The Ending Of In A Revenge Of Love...

14K 794 102
                                    

"Tahniah, Encik Kim Jong In, isteri encik sah mengandung 3 bulan 4 minggu." Kata Doktor Tiara sambil tersenyum. Kai yang lagi tadi menanti keputusan doktor membulatkan matanya.

"What, doc?! Mengandung?!" Akibat terkejut, suaranya terlenting sedikit kuat. Doktor Tiara mengangguk lagi dengan senyuman lebarnya. Jin Young yang baru keluar dari tandas untuk ujian air kencing tadi memandang dua insan itu dengan mata yang kurang faham. Apakah?

"Apa benda ni?"

**********

"Seriously, oppa?! Wahhh, I become to aunty soon! Yuhuuuu!!! Jerit Hanna apabila abangnya memberitahu bahawa kakak iparnya mengandung. Siap dipeluk lagi tubuh lemah Jin Young ke dalam pelukan. Alahan yang teruk punya pasal, Jin Young tidak tahu hendak bagi respon apa melainkan senyum sahaja. Kali ini, alahannya lebih teruk dari biasa. Hidungnya berair, tekak loyar dan sebagainya. Tidak seperti awal dahulu, tidak seteruk begini. Ini nak buka mata je, mesti nak muntah. Bukan sikit punya hal, banyak kut!

"And you? Bila nak kahwin?" Kai menyakat si adik yang masih berada di sebelah Jin Young. Kasihan melihat Jin Young seperti sudah tidak larat duduk, ditarik kepala itu supaya berbaring di atas ribaannya. Dia sedang menonton televisyen sebenarnya. Ada rancangan yang seronok ditambah lagi Hanna pula ada di rumah kerana mahu meminta tunjuk ajar daripada Jin Young tadi. Tu yang masih di sini walaupun Jin Young sudah tidak mampu hendak buka mata dan bercakap. Hanya memberi isyarat sahaja. Hanna pun batalkan hendak belajar bersama si kakak ipar dan dia pun duk melepak dengan abangnya. Jahat, bukan?

"Entah... awal lagi kut. Nak belajar lagi." Kata Hanna dengan senyuman hambar. Hambar? Ya, dia kecewa sebenarnya... dengan seseorang. Dia bangun dan berpindah ke sofa lain kerana melihat Jin Young yang suda seperti mayat hidup di situ. Sudah terbiasa melihat si abang dan si kakak ipar bermanja, dia tidak hairan dah. Mula-mula segan pun ada tetapi lama-kelamaan, dah tak segan dah.

Kai tersenyum senget mendengar ayat pasrah adiknya. Sambil mengusap rambut Jin Young, dia membalas, "Dah Sehun dengan Hannie, nak buat macam mana? Tu lah... lain kali tu cepat-cepat bagitahu, ini tak. Kan dah melepas..."

Hanna berdecit mendengar abangnya berkata begitu. Nampak sangat dia disalahkan dalam hal ini. Eeee.. bencinya!!!

"Oppa, jangan salahkan Hanna boleh tak?"

"Aik? Apa pula? Dah Hanna yang duk beria simpan rahsia. Sekali dapat tahu yang Sehun dah kahwin dengan Hannie, ha padanlah dengan muka tu. Simpan lagi rahsia. Kalau takkan oppa boleh tolong sampaikan hasrat hati tu ke dia. "

Hanna terdiam jadinya. Keluhan berat dilepaskan. Sebenarnya, dia menaruh harapan terhadap Sehun sejak kali pertama dia jejakkan kaki ke Korea. Lelaki itu benar-benar menarik perhatian matanya. Dia tahu yang Sehun adalah kawan kepada si abang, jadi dipendam sahaja perasaan itu seorang diri, bimbang abangnya tidak merestui. Selang beberapa hari selepas Kai dan Jin Young berkahwin, dia dapat berita pula bahawa Sehun dan Hannie, gadis yang tidak dikenalinya itu tetapi apa yang dia tahu, Hannie adalah kawan kepada kakak iparnya, hendak bertunang. Pada waktu itu, Hanna terasa seperti mahu terjun bangunan dan pejam mata sahaja. Tidak mahu buka mata kerana kecewa. Kai tersedar dia murung beberapa hari, sejak dari itulah Kai tahu yang adiknya kecewa. Nak ketawa kesian, tak ketawa, itu lawak. Entahlah. Dia sendiri pun tak pasti.

"Tak apalah, tak ada jodoh..." Hanna bermain-main dengan hujung rambutnya.

"Dong Jun kan ada?" Tiba-tiba Jin Young bangun dari ribaan suaminya dan meraup wajah sedikit. Kai yang melihat tersenyum kecil seraya mengangguk. Hanna menggigit bibir bawah. Dong Jun?

"Tak naklah... dia mana suka pada Hanna." Hanna cemberut. Jin Young ketawa melihat adik iparnya ini. Dah macam terdesak nak kahwin je dia tengok. Di gagahkan juga mata itu untuk buka walaupun terpaksa melawan rasa loyar. Yang tak acinya, yang kali ini Kai tak terkena alahan tu sekali!!! Cuma Kai tiba-tiba sahaja tak boleh tidur malam. Apa tu... penyakit apa tu entah lupa! Tapi tiap kali jam 12 malam, matanya akan terbuka. Jadi daripada tak benda nak buat, baik buat kerja. Jadi setiap malam jika dia tersedar, kerja yang bertimbun tu dia buat. Ada faedah jugakan?

[COMPLETED] In A Revenge Of Love 사랑아 복수에서.Where stories live. Discover now