11

14.2K 710 10
                                    

Setelah menghantar rakan-rakannya bertugas sehingga ke depan pintu pagar, Jin Young terus ke ruang tamu dan mencapai telefon bimbitnya yang berada di dalam beg tangan. Setelah melabuhkan punggung di sofa, dia segera memeriksa segala apa benda yang terdapat di dalam gajet canggih itu. Setelah memastikan semuanya baik-baik sahaja dan tiada apa-apa lagi yang penting, telefon segera dimatikan. Tujuan dia mematikan telefon tersebut supaya Kai tidak dapat menjejakinya. Dia tahu, Kai ada menggodeh telefonnya. Di recent, sewaktu dia mahu melihat kembali senarainya, dia melihat satu aplikasi dibuka yakni dimana terletak nombor telefonnya. Bukan itu sahaja yang menunjukkan bukti bahawa ada orang yang mengacau telefonnya itu, malah, bateri telefonnya terus tumbang. Sampai berkelip-kelip dibuatya kerana sudah terlalu lemah. Dia yakin, Kai mahu mengetahui identitinya. Mujur sahaja dia tidak letak tentang identitinya di dalam ini. Jika tidak, habislah dia. Hidupnya tidak akan pernah tenang dengan adanya manusia itu.

Apabila Kai mempunyai nombor telefonnya, lelaki itu dapat mengakses lokasi semasanya melalui nombor itu. Tetapi jika dia mematikan telefon, Kai tidak dapat menjejaknya lagi. Tapi sampai bila? Dia memerlukan telefon.

"Kau menyusahkan aku." Keluh Jin Young lalu tanpa perasaan, dia membaling iPhone5s miliknya di atas sofa. Dia sebabkan hal itu, gajet itu melantun dan sekelip mata ianya jatuh ke bawah. Bunyi seakan-akan pecah walhal tidak. Skrinya masih terlentang ke atas. Tidak telangkung.

"Kau belum kenal aku siapa. Walaupun kau dah... rogol aku, jangan ingat aku akan terus kecundang pada tangan kau. Bukan mudah nak menewaskan aku, Kim Jong In. Bukan mudah..." bibir Jin Young sedikit bergeletar saat ayat itu meniti pada bibirnya yang masih tampak pucat. Dendam dia sungguh kuat. Nama Kim Jong In memang berhantu baginya. Cukuplah sekali sahaja dia gagal dalam tugasnya ini untuk menyiasat Kai. Dia tidak mahu buat kali kedua.

Ini belum lagi rahsianya dibuka. Pasti tiga rakannya itu kaget mendengarnya nanti. Hyuna pun, bos mereka. Entah bagaimana penerimaan mereka semua jika mendapat tahu yang dia telah diperkosa. Sekarang ini yang membuatkan dia takut adalah, mengandung. Dia takut akan hal itu terjadi. Kadang-kala dia tenang, kadang-kala dia gelisah. Bagaimana dia mahu melarikan diri daripada Kai sedangkan benih Kai boleh bila-bila masa bercambah di dalam rahimnya dan membentuk satu manusia yang dipanggil zuriat. Kalau macam itulah, sama juga dia tidak lari daripada Kai kerana waris Kai ada ada perutnya. Tapi itu kalau dia mengandung, kalau tidak, dia bersyukur sangat.

"Damn!" Jin Young bangkit. Kakinya segera dilangkahkan ke arah kawasan dapur. Tekak terasa kering. Peti ais dibuka. Gelas yang sudah tersedia di dalam situ diambilnya. Lalu dituang air kosong. Perlahan-lahan air masuk ke dalam kerongkongnya. Segar.

Bersambung...

Yah waeee?! Hilanh separuh -,- baru sedar tadi TT X pelah... baca ajelah. Ya? Bye!

[COMPLETED] In A Revenge Of Love 사랑아 복수에서.حيث تعيش القصص. اكتشف الآن