Young. Bahu Jin Young digosoknya perlahan. Xia Lu ke bahagian kanan Jin Young manakala Hannie duduk di hujung kaki Jin Young yang sedang berlunjur itu. Mereka kembali menjadi manusia yang normal. Tidak seperti tadi. Tidak sampai hati rasanya mahu berlama-lama marah dengan Jin Young walaupun hakikatnya, mereka marah.

"Aku... aku..." Jin Young menggeleng-geleng. Dia memegang kedua-dua kepalanya menggunakan tangan. Dia seperti hilang arah. Hanya wajah Kai sahaja yang menari-nari di hadapan matanya ini. Air mata juga bertakung pada tubir. Empangan itu semakin lama semakin penuh. Tinggal tunggu tumpah sahaja.

"Jin, Jin. Relaks. Jangan gelabah. Cerita sikit demi sedikit. What happen?" Pujuk Xia Lu pula. Bahu Jin Young dipeluk erat. Jin Young memejamkan mata. Langsung air mata itu gugur, menerjuni pipinya yang gebu itu. Soalan Xia Lu membuatkan dia semakin membenci manusia itu yakni, Kai.

"Kai... Kim Jong In. Dia... dia..."

"Dia?" Serentak Xia Lu, Jin Young dan Laxy menyoal. Kening masing-masing terangkat. Tidak sabar betul mahu tahu perkara yang sebenar. Terkejut pun ada juga kerana nama Kim Jong In yang meniti di bibir Jin Young.

"Dia... dia rogol aku..."

"What?!" Terjerit nyaring Xia Lu, Hannie dan Laxy dibuatnya. Sungguh, berita ini sangat mengejutkan. Bayangkan, orang yang Xia Lu dan Hannie pernah jumpa sebelum ini telah merogol kawan baik mereka? Sehingga menimbulkan zuriat?! Siapa tak terkejut.

[COMPLETED] In A Revenge Of Love 사랑아 복수에서.Where stories live. Discover now