48

9.9K 640 104
                                    

Risau. Naik lenguh jemarinya mendail nombor Kai, tetapi tidak diangkat juga. Puasdia taip tetapi hasilnya masih sama. Operator juga yang menjawab. Hampir berputus asa dia dibuatnya. Tetapi itu tidak bermakna memutuskan semangatnya. Dia perlu menjelaskan dengan baik dan terperinci. Dia tahu, Kai marahkannya kerana tersalah anggap. Dia menipu bersebab. Jadi, dia perlu beritahu pada Kai, apa sebabnya dia menipu. Tapi jika pun tidak mahu mendengar dan mengangkat panggilan, susah juga dia. Jalannya mulai sempit untuk ke satu ruang yang menjadi tempat untuk dia menjelaskan perkara yang sebenar.

"Oppa... angkat please..." Jin Young melabuhkan punggungnya dengan perlahan pada birai katil. Dia cuba juga untuk tidak menangis, tetapi tidak boleh. Daripada pagi tadi, sehinggalah ke malam ini jam 10 malam, Jin Young masih tidak boleh hendak lena. Pelbagai benda yang berputar diminda. Lagi-lagi Kai. Boleh gila dia jadinya kalau Kai masih begitu.

Keluhan berat dilepaskan. Dia merebahkan tubuh di atas katil dengan perlahan. Tubuhnya masih lemah sebenarnya. Tetapi dalam masa yang sama dia tidak memikirkan semua itu. Dia hanya fikirkan Kai. Kai, Kai, Kai dan Kai. Tiada nama lain dalam kepalanya melainkan nama itu sahaja.

Tangan mencapai iPhone pemberian Kai dulu. Dia mendail lagi. Sama juga. Operator yang jawab. Jin Young melepaskan keluhan yang begitu kasar. Dia sudah tidak dapat menahan air mata lagi sebenarnya. Dia mengambil keputusan untuk menghantar mesej sahaja. Melalui khidmat pesanan ringkas.

Oppa... angkat please? Kita kena discuss. Sampai bila kita nak macam ni? -Jin Young-

Jin Young menanti balasan yang seterusnya. Dia bangun semula sementara menanti telefon berbunyi menerima pesanan. Baru sekejap dia duduk, telefonnya berdering. Bukan mesej, tetapi panggilan. Segera dia mencapai telefon dan melihat pemanggil. Future Husband.

"Oppa! Helo..."

"Pertama, saya tak nak awak ganggu saya lagi buat masa sekarang ni. Saya perlukan ketenangan. Kedua, awak nak jelaskan apa lagi? Benda dah jelas. Tak perlulah jelaskan lagi. Ketiga, jangan ingat saya kata macam ni pada awak, saya tak cintakan awak lagi. Saya masih cinta. Cinta tu tak pernah pudar. Tapi yang dah hilang, kepercayaan. Saya buat macam ni untuk kembalikan kepercayaan saya pada awak lepas awak buat saya kecewa. Perlu ke menipu? Kalau awak tak suka, jangan gugurkan kandungan tu. Kalau awak betul-betul tak suka, cakap depan saya. Bukan dengan cara tu. Ingat, Hye Jin Young. Saya tak akan mudah lepaskan ego saya. Mungkin dulu awak. Tapi sekarang saya. Please... jangan call, mesej atau apa sekalipun. Saya sibuk. Bye..."

Tut... tut... tut...

"Oppa?" Jin Young mengerutkan dahinya dengan mata yang berkaca-kaca. Setiap kata yang diucapkan Kai tadi, mengundang sebak pada hatinya. Tidak sempat nak kata apa-apa, panggilan diputuskan. Betapa marahnya lelaki itu padanya. Walaupun Kai ada kata, yang dia tidak akan pernah berhenti mencintai Jin Young, tetapi Jin Young masih lagi begini. Dia belum tenang. Dia tidak akan tenang selagi Kai betul-betul maafkannya. Dengan panggilan lelaki itu bertukar ke awak-saya. Semakin galau hatinya ini.

"Oppa... maafkan Jin Young..." Jin Young merintih kesedihan sehingga iPhone terlepas pada tangan dan jatuh pada lantai yang tidak berkarpet. Dia meraup wajahnya menggunakan tangan yang menggeletar. Dia tidak kuat. Sungguh, dia tidak boleh menghadapi ini sendirian. Sampai bila dia dan Kai begini? Ketika dia sudah cinta, Kai pula hendak menjauh meskipun cinta itu ada padanya. Tetapi... ada ke? Jika dikatakan Kai dan dia begini berbulan-bulan, adakah cinta Kai padanya masih... ada? Ya, cinta boleh berputik, cinta boleh kekal. Tetapi cinta juga boleh menghilang.

"Arghhh!!!" Lepasan perasaan yang terbuku di hati. Jin Young kembali baring pada katil. Dia rindukan Kai. Tersangat rindu. Dia memejamkan mata untuk tidur, berharap selepas sahaja dia buka mata, dia mengharap semua keadaan kembali sedia kala.


*********


"Kenapa awak kata macam tu pada future wife awak?" Nana menyoal. Dia memandang Kai yang kelihatan sedikit tertekan di hadapannya ini. Dia dan Kai sedang bekerja sekarang ini memandangkan mereka berdua mempunyai urusan tentang pembesaran butik ibu Nana itu. Nana pula baru pulang dan tidak sempat hendak berehat, terpaksa bekerja sikit pula bersama Kai di kafe.

Kai diam. Dia tidak mahu mendengar apa-apa lagi. Malas. Dia meneruskan kerjanya.

"Kai? Are you okay?" Soal Nana yang berniat untuk membantu Kai yang seperti menghadapi masalah ini. Dia bukan ada niat lain. Berkali-kali dia memotivasikan diri, Kai adalah bakal suami kepada gadis lain dan akhirnya... dia dapat menerima sedikit demi sedikit. Walaupun untuk menghilangkan perasaan... cinta itu sukar, tetapi dia cuba. Dia bukanlah seorang perampas kebahagian orang lain. Dia bukan seperti wanita-wanita jahat dan hipokrit seperti pada drama-drama lain. Tidak! Dia bukan orang yang seperti itu. Jika ada jodoh dia terima, jika tidak, dia reda. Itu sahaja.'

"Okey." Jawabnya sepatah. Dia yakin, Nana hairan mendengar dia berkata kasar bersama Jin Young sedangkan Nana tahu, dia dan Jin Young bercinta. Nana juga pula tu yang menemaninya membeli cincin lamaran buat Jin Young semasa di China kemarin. Tidak hairanlah gadis itu menanya itu dan ini. Lagi satu, dia tidak bangun untuk bercakap, malah dia duduk di hadapan Nana dan bercakap di situ juga. Mana taknya Nana menanya itu ini.

"Habis tadi tu?"

"Saya malas nak fikir pasal tu. Saya ada masalah dengan dia. Nanti kami berbaik semula."

Nana ketawa kecil. Haish... mungkin, ini tiba masanya untuk dia membantu Kai? Tidak salah bantu menasihati kawan lelaki yang sedang dihurung masalahkan? Lagipun... dah dia dan Kai tidak berjodoh. Daripada dia menjadi penganggu, baik dia jadi penasihat.

"Kai, hati perempuan ni, bukannya keras mana. Dia ada perasaan juga. Saya perempuan, saya dapat rasa juga." Kata Nana lalu menyandarkan tubuh ke kerusi. Melepaskan lelah sebentar.

Kai mengangkat kepala dan memandang Nana dengan wajah tidak berperasaan. Serasanya, dia tidak menceritakan kepada Nana tentang masalahnya, tetapi kenapa kata-kata Nana itu, seperti sudah tahu apa masalahnya bersama Jin Young?

"Awak tak tahu cerita yang sebenar."

"Memang saya tak tahu. Tapi semua perempuan... sama Kai. Perempuan, dia lemah. Dia perlukan lelaki. Sama macam future wife awak. Kalau awak terus berkeras macam ni, silap-silap, awak yang merana dan kehilangan dia. Siapa yang tahan, Kai? Bila awak kata macam tadi? Kalau saya sendiri pun, saya akan kecewa. Semua perempuan ada naluri yang sama. Semua sama. Awak kena faham tu." Panjang lebar Nana berkata tetapi itu tidak bermakna membuka hati Kai supaya berbaik semula dengan Jin Young. Dia masih ego walaupun dalam masa yang sama, dia masih cinta. Sebenarnya, kalau nak senang, Kai merajuk. Tetapi merajuknya ini sungguh 'mahal'. Bukan mudah untuk dipujuk sehingga ada yang menganggap Kai marah. Ya, marah ada, kecewa ada, merajuk ada. Semua perasaan yang seangkatan dengan itu ada. Tetapi tidak bermakna Kai berhenti mencintai. Nampak sia-sia sahaja jika dia berhenti mencintai.

"Entahlah. Saya tak tahu. Tolong Nana. Jangan tambahkan serabut saya lagi." Kai terpaksa berkata begitu. Dia cukup serabut.

Nana diam. Dia tersenyum nipis. Walaupun sikit, tetapi Kai tetap juga dengar dan dia berpuas hati dapat menasihati Kai. Hatinya berniat, jika ada masa dia mahu menemui bakal isteri Kai itu. Teringin juga hendak melihat bagaimana wajahnya. Mana tahu, dia kenal.

"Kita siapkan kerja ni. Lepas tu balik." Kata Nana. Kai angguk kecil. Dah tak ada masa lagi dah. Dia sambung membuat kerjanya meskipun kepala terfikir bermacam-macam benda.


Bersambung...


See? Nana baik, kalian! Nana baik tu. Dia tak adalah jahat mana. Ayoyo... kalian gemar sungguh ya mengecam Nana. Kai pula? Dia merajuk teruk aje tuh. Tak yah nak risau sangatlah. Saya tak kejam lagi nak seksa jiwa kalian. Saya baik. Hahahha... kalau saya jahat, saya buat lebih teruk. Saya rasa part ni terlalu slow dan bosan. Kan? Hahahaa... dahlah. Nak tengok Kwang Soo berlakon ni. Lawak sangat dia jadi tukang masak! Hahahaha... okey, tata~~ maybe late update lepas ni. Sibuk. 12/10/15 saya PT3. 27/9/10 Birthday Gurl... muahahaha... nak wish, jgn sekrg. 12 malam 27 hb tuh nanti. ^^


[COMPLETED] In A Revenge Of Love 사랑아 복수에서.Where stories live. Discover now