36

11.9K 662 35
                                    

Hannie yang sedang berehat di ruang tamu rumah terganggu konstrentasinya tatkala terdengar loceng rumah berbunyi. Hannie menoleh ke arah tangga, mana tahu Laxy atau Xia Lu sudah pergi membuka pintu ke. Tetapi tidak. Hannie bangun tanpa menutup televisyen yang masih menyala. Kaki diatur langkah ke pintu. Lantas pintu dibuka.

"Eh, Puan Kim." Hannie mengukir senyumannya sedikit lebar. Puan Kim yang datang bersendirian itu juga turut mengukirkan senyuman. Sempat juga memberikan tunduk hormat kepada Hannie.

"Jin Young ada?" Soal Puan Kim. Hannie menggaru belakang kepalanya perlahan. Dia membuka pintu dengan lebih luas tanda mempersilakan Puan Kim masuk.

"Dia tak ada." Jawab Hannie pendek. Serba-salah juga dia mahu berterus-terang.

"Pergi mana?" Tanya Puan Kim lagi. Dia berjalan ke sofa ruang tamu. Hannie juga sama. Dia melabuhkan punggungnya di sofa.

"Dia... err... dia kerja." Terlepas juga akhirnya. Bulat mata Puan Kim.

"Kerja?!! Dia baru je balik dari hospital tiga hari lepas. Takkan dah kerja. Makcik dah pesan dah semalamkan, jangan bagi dia ke mana-mana. Kandungan dia tu lemah." Marah Puan Kim dengan nada suara yang serius. Hannie tidak tahu mahu balas apa. Jin Young memang sukar ditegah. Dia sanggup buat kerja daripada duduk di rumah. Membosankan katanya.

"Saya dah tegah dah, makcik. Dia memang macam tu. Keras kepala."

"Haish..." Puan Kim menggeleng. Dia ada hajat ke rumah bujang tiga gadis ini sebenarnya. Hajat itu mahu diajukan untuk Jin Young.

"Dah lama dah dia pergi kerja?" Soal Puan Kim lagi. Hannie mengangguk.

"Dah sangat. Dari pagi tadi dalam pukul 5 macam tu."

"Hah?! Dari pukul 5 pagi sampai sekarang pukul 12 tak balik-balik?!" Pekik Puan Kim menyebabkan Hannie terasa seperti mahu tercabut bulu telinganya. Kuat betul voltan Puan Kim. Mesti Xia Lu dan Laxy sakit kepala kat atas. Lagi-lagi dengan si Xia Lu yang baru tiba dari India semalam. Yakin sangat yang tidur Xia Lu terganggu.

"Itulah, makcik. Saya dah kata tak payah pergi, dia degil. Sedar-sedar je dah hilang."

Puan Kim menggeleng kecil. Lincah sungguh Jin Young ini. Dan keras kepala. Keras kepala... berjayakah dia nanti dengan rancangan yang sudah dilakar semalam demi membantu Kai? Harap-harap berjaya. Hanya ini sahaja yang dia mampu tolong Kai untuk melembutkan hati Jin Young. Tetapi kalau dah tak boleh juga, Puan Kim berserah kepada takdir. Jika betullah Jin Young dijodohkan untuk anaknya, dia sangatlah bersyukur. Jika tidak, tiada siapa yang boleh menegah.

"Err... makcik tunggulah sini. Saya pergi buat air kejap. Ya? Kejap lagi Jin Young sampailah tu." Pesan Hannie lalu dia bangun ke dapur. Puan Kim hanya mengangguk sahaja. Dia membiarkan Hannie membuat kerjanya.

**********

Kai menggosok hidungnya yang mulai merah. Gatal betul. Tisu sudah banyak ditarik untuk mengelap air hidung yang mengalir sejak dari tadi. Mata pula kuyu je dan mengantuk. Mungkin alahan masih lagi kuat dan lagi satu, dia rindu Jin Young. Lepas je dia hantar Jin Young balik rumah tiga hari lepas, dia terus tidak jumpa lagi. Nak jumpa dan datang ke rumah, asyik tak sempat aje. Kerjanya betul-betul banyak. Dekat 2 minggu juga dia tidak masuk pejabat. Tokang pecah juga pejabat itu.

Tapi apa yang dia tahu, ibunya kata dia mahu menemui Jin Young buat kali yang terakhir hari ini kerana esok ibunya akan pulang ke London. Entahlah. Dia pun tak pasti dan tak tahu. Dirinya kini benar-benar dalam keadaan yang agak lemah juga. Wajah disembam pada meja sambil tangan mencapai gangang telefon pejabat. Kemudian, gangang tersebut diletakkan pada telinga.

"Helo, encik. Ada apa-apa yang nak saya bantu?" Setiausaha Kai menyahut panggilan.

"Hana, ada appointment dengan meeting tak saya hari ni?" Soal Kai lemah. Dah tak larat dah nak angkat mulut dengan kepala. Nak tidur je rasanya.

"Err... kejap saya check."

"Hmm..." panggilan tergantung beberapa saat.

"Err... hari ni encik ada 2 meeting. Satu dengan Tuan Han, satu lagi dengan Encik Park. Kedua-duanya kat Restoran Pyeongdamdong. Then, encik ada 4 appoinment dengan Puan Jung, CEO Empayar Ree, Tuan Ahn dengan Cik Nana. Tu je. Kiranya ada 6 perkaralah."

"Cancelkan semuanya." Arah Kai. Hana punya lopong. Punyalah panjang lebar Hana jelaskan, itu je balasannya? Macam tak berbaloi buang air liur.

"Se... semua?" Soal Hana tidak percaya. Dahlah baru masuk kerja hari ni. Lepas tu batalkan banyak perkara. Nanti yang kena dia juga. Ayoyo~~

"Yes, Hana. But, I think awak ada sebut nama, Nana tadi. Siapa tu?" Kai mengangkat kepalanya dari meja lalu menyandarkan tubuh pada kerusi kulit. Penat menunduk lama sangat.

"Haah. Cik Nana. Dia ada appoinment dengan encik hari ni. Semalam dia datang, tapikan encik tak ada." Kata Hana lagi. Kai menggaru kening yang tidak gatal. Siapa pula tu. Macam tak pernah dengar nama Nana.

"Bila masa dia buat appoinment dengan saya?"

"Bukan, macam ni. Encik ingat tak Puan Kim, pengurus Butik Angelin & Co. tu? Diakan ada nak bincang pasal pembesaran butik dia. Tapi dia terpaksa ke Cina sebab ada kursus. So, dia wakilkan anak dia, bincang pasal tu dengan encik. Macam tu." Terang Hana lagi. Kenapa entah dengan bosnya ini. Ada je benda yang tak kena. Buang tebiat ke apa.

Kai menepuk dahi. Baru teringat. Entah apa benda yang dia ingat agaknya. Jin Young dah jangan cakaplah. Benda pertama, rating pertama sudah semestinya Jin Young. Kalaulah Jin Young ada di depan mata sekarang, sumpah dia akan terus peluk tak mahu dilepaskan.

"Err... batalkan aje semua tu. Esok saya masuk office. By the way, Hana. Boleh tak tolong saya?"

"Apa dia, encik." Hana sudah agak. Mesti ada benda ni. Bosnya nak pulang ke rumah nampaknya. Pasti kerja-kerja akan dialihkan kepadanya. Pemalas punya bos!! Erk... terkutuk pulak.

"Nantikan awak turun lunch, boleh tak belikan saya kopi? Awak letak aje kat atas meja nanti." Pinta Kai. Kopi? Dia jarang minum kopi, tapi tekak dah macam gila bayang. Fuhh... sedapnya kalau minum.

Hana menggaru kening. Serius, Hana macam nak terjun bangunan. Seingatnyalah, Kai memang tak berapa minum kopi. Tapi kali ni, nak pulak. Sebulan, sekali je Kai minum. Tapi ni, dekat 5 kali dah. Mimpi apa bos aku ni?

"Haa... yelah. Duit?" Sengaja Hana menyakat Kai. Kai berdecit kecil.

"Belanjalah saya. Kopi aje pun."

Hana ketawa.

"Hai, bos, bos. Nasib bos. Kalau orang lain, dah aku jadikan pakwe. Tapi tak salah bercinta dengan boskan?" Hana menggumam perlahan tanpa meletak gangang. Siap menggeletis lagi. Kai pula belum letak gangang. Maka, dengarlah suara itu pada telinga Kai.

"Hana? Nak bercinta dengan saya?" Kai menyakat, dalam mas yang sama dia menyindir juga tu. Hana ni pulak jenis yang kuat latahnya. Bila Kai menyoal begitu, dia pun apa lagi.

"Nak, nak! Eh, err... maaf, encik." Hana bengang sendiri. Kai ketawa kecil.

"Kuat betul berangan kamu. Dah, jangan nak berangan aje. Buat kerja sana."

"Baik, encik."

Panggilan tamat.

Bersambung...

Sorry boring. Idea tersumbat. Hari ni baru basah otak. Btw, nampak gambar tak? Ok, actually, ada kejutan untuk readers. Ada satu penambahan watak. Siapa? Tak boleh tahu lagi. Saya hanya boleh cakap, ada penambahan watak je. Okey. FF ni makin lama makin kuat feeling. Lepas ni, kalau watak tambahan tu dh ada, kompom you alls rasa nk bunuh2 je org tu. Dah dapat bayg kn kan watak apa? So, shutt... jgn bising. Wait a next part , ok? See u? Tata~~~

[COMPLETED] In A Revenge Of Love 사랑아 복수에서.Where stories live. Discover now